WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Monday, January 30, 2012

Assalamualaikum WBT..
Sedikit perkongsian dari ana buat shbt2..
Semga bermanfaat pada kita...

ISTIDRAJ..
Salah satu ujian dari Allah buat hamba-hambanya.
Dikurniakan pda hamba-hambaNya kenikmatan,namun nikmat itu membuat dan menambah-nambahkan lagi hamba itu pada kebinasaan dirinya..

Soal diri kita,
Pernah terjadi pada kita..
HATI MULA TERARAH DALAM MENCARI NIKMAT DUNIA..
PARAH!!!
Sedikit sahaja nikmat kesenangan Allah kurniakan kepada kita..
amalan soleh yang selama ini kita isitiqomah melakukannya..
sedikit-sedikit terhakis pada diri..
rasa malas untuk dikerjakan lagi..
disibuk-sibukkan pada perkara-perkara dunia..

akibatnya terasa hati menjadi jauh dari mengingati Allah....
hati tenggelam dalam keseronokan dunia...
hati kosong dalam mengingati Allah..
hati terasa lazat pula bila dosa mula dilakukan.
inilah PETANDA ISTIDRAJ MULA BERLAKU PADA DIRI..

Ingatkah kita pada kisah Sa’labah bin Hatib si pengembala kambing??
Awalnya miskin & rajin beribdah kepada Allah..
nah,sekali Allah kurniakan nikmat kesenangan padanya..
mula ingkar pada perintah Allah..

Juga kisah teladan yang berlaku pada Firauan.
Raja segala Harta Dunia..
Namun bagaimana isitidraj pada dirinya...
Harta dunia menggelapkan dirinya pada kebenaran dan keimanan kepada Allah..

Firman Allah yang dimaktubkan di dalam surah Al-Baqarah, ayat 75-78 yang bermaksud:

"Diantara mereka, ada yang berjanji kepad Allah. Sekiranya aku diberi rezeki yang banyak, aku akan banyak memberi sedekah, aku akan menjadi orang yang soleh. Tetapi, setelahmereka memperolehi rezeki yang berlimpah ruah lalu mereka menjadi orang yang bakhil dan berpaling dari janjinya. Akhirnya mereka ditimpa penyakit munafik pada hari di mana mereka itu kembali kepada Allah disebabkan mereka mengingkari janjinya sendiri dan disebabkan kebohongan mereka. Apakah merek tidak tahu, bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala rahsia dan apa yang tersirat dalam hati mereka dan bahawa Allah itu mengetahui segala perkara ghaib?"

shbt2,
mula sedarkan pada diri untuk KEMBALI PADA ALLAH..
Mujahadah supaya DIRI TERHINDAR DARIPADA KEBINASAAN...
Tidak salah untuk kita mencari kesenangan untuk merasai kebahagian dunia..
Waspada dan pandailah menggunakan nikmat kesenangan tersebut..
Sebagai wadah dan medium untuk kita menuai benih dan bekalan akhirat..
Sedekah,zakat,memudahkan urusan orang lain,menuntut ilmu dan lain-lain..

Jazakallah kerana sudi membacanya..
Sekian dari ana...

No comments:

Post a Comment