WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Thursday, December 29, 2011

MAKSIAT HATI





CARA MENINGGALKAN MAKSIAT BATIN

1- Sifat yang tercela yang ada dalam hati itu banyak sekali dan menyucikan hati daripada kekotoran itu perlu usaha yang berterusan.

2- Cara mengubati hati dangat susah.

3- Penyakit batin ini disebabkan terlalu melupakan dan terlalu sibuk dengan menghimpunkan perhiasan dunia.

4- Tiga sifat hati yang sangat jahat, iaitu sifat yang ghalib wujud di kalangan Ulama' yang ada pada zaman ini,supaya dapat engkau jauhi.

5- Sifat-sifat itu membawa kepada kebinasaan diri dan merupakan punca-punca bagi sifat-sifat yang tercela.

6-Sifat tersebut ialah : Hasad , Riya' dan Ujub.

7- Apabila kita telah dapat membersihkan hatimu dari 3 penyakit hati ini,kita akan dapat menjauhkan diri daripada sifat keji yang lain.

8- Jika tidak mampu menyucikannya,maka hati kita tidak akan mampu lagi menghadapi sifat-sifat yang lain.

9-Kita masih tidak selamat daripada segala bahaya jika hati kita masih bertapak sifat Hasad,Riya' dan Ujub.

Hadis Baginda s.a.w yang bermaksud : " Ada tiga sifat yang dapat membinasakan seseorang, sifat bakhil yang dipatuhi, Hawa nafsu yang diikuti dan merasa bangga dengan diri sendiri"

a) SIFAT HASAD



1- Sifat Hasad ini adalah sifat yang bercabang daripada sifat bakhil kerana orang yang bakhil ialah orang yang tidak mahu memberikan sesuatu yang ada di tanggannya kepada orang lain dan bersangat bakhil ialah orang yang tidak mahu melihat kurnia Allah tercurah kepada orang lain.

2- Orang Hasad bercita-cita kalau boleh nikmat Allah itu hilang daripada orang lain walaupun ia tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada hilangnya nikmat tersebut.

3- Sifat hasad adalah kejahatan yang luar biasa.

Baginda s.a.w bersabda maksudnya :

" Sifat Hasad itu memakan akan pahala kebaikan seperti api memakan kayu bakar"

4- Orang yang Hasad ini sebenarnya sentiasa jauh daripada kasih sayang dan sentiasa berada dalam seksaan dunia dan di akhirat.

5- Di dunia ini terseksa dengan tekanan perasaan kerana bila-bila masa Allah selalu mencurahkan kurnianya kepasa orang ramai bahkan kepada kawan-kawan orang yang hasad itu yang ia kenali.

6- Allah sentiasa mencurahkan nikmat ilmu, harta dan kedudukan maka sentiasa pula orang yang hasad itu dalam penyeksaan bila ia melihat kemurahan Allah terhadap orang lain.

7- Keadaan di akhirat pula lebih dahsyat lagi kerana seseorang hamba tidak akan mencapai hakikat iman selama mana ia belum lagi mencintai bagi seluruh kaum Muslimin apa-apa yang ia cintai bagi dirinya sendiri.

8- Dalam kehidupan ini seharusnya orang hasad itu bersama dengan perasaan seluruh kaum Muslimin baik dalam kesenangan atau kesusahan kerana orang Islam itu ibarat sebuah bangunan, di mana satu bahagian mengukuhkan bahagian yang lain dan seperti sebatang tubuh apabila mana-mana anggota merasa sakit,maka penderitaan itu akan dirasakan oleh seluruh anggota badan yang lain.

9- Justeru hendaklah kita berusaha membersihkan penyakit hasad ini.


b) SIFAT RIYA'



1- Riya' itu dinamakan "syirik kuffi" satu di antara dua bahagian syirik.

2- Dimaksudkan denga Riya' ialah kita mencari sebarang penghargaan di hati manusia sehingga dengan itu kita memperoleh pangkat dan kebesaran.

3- Cinta kepada pangkat dan kedudukan termasuk dalam isitlah "hawa mutba' " ,ertinya hawa nafsu yang perturutkan.

4- Penyakit riya' ini ramai orang yang menjadi binasa.

5- Sifat Riya' ini berpunca dari dorongan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain sedangkan tujuan seperti itu adalah menghilangkan pahala amal.

Hadis Baginda s.a.w yang bermaksud :

" Sesungguhnya ada orang yang mati Syahid yang akan dihumbankan ke dalam api neraka pada Hari Kiamat nanti. Lalu ia merasa hairan dan mengadukan halnya kepada Allah sambil berkata,: Wahai Tuhanku! aku telah mati syahid dalam membela agamamMu? Allah menjawab : Tidak.sebenarnya engakau sanggup mati syahid supaya engkau dikatakan seseorang yang berani dan telah pun dikatakan sedemikian kepadamu. Maka itulah ganjaranmu. Begitulah pula halnya dikatakan kepada orang yang alim, haji dna Qari yang Riya' pada amalan mereka. "

c) SIFAT UJUB



1- Ujub,takabbur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah satu penyakit hati yang sangat susah diubati.

2- Ujub itu ialah memandang kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran dan memandang terhadap orang lain dengan pandangan penghinaan.

3- Alamat yang menampakkan pada lidah orang yang Ujub ialah ia selalu mengatakan aku begini begini,aku begini seperti perkataan Iblis (kepada Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s)

Firman Allah dalam surah al-A'rah ayat 12 yang bermaksud:

" Aku lebih baik daripada (Adam) kerana engaku menjadikan aku daripada api dan engkau menjadikannya daripada tanah "

4- Sepatutnya janganlah kita melihat kepada seseorang kecuali kita melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada kita dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas diri kita.


KESIMPULAN

1- Tiga penyakit tadi : Hasad, Riya' dan Ujub ialah asal kepada segala penyakit hati dan baginya tempat tumbuh yang sama iaitulah Hubbul Dunia (cintakan Dunia).

" Cinta dunia itu adalah punca daripada segala kejahatan"

2- Dunia adalah bendang untuk ahkirat.Maka sesiapa yang mengambil dunia sekadat yang ia perlukan,iaitu sekadar yang digunakan untuk sampai ke negeri akhirat maka dunia seperti ini adalah ladang akhirat.

3- Siapa yang mengambil dunia hanya semata-mata untuk mencari kesedapan akan kebahagian, maka dunia itu pasti akan membinasakannya.

No comments:

Post a Comment