WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, February 7, 2012

PEMIMPIN ANTARA KITA

skdr perkongsian ringkas dari ana utk sama-sama kita fikirkan demi msa depan n halatuju kita selepas ini..
Maaf,harap tidak ada yg salah faham..
Ana sayangkan Agama,Bangsa n Negara kita..

Sgghnya kita manusia ini JAHIL,tapi usahlah dalam memilih pemimpin kita letakkan diri kita dalam KEJAHILAN juga..nauzubillahiminzalik..

Msing-masing ada klemahan..tdk ada yg smpurna..nak tak nak kita hrus memilih A
atau B atau lain2nya utk jadi pemimpin antra kita..

Pemimpin msyrkt,pemimpin kluarga,pemimpin mhsiswa,pemimpin ngra dll...
usah terus mncari klemahan orang lain dan usah meragui utk membuat pilihan..
Sejarah telah membuktikan, Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain. Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.

Mahukah kita melihat kegelapan dan sejarah hitam sebegini berulang dalam kehidupan masyarakat kita hari ini?

Pemimpin yg mencontohi dan mengikut acuan Madrasah Rasulullah s.a.w dari pelbagai aspek.Antaranya mengikuti keperibadian Baginda,cara Baginda memimpin,cara Baginda berkomunikasi dll yang harus dan wajib kita dambakan untuk kita pilih sbgai calon pemimpin kita..knpa hrus memilih yg sebaliknya..btol kan??
yg jelasnya,kt akn menanggung akibt dri pilihan kita..
Baik bruk pemimpin kita itu..

Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:
“Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)”.

Sebagai contoh, jika kt salah memilih psangan hdup utk memimpin rumahtgga,rumahtngga akan porak peranda..berlku perceraian bila tidk sefahaman..Jadi,pilihlah yang boleh memelihara dan memberi kebahagian pada rumahtangga kita selamanya.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Jika kt salah memilih pemimpin ngra pula,ngra akan musnah,msyrkt hdup dlm kejahilan,trunnya bala dari Allah,masy akan hidup bermusuhan dll..Jadi pilihlah,pemimpin yang mengikut al-Quran dan as-Sunnah dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai Qudwah Hasanah. Amat sesuai Baginda menjadi contoh teladan yang paling baik.

Sabda baginda :
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".

Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :
“Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Bilamana kita slh memilih pimpinan mhsiswa pula,urusan akdemik pljr tidak terurus,memimpin utk kepntigan peribdi smta-mata,mngejar populariti smta-mata,tnggungjwab sosial terabai,kbajikan mhsiswa dikebelakangkan dll..

justeru,kesimpulan dari ana..sma2 kt fikirkan,
pilih yg baik akhlaknya,byak amal kebaikan..pilih yg jelas mtlmtnya..yg boleh mnjdi contoh..bukan yg akan memimpin kt pda kebatilan,kjhtan,kemungkran & kesengsaraan hidup..

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:surah ar-Ra’du ayat 11
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”

jazakallah ats kejsma mmbca warkah ringkas ini..
Salam Maulidur Rasul buat semua.


No comments:

Post a Comment