WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Sunday, December 18, 2011

ABG...DARI ADIK WARKAH YANG KE-5

Assalamualaikum WBT..

Salam kasih sayang buat abang tercinta..

Yang Sentiasa dikasih kerana Allah…

Abang apa khabar?Moga sihat2 sahaja di Bumi Mesir…selamat meneruskan pengajian dan moga-moga sentiasa dipermudahkan urusan di sana.

Abang,insyaAllah pada warkah ke-5 adik buat abang,adik akan kongsikan sedikit pengisian yang adik terima melalui 3 siri kuliah sepanjang minggu ini.Moga-moga bermanfaat untuk diri adik juga pada abg dan yang lain juga.

Pertamanya pada 11 Disember 2011 (ahad) adik ikuti usrah Mahasiswa mengupas Tafisr surah al-Muzammil ayat 6-10.

Berikut sedikit intisari perbincangan usrah tersebut...

Ayat 6:

“ Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam itu lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya”

· Pada waktu malam adalah lebih kuat kesannya kepada jiwa kerana pada waktu malam gangguan sangat kurang. Keheningan waktu malam mempengaruhi kepada keheningan fikiran.

· Hadis Qudsi “sepertiga malam Tuahn akan turun ke langit dunia untuk mendengar keluhan hambaNya yang mengeluh, menerima taubat hambaNya yang bertaubat dan permohonan ampun bagi hambaNya yang mohon ampun”

· Dalam al-Quran dijelaskan beberapa kelebihan orang yang bangun pada waktu malam untuk beribadat,bertaubat dan bermunajat kepasa Allah.

Salah satunya,Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 115 bermaksud:

“ Dan apa yang mereka ( orang yang bangun beribadat waktu malam) kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalang (menerima pahalanya) dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertaqwa”

Ayat 7:

“ (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya”

· Pada siang hari, manusia manfaatkannya untuk mencari nafkah seperti bercucuk tanam,berniaga, mengembala,nelayan dan lain-lain.Juga menjalankan tanggunjawab sebagai pendidik,doktor,pelajar dan sebagainya.

· Allah SWT menciptkana siang dan malam untuk kepentingan manusia.

· Siang mencari nafkah atau bekerja, malam beristirehat kerana tubuh kita punya hak istirehat.Itulah sunnatullah,

Sabda Baginda s.aw yang bermaksud:

“Sesungguhnya tubuhmu punya hak atas dirimu.Kedua matamu memiliki ha katas dirimu”

Firman Allah pula dalam surah an-Naba ayat 11 maksudnya:

“ Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan”

Ayat 8:

“ Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan”

· Antara amalan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah ialah sentiasa mengingati Allah dengan berzikir siang dan malam.Bertasbih,bertahmid, bertahlil, solat dan membaca al-Quran termasuk dalam zikir.

· Amalan berzikir yang berterusan penting dalam diri seseorang terutamanya diri daie untuk melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Ayat 9

“ Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat, tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu”

· Hendaklah kita mempunyai sifat tawakal kepada Allah dan bergantung kepada Allah dalam setiap urusan, lebih-lebih lagi dalam urusan dakwah.

· Allah telah menyuruh RasulNya agar bertawakal kepadaNya begitu juga dengan umat Baginda

· Sebagaimana Allah sahaja yang layak disembah,begitu juga Allah sahaja yang layak dijadikan tempat bertawakal.

Sesungguhnya Allah Maha berkuasa dan cukuplah Allah menjadi tempat bertawakal seperti FirmanNya dalam surah al-Talaq ayat 3 yang bermaksud:

“ Barangsiapa bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)”.

· Allah SWT telah menghamparkan jalan yang lurus kepada hambaNya yang beriman

Sejajar dengan Firman Allah yang maksudnya:

“ Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”

(surah al-Maidah ayat 3)

Ayat 10

“ Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menetangmu) dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik”

· Melihat kepada contoh yang ditunjukkan oleh Baginda s.aw dalam peristiwa Dakwah ke Toif, bagaimana sikap baginda menghadapi golongan yang menentangnya.

· Dalam menghadapi penentangan yang sehebat itu, ketabahan dan kecekalan hati menjadi taruhan.

· Sifat-sifat semulajadi Baginda ini tidak menyebabkan Baginda s.a.w merasa hampa tetap kuat memperjuang dan meyebarkan dakwah.

Hayati Firman Allah dalam surat ali-Imran ayat 146-148 yang maksudnya:

“ Dan berapa bayak dari Nabi-nabi terdahulu telah berperang dengan disertai ramai orang-orang yang taat kepada Allah, makam mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh) .Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar”.

Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w pula yang bermaksud:

“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran”.

Keduanya pada 13 Disember 2011 (selasa) adik ikut pengajian kuliah Mghrib di Masjid Gangsa yang disampaikan oleh Ustaz Sudin menerusi kitab Kiamat Sudah Dekat.

Berikut sedikit intisari perbincangan usrah tersebut...

· 3 Kekhuatiran yang perlu kita fikirkan sebelum kita tidur. pertmnya, amln yg dilkukan hari ini bermula terbtnya fjar diterma Allah atau tidak..kduanya,adkh hari esok menjelangnya fajar kt msih dpt mliht dunia atau tidak. Dan ktiganya, adkh khdupan kt hari esok kt dpt mentaati keseluruhannya perintah Allah atau tidak.

· 4 tanda berlakunya musibah pada dunia iaitu pertamanya manusia kian lupa akan dosa-dosa yang dilakukan.Kedua, umat manusia hari ini mengungkit-ungkit akan kebaikan yang dilakukan dahulu.Ketiga, manusia memandang TuhanNya dengan pandangan yang rendah. Keempatnya, manusia sering memandang kedudukan yang lebih tinggi daripada kedudukan yang ada pada mereka sekarang.

Ketiganya pada 14 Disember 2011 (Rabu) adik ikuti pengajian Kuliah Tasawwuf menerusi kitab Prinsip-prinsip Tasawwuf Islam yang disampaikan oleh Ustaz Hasbullah.

Berikut sedikit intisari perbincangan usrah tersebut...

TAUBAT:

· Taubat adalah langkah permulaan untuk menuju kepada Allah

· Seseorang yang melalui proses taubat itu akan mendapat alamat atau panduan-panduan tertentu yang berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut langkah-langkah yang disusun oleh mereka dalam menuju ketinggian alam ketuhanan

· Permulaan taubat itu daripada segala dosa dan maksiat. Selepas itu diikuti dengan taubat daripada segala kelalaian dan kecuaian dan seterusnya taubat daripada lintasan-lintasan jahat

MUJAHADAH:

· Mujahadah adalah saluran terpenting bagi seseorang untuk mencapai tujuannya yang suci

· Dengan kekuatan mujahadah ini, akan dapat menghancurkan runtunan dan pujukan nafsu dan lintasan-lintasan jahat di hati

Ibrahim bin Adham berkata:

“ Seseorang itu tidak akan dapat mencapai darjat ‘solihin’ melainkan ia terlebih dahulu melepasi enam halangan. Halangan pertama , pintu nikmat akan terkunci dan pintu kesusahan akan dibuka. Kedua, pintu kerehatan akan ditutup dan pintu usaha keras akan dibuka. Ketiga, pintu kebanggaan akan ditutup dan pintu kehinaan akan dibuka. Keempat, pintu tidur akan ditutup dan pintu berjaga malam akan dibuka. Kelima, pintu kekayaan akan ditutup dan pintu kefakiran akan dibuka. Keenam, pintu angan-angan akan ditutup dan pintu persediaan untuk menghadapi maut akan dibuka.”

· Hakikat makrifatullah yang menjadi matlamat yang diburu oleh mukmin yang berakal di dunia ini. Tidak ada yang di sana yang paling tinggi, cantik , indah, bahagia dan kekal selain daripada seseorang itu dapat mengenal Pencipta alam semesta yakni Allah.

· Sesungguhnya bermujahadah melawan godaan nafsu adalah satu-satunya jalan bagi seseorang insan itu untuk menang mengawal hawa nafsunya.

Sejajar dengan Firman Allah yang maksudnya:

“ Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami ( yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan ) Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya”

(surah al-Ankabut : ayat 69)

· Seseorang itu tidak dikatakan kuat dan mantap makrifatnya pada Allah selagi dia belum dapat membebaskan dirinya daripada godaan syahwat dan keinginan nafsu jahatnya.

AL-SIDQ

· Al-Sidq bererti benar.

· Setelah beriltizam dengan taubat dan mujahadah, seseorang itu hendaklah melengkapkan dirinya dengan sifat Sidq di dalam Jihadnya.

· Sifat Sidq ini juga mestilah terpancar di dalam perkataan dan perbuatannya.

· Sifat Sidq ini adalah pintu masuk utama untuk melangkah ke alam ketuhanan bagi pandangan seseorang Sufi.

· Sifat Sidq terhimpun segala kemuliaan dan kelebihan. Antaranya di sinilah punca lahirnya segala akhlak yang terpuji.

Allah merakamkan pujian kepada golongan siddiqien dalam firmanNya yang bermaksud:

“ Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka diantara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu mati syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun). (surah al-Ahzab : ayat 23)


· Al-Sidq adalah tanda-tanda iman dan dusta pua antara tanda-tanda munafiq.

Hal ini ditegaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Tanda-tanda munafiq itu ada tiga. Apabila berbicara dia berbohong, apabila berjanji tidak ditunaikan, apabila diberikan amanah dia khianati”

IKHLAS

· Al-Sidq melahirkan ikhlas.

· Ikhlas adalah roh dan rahsia ibadah bahkan ia adalah rahsia-rahsia Allah yang dicampakkanNya dalam hati para hamba yang dikehendakiNya.

· Ikhlas juga adalah antara jalan yang sangat penting di dalam perjalanan para sufi

· Ikhlas juga menjadi neraca kepada mujahadah seorang hamba.

Allah telah memerintahkan kita supaya memelihara sifat ikhlas dalam setiap amal sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“ Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya lagi tetap teguh di atas tauhid.

(surah al-Bayyinah : ayat 5)

Ibnu ‘Ato’ilah al-Sakandari berkata:

“ Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedangkan rohnya ialah terdapatnya rahsia ikhlas di dalam amal perbuatan itu”.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:

“ Bencana yang paling akau takuti akan menimpa umatku ialah syirik yang tersembunyi iaitu sifat Riya’ .

· Pengertian ikhlas itu ialah amal yang dilakukan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah bukannya beramal kerana inginkan ganjaran pahala atau kerana takutkan neraka.

Alangkah indahnya kata-kata Omar bin al-Faridh di dalam syairnya:

“ Tidaklah syurga itu naim cita habuanku, melainkan keinginanku ialah melihat wajah Allah”


Abang,

Adik ambil kesempatan ini untuk mohon maaf atas sebarang salah silap.InsyaAllah adik dalam minggu-minggu persedian utk final exam.Doakan adik berjaya dengan cemerlang untuk semester ini.

Adik mohon maaf hanya berkesempatan untuk menghubungi abang melalui kiriman warkah ini sahaja.InsyaAllah adik akan berusaha untuk sentiasa mengirim khbar berita dari sini.

Alhamdulillah, mak dan ayah serta adik2 di sini baik-baik.Perniagaan ayah dan mak pun ok.Alhamdulillah adik masih berkesempatan berkunjung ke sana bantu ayah di kedai.Mohon doa untuk kami di sini.

Salam kerinduan dari adikmu..

Jamal…

No comments:

Post a Comment