WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Sunday, January 8, 2012

WARKAH KE-8 : 8 MINGGU ABG BERADA DI MESIR

Assalamualaikum WBT.

Abg,apa khbr di sana?Salam Imtihan dari adik..
Semoga dipermudahkan urusan untuk ulangkaji..
Bitauffiq Wa Najah..amiin

PEKONGSIAN ILMU

Alhamdulillah adik berkesempatan mengikuti pengajian bersama abg Muslim baru-baru ini.Berikut sedikit pengisian yang adik boleh kongsikan dengan abang..Intisari kuliah tersebut.

" JANGANLAH KAMU MENANGGUHKAN TUGAS HARI INI KE HARI ESOK"

Antara jalan yang boleh membantu kita ke arah sampai kepada matlamat makrifat (mengenal Allah) ialah cergas dan rajin beramal berserta riang dan seronok tanpa ada rasa penghalang ke arah itu. Amal-amal yang dimaksudkan itu sama ada amal duniawi atau ukhrawi.

Dalam hal ini aban,Baginda Rasulullah s.a.w menggalakkan kita memohon perlindungan daripada Allah daripada sifat malas. Jom kita amalkan ya bang..


Doa Rasulullah s.a.w tersebut bermaksud, sifat malas adalah satu sifat keji dan tidak mendatangkan hasil sama ada di dalam usaha mencapai kesempurnaan hidup, mencari rezeki ataupun di dalam usaha menunaikan ketaatan dan ibadah kepada Allah. Justeru, selaku hamba kita haruslah sentiasa melazimi diri menunaikan segala kewajipan yang telah dipikulkan ke atas dirinya.

Nasihat pada diri adik,pada abang dan pada semua supaya tidak menangguhkan amalan kerana menantikan kesempatan masa yang lebih baik, kerana umur itu tidak berada dalam genggaman kita.

Seharusnya kita sentiasa memelihara dan mengurus waktu dengan baik. Ini kerana, waktu itu adalah aset yang sangat penting dan berharga yang mesti dipelihara. Golongan para sufi menganggap bahawa waktu itu mempunyai hak yang wajib ditunaikan dan apabila lalai daripada melaksanakannya bererti merosakkan agama serta mencederakan akal.

Maka dalam hal ini, pertingkatkan mujahadah melawan sifat malas. Mujahadah adalah saluran terpenting bagi mencapai tujuan yang suci. Dengan kekuatan mujahadah ini, akan dapat menghancurkan runtunan dan pujukan nafsu dan lintasan-lintasan jahat dihati.

abang,
Ibrahim bin Adham ada berkata,
" Seseorang itu tidak akan dapat mencapai darjat solihin melainkan ia terlebih dahulu mestilah melepasi enam halangan. Halangan pertama, pintu nikmat akan terkunci dan pintu kesusahan akan dibuka. Kedua, pintu kerehatan akan ditutup dan pintu usaha keras akan dibuka. Ketiga , pintu kebanggaan akan ditutup dan pintu kehinaan akan dibuka. Keempat, pintu tidur akan di tutup dan pintu berjaga malam akan dibuka Kelima, pintu kekayaan akan ditutup dan pintu kefakiran akan dibuka. Keenam, pintu angan-angan akan ditutup dan pintu persedian untuk menghadapi maut akan dibuka".

ILMU DICURAH PADA ADIK-ADIK DI KG GANGSA

Alhamdulillah semalam adik ada bincang ngan mak dan ayah untuk dapatkan kebenaran gunakan rumah untuk buat tuisyen. Mak ayah bersetuju dan meminta adik segera dapatkan pelajar. InsyaAllah adik akan laksanakn tanggjawab ini sebaiknya. InsyaAllah tuisyen ini bermula awal Februari sehinggalah adik tamat pengajian di UTeM.Adik ada satu sem lagi.Sementara masih berada di Melaka, adik berhasrat untuk sumbangkan sesuatu pada kampung,tempat adik tinggal sekarang.

Abang,doakan adik ya. Menuntut ilmu di universti di samping mencurahkan sedikit ilmu yang ada..

Abang,
Sekadar ini untuk warkah adik yang kelapan.InsyaAllah yang seterusnya bakal menyusul.
Abang, teruskan perjuangan abang di sana.Salam imtihan dari adik..
Adik sentiasa doakan yang terbaik untuk abang.Jangan lupakan adik ya.

Abang jika berkesampatan,adik mohon abang reply ya.Adik ingin tahu jugak apa perkembangan abang di sana.Mohon dipertimbangkan..terima kasih.

Insan yang sentiasa menyayangi dan merinduimu..
Jamal...









1 comment:

  1. saya mohon izin kopi iklan tusyen anda yg kreatif ni ...sy xpandai buat...mintak izin kopi n edit yer. syukran

    ReplyDelete