WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Sunday, January 29, 2012

WARKAH KE-11 : SEMOGA DIRI INI ISTIQOMAH

Assalamualaikum WBT..

Salam kasih sayng bt abg tercinta di Bumi Mesir,
abg apa khbr dsana?
Alhamdulillah adik dan sluruh ahli kluarga siht2 jer di Melaka..
Ayah,mak,Yazid,Yusra n Aliff..

Alhamdulillah,
Allah permudahkan segala perancangan adik.
Mak ayah banyak membantu & memberi sokongan.
Bermula Jumaat yang lepas, 27 Januari adik dah mulakan kelas Fardhu Ain.
Hari Sabtu yang lepas dan semalam,juga telah bermula kelas Tuisyen yang adik kendalikan.
Alhamdulillah pelajar ada dalam 30 orang ..
Jazakallah abang atas doa abang untuk adik...
Moga-moga Allah sentiasa beri kekuatan kepada adik..istiqomahkan diri adik & kurniakan kefahaman ilmu kepada adik..
Agar adik terus dapat mendidik mereka menjadi pelajar yang cemerlang dunia & akhirat.

Hari ini dah masuk 30 Januari..
Sekarang dekat rumah dah sibuk dengan persiapan majlis walimah..abg yg sbelah rumah kita..adik tak ingt sgt nama dia..
Majlis pada 11 Januari untuk pihak lelaki..
Utk pihak perempuan di Kelantan pada 3 atau 4 atau 5 Februari camtu..
Mak ayh ikut hantar rombongan tak silap adik..
tak sabarnya nak kawin jugak..btol??hihi...

Adik Yazid tak lama lagi akan masuk STAM..yelah,sekarang pelajar-pelajar STAM dah masuk sekolah. Yazid nak msuk STAM dulu smntra tunggu keptusan SPM dan panggilan dari IPTA..x silap bulan Mac nanti kptusan SPM baru keluar..
Jadi lebih baik pergi ambil STAM dahulu...

Hari ini,ayah dan mak kembali buka gerai.
Sebelum ni kerap jugak tidak berniaga sebab cuti peristiwa dan ada kalangan kurang pelanggan yang datang.Waktu sekarang,hanya pekerja sahaja yang datang.
Pelajar-pelajar UTeM majoriti berada di kampung sekarang.
Kata ayah dan mak,nak bukak hari ini untuk buat survey2 awal-awal dulu..
Kalu ramai orang..
InsyaAllah esok2 akan terus buka..


InsyaAllah di lain masa adik kirim warkah seterusnya..
Abg sama2 kita doakan kejyaan kita bersama juga untuk kebahagian keluarga kita..amiin..
Adik mohon diri dahulu..
Jazakallah.
Assalamualaikum WBT..

-adik yang merinduimu-

No comments:

Post a Comment