WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Saturday, December 3, 2011

WARKAH KETIGA UNTUK ABG TERCINTA




Assalamualaikum WBT..

Abang yang dirindui kerana Allah,apa khabar?

Adik di sini Alhamdulillah,sihat-sihat sahaja.Kini sudah masuk minggu ketiga abang di Mesir dan warkah ini adalah yang ketiga untuk abang. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk mengutus salam dari sini.

Sedikit catatan yang adik mampu kongsikan untuk abg sepanjang seminggu yang lepas bersama mak dan ayah.Adik nak ceritakan perkembangan perusahaan kedai kt.

28 November 2011 (Isnin)

Hari ini kedai ayah buka seperti biasa. Walau Melaka dapat cuti sempena awal Muharam ayah dan mak tetap buka kedai. Erm, pelanggan hari ini tak ramai. Kampus tak buka. Namun kilang-kilang berdekatan cubic beroperasi seperti biasa. Alhamdulillah hari ini adik dapat pergi kedai ayah awal.Sekitar jam 9.30 pagi. Sempat lah sentuh-sentuh kuali dan potong-potong bawang. Sempat juga tolong bantu hiris cendawan goreng. Kul 11.00 pagi kedai di buka. Namun suasana agak suram.Pelanggan kt hari ini bang tak ramai.Mak ayah ada jugak mengeluh kecil tapi mereka tak patah semangat. Sekitar jam 12.30 tengahari pelanggan mula datang.Pekerja-pekerja kilang datang untuk makan. Macam biasa adik,mak dan ayah sedaya upya beri lyanan yang terbaik utk pelanggan. Kata mak n ayah,hari ini pendapatan tidk seberapa,tidak memadai dengan masakan yang dibuat..takpelah,mak kata ini ja rezeki kita..

29 November 2011 (Selasa)

Hari ini adik Yusro dan aliff ada dtg kedai.erm diorang dah cuti sekolah..Biasa2lah,asyik2 main game jer .adik2 sihat jer..baru-baru nak rapat dengan diorang. Alhamdulillah adik-adik mudah diajak solat.Berkesempatan untuk solat Zohor bersama. Diminta tolong angkat-angkat pinggan dan lap-lap meja pun tak de masalah..

30 November 2011 ( Rabu )

Hari ini pelanggan ramai jugak dtg terutama kwan-kawan yang mengenali adik.Apa taknya,ramai yang respon di wall fb adik..Adik ada promosikan kedai ayah..Abang ni petikan promosi yang adik buat..

“Mhsiswa/i UTeM yang ingin mencuba maskan yg enak boleh dtg ke Gerai 6 & 7 di Terminal R & R (belakang CUBIC) terutma yg bljr di Kampus Industri.Jom ler try..Yang slalu dtg,dtg ler lgi..yg bru nak cuba,selamat datang..Jika dtg antra kul 12.00 tghari hingga 2.00 ptg,insyaAllah ana ada dsitu.Leh lah ana mtak order,tolong hntar2 air.Layanan seadanya..Ajak kwan2 ya..InsyaAllah hrga standard "x mahal x murah"..sejjar lah dgn mkanan yg diambil..Gerai dibuka bermula 11.00 pgi hingga 3.30 ptg pada setiap hari Isnin hingga Jumaat..ok?”

Abang ni pula antara respon yang diterima..

“waaa..best la”

“harga murah..masakn sedap..”

“dap dh wase jamal promote kot fb ;)”

“request: terase nk mkn gulai ayam org trganu.. gulai ayam org mlake wat x brape nk jdi.. :) “

“boleh delivery x?”

“mkn kat RNR skmo.. tpi x rjin lgi g mkn kat kdai jamal nie.. nmpk gtu2 jelah, ingtkn keje situ.. haha..”

“ X sngka da 4thn ana singgah mkn tngahari kt ctu...”

“bereh.. insyaallah esk.. mkn tghari.. hehe”

“ Sya suka sardin + cendawan goreng....”

“suke cendawan goreng..mmg sedap la!”

1 November 2011 ( Khamis)

Hari ini adik tidak pergi kedai. Tak berani sebab malamnya adik ada test.Masih ada yang tak di ulangkaji lagi.Erm,namun adik sempt ke rumah ayah untuk tidur disana.Ada bgthu ayah nak dtg..Tmpt biasa lah atas sofa di luar rumah. Kasihan mak,kul 12.oo tunggu adik..tapi tak smpai-sampai.Malam tu adik byak kerja.Kul 2.30 pagi baru berkesamptan datang.

2 November 2011 (Jumaat)

Hari ini hari paling kecoh dekat kedai.Subhanallah,ramainya pelanggan datang.Adik,mak dan ayah tak menang tangan nak layan.Ramai sangat.sehingga terjadi 2 kali tumpah nasi.Satu kan depan kedai pelanggan buat dan satu lagi adik sendiri buat dekat dapur. Sebab nak cepat,tak berhati-hati pulak.Hari jumaat biasalah kul 12.45 tengahari tu,lagi-lagi lah ramai yang datang.Erm apa yang tak kelam kabutnya,hari ni solat Jumaat.haha,tpi bang,mak ayah sgt2 gembira..alhamdulillah..perniagaan sangat-sangat baik..


No comments:

Post a Comment