WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Sunday, January 22, 2012

WARKAH KE 10 : TERIMA KASIH ABANG

Assalamualaikum WBT..

Apa khabar abang?

Warkah kali ini istimewa dari adik. Adik berada di Terengganu sekarang bersama mak ayah tersayang sehingga 25 Januari 2012.
Alhamdulillah,semua ahli keluarga sihat walafiat.

Jika abang berkelapangan dan ingin datang melawat Terengganu dan berhajat singgah di rumah adik..
Di sini antara tempat yang adik akan bawa abang...














Abang,
Ni gambaran salah satu Pantai di Kuala Terengganu.
Berdekatan kampung adik.
Pantai pandak chendering kuala terengganu...
Lokasi kurang dari 2 km dari rumah adik..
Bila adik rasa bosan di rumah,rasa tak tenang..
Adik akan ke sini sendirian..
Cari-cari angin dan main-main ombak..
Duduk termenung di atas batu besar ..
Subhanallah betapa agung dan hebatnya kekuasaan dan ciptaan Allah..

Suasana di Terengganu sangat-sangat menyamankan..
Bagi pandangan peribadi adik,
Sedikit berbeza dengan Melaka.
Alhamdulillah, roh Islamnya lebih terasa..
Tidak sibuk sangat..
Masing-masing lebih mesra..
Namun kadang-kadang kes-kes jenayah seperti kecuarian banyak berlaku juga di kampung-kampung..
Itu yang membuatkan orang-orang kampung rasa takot..
Di kampung adik sendiri pun ada malasah tersebut...

Abang,terima kasih.
Syukur pada Allah, panggilan dari abang semalam adik sangat hargai.
Sangat-sangat terkejut dan sesuatu yang adik tidak jangkakan.
Mohon maaf dalam talian semalam, adik tidak perasan panggilan tersebut dari abang.
Alhamdulillah, panggilan dari abang semalam mengubat kerinduan adik pada abang.

InsyaAllah,
akan pulang semula ke Melaka untuk teruskan hajat membuka kelas Tuisyen.
Alhamdulillah,kata ayah pendaftaran pelajar sangat baik.
Adik pun dah mula excited dab takot-takot..
Yelah pengalaman pertama mengajar anak-anak Gangsa..
Kebanyakan adik tidak kenal sangat mereka..
Perlu masa untuk sesuaikan diri..

Abang masih ingat Projek Sarjana Muda adik..
Alhamdulillah semak keputusan semalam dapat keputusan yang baik..
InsyaAllah,semester terakhir bermula 20 Februari nanti akan teruskan projek tersebut sekali lagi sebelum di akhir semester buat pembentangan terkahir.
Bermula awal sem nanti,
Mula masuk makmal dan buat analisis secara menyeluruh.
Abang doakan adik ya...
InsyaAllah adik akan usahakan yang terbaik..
Tamatkan pengajian pada Jun nanti dengan baik juga..
Amiin...

Sekian warkah ringkas dari adik..
Insan yang snagat menyayangimu..

Terima kasih abang..