WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, February 7, 2012

WARKAH KE-12 SEMPENA MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum WBT.

Salam Maulidur Rasul khasnya buat abang yang tercinta, Muhammad Syafiq bin Abd Aziz dan juga buat sahabat-sahabat ana yang lain.Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, selamat datang ke laman blog ana kepada semua .Moga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan keberkatanNya.


Bersempena sambutan Maulidur Rasul, saya mengajak sahabat-sahabat semua menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.


Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (al-ahzab 21).


Bersempena dengan sambutan maulidul Rasul pada tahun ini, suka untuk ana mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk bersama-sama mengambil semangat yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah dalam memacu perubahan umat terutamanya pada generasi muda pada zaman itu, yang akhirnya menjadi benteng barisan hadapan dalam mempertahankan kesucian dan kehormatan agama Islam .

Dalam lipatan sejarah Islam, banyak contoh dan kisah yang boleh kita kiaskan kepada dunia mahasiswa dan dunia kepemudaan. Kisah Nabi Ibrahim, Umar al-Khattab, Zaid bin Harithah, Abu Ubaidah al-Jarrah, Ashabul Kahfi dan ramai lagi yang boleh diambil iktibar. Dari latar belakang sejarah Islam, kita dapat meringkaskan bahawa peranan mahasiswa Islam yang besar ialah Menjadi generasi pewaris Iaitu generasi yang meneruskan nilai-nilai murni yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 21 surah at-Thur.

Mahasiswa juga Menjadi generasi pengganti Iaitu generasi yang menggantikan kaum yang telah rosak dengan nilai yang lebih baik seperti mencintai Allah, lemah lembut kepada orang Islam, tegas terhadap orang bukan Islam dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 54 surah al-Maidah. Selain itu, mahasiswa Menjadi generasi perubah Iaitu generasi yang memperbaiki dan memperbaharui kecacatan yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 42 surah Maryam.

Jesteru, dalam merealisasikan impian tersebut, mahasiswa perlulah mengorak langkah dalam memastikan diri mereka menjadi mahasiswa dan pemuda yang intelektual dan mampu memimpin. Menyedari begitu besarnya peranan mahasiswa dalam mencorak perubahan negara, sudah pasti disana ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan agar peranan tersebut tidak menjadi angan-angan semata-mata.

Mahasiswa, sekalipun masih belum layak untuk digelar ulama mahupun profesianal ,namun mereka perlu sedar bahawa tugasan sebagai ulama dan profesianal yang bakal disandang bukanlah satu tugas untuk menjadikan pencarian sesuap rezeki sebagai tujuan utama. Bidang ini bukan bidang untuk menjadi terkenal, disanjung dan dipuja. Bahkan bidang menggalas nubuwwah peninggalan para rasul terdahulu ini adalah untuk memastikan Islam dijadikan sebagai raja yang memutuskan segala perkara dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar urusan. Perkara ini amat berhajat kepada kefahaman kepada apa yang dipelajari, bukan setakat ‘hafalan buta’ ketika menghadapi imtihan.

Marilah kita menjadi orang yang sentiasa menyatakan kebenaran, kerana perkataan yang mengandungi kebenaran itu disifatkan oleh Allah sebagai sebatang pohon yang kukuh dan menberikan manfaat kepada masyarakat. Firman Allah:

“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).” (Ibrahim:24-25)

Tarbiyyah adalah sebuah kekuatan dalaman yang dihasilkan oleh perasaan taqwa dan cinta kepada Allah dan Rasulullah. Tarbiyyah ini akan melahirkan hamba yang berkomitmen dan tidak mudah menyerah kalah, menguasai adab-adab dan akhlak Islam, juga menjadi benteng yang akan menghacurkan sesiapa sahaja yang cuba memusnahkan dasar dan perjuangan Islam selagi mana matlamat dan perjuangan itu masih teguh pada landasan yang benar disisi Allah


Hari ini marilah kita melahirkan tanda kita mencintai Rasulullah s.a.w . Dalam kehidupan kita,sentiasalah
hidupkan dengan amalan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupan kita adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah




“Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. [Surah At-Taubah:24].

Selain itu,perbanyakkan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w
.

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanla
h salam penghormatan kepadanya. [Surah Al-Ahzaab: 56].

Akhirnya, ana berpesan kepada semua, marilah kita sama-sama mengosongkan fikrah kita selain daripada Islam semata-mata agar menjadikan kita seorang muslim yang semakin bertaqwa kepada Allah swt. Teruslah mengharap dan memohon lindungan dan pertolongan dari Allah swt, kerana Dialah satu-satunya Rabb yang menguasai sekalian makhluk dan ciptaan. Firman Allah:

“Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.(Al-Maidah:56) “

Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,ALLAH dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana ALLAH semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

1 comment:

  1. Why casinos don't let you stay in the city they say you
    The only place you can 제주 출장마사지 bet on when 계룡 출장마사지 you're not staying 청주 출장안마 in the city you want to 이천 출장샵 stay in 광양 출장마사지 and get a sense of where you are at.

    ReplyDelete