WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Saturday, January 14, 2012

ABG YANG DISAYANGI : WARKAH KE-9

Assalamualaikum WBT..
Warkah kali ini abang bersifat nasihat dan peringatan untuk kita bersama,
DUNIA HIMPUNAN SANDIWARA SEMATA-MATA


Abang,
Berhati-hati kita pada dunia,
segalanya kita boleh mengaku ini hak kita,ini yang amal kita kerjakan,nafikan kesilapan dan kesalahan kita,akui kehebatan dan kemegahan diri kita,membuktikan kita hebat,menutup kelemahan dan kekurangan diri..semata-mata untuk menampakkan diri hebat dan gah di mata masyarakat..Gah dimata orang yang kita pimpin,gah di mata orang-orang yang berduit..menjga kpntigan dri bukan kptgn kpda Agama..

Adik ingati diri adik dan juga abang,
kt Muhasabah bersama,
bagaimana pndgn kita dsisisi Tuhan Yang Maha Esa??
" Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian” [ Al-Hujurat:13]

"Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau”

Maksdnya,sgala tindak tnduk kita,Allah pasti melihtnya sama ada kt lakukan secara smbunyi mahupun terang-terangan,segalanya dibawa tilikan pndgn Allah S.W.T.
Allah Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di hati kita..kita sendiri mampu untuk menilai apa yang kita lakukan..

Abang,
Sama-sama kita insafi diri,
Nikmat2 yang kita dapat hari ini..
Berjaga-jaga dengan 7 anggota pda tubuh kita..
Mata kita..telinga kita..lidah kita..tangan kita..kaki kita..kemaluan kita..perut kita..
Di dunia..kta boleh berlindung dan bersandiwara pada pandangan manusia..
Namun di akhirat,tidak sama sekali..

"Pada Hari ini Kami tutup mulut mereka, tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan" (surah Yaasin : ayat 65)

Apa yang telah lidah kita katakan pada orang..
Apa yang lidah kita fitnah dan mencaci pada orang
Apa yang lidah kita telah buat penyaksian dan pengakuan palsu
Apa yang lidah kita telah nafikan kebenaran dan mengagongkan kebatilan
Apa yang telinga kita dengar perkara-perkara umpatan
Apa yang telinga kita dengar berita-berita kepalsuan
Apa yang kaki kita kerjakan ke arah kemksiatan n kmgkaran
Apa yang kaki kita telah gerakkan untuk pijak hak-hak orang lain
Apa yang tangan kita telah capai untuk bntu pda pkra-pkra dosa dan batil
Apa yang tangan kita telah penuhi hajat manusia2 yang berkepntigan
Apa yang telah kita persetujuai dan sepakati hasil tulis
Apa yang tangan kita tulis untuk mengutuk dan mencaci yang lain

dan lain-lain persoalan yang tidak mampu kita selindungi lagi..
Hanya yang beriman dan beramal soleh mmpu untuk menjawabnya
Yang benar akan benar..
Yang batil akan batil..
Tidak ada keraguan lagi pada pangadilan Allah..
Abang, Justeru sama-sama kita abang,
Harus kita ingati sentiasa..
Lakukan segala2nya kerana mengharapkan redho Ilahi..
Bukan niat semata-mata selain dariNya..
Usah biarkan diri kita ditipu dunia..
Dunia himpunan sandiwara semata-mata
Sentiasa beribadah hanya keranaNya Melaksanakan segala perintahNya Tuai seberapa banyak amal soleh Kerana duni jambatan kita menuju akhirat

" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran siang dan malam, ada tanda kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri,duduk dan semsa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : " Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau , maka peliharalah kami dari azab neraka" (surah ali-Imran : ayat 190-191)
Semoga Allah sentiasa berkati kita abang,
Semoga Allah sentiasa merahmati kita abang,
Semoga Allah melindungi kita dari tipu daya Dunia,
Semoga Allah melindungi kita dari fitnah Dunia,
Semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan kebenaran buat kita,
Semoga pancaran Nur Ilahi sentiasa memancari kehidupan kita.

Amiin Ya Rabb...
Sekian Warkah ke-9 dari adik,
Disaat menulis warkah ini ,
Alhamdulillah dah selesai menjawab soalan peperiksaan akhir semester ini,
InsyaAllah masih berbaki satu semester lagi.
Abang, Doakan kejayaan adik..
Yang kurang dari kelmhan dri adik sendri..
Mohon maaf atas kekaksaran bahasa dan tersalah susun tutur bicara.. Abg jumpa lagi.
Adik yang sentiasa menyayangimu,
Jamalluddin..

No comments:

Post a Comment