WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Wednesday, June 17, 2009

HADIS HUZAIFAH AL-YAMANI

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya :
"Manusia sering bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia menimpa diriku, lalu aku bertanya :"Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah s.a.w menjawab :"Ya.Kami bertanya lagi:Adakah akan berlaku kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah s.a.w menjawab: "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti ajaran selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah s.a.w menjawab:"Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, siapa ya Rasulullah?sifatkan mereka kepada kami.Rasulullah s.a.w menjawab:"Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi:Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyaijemaah( kesatuan),juga tidak ada pemimpin? Rasulullah s.a.w menjawab lagi :"Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian,

Saturday, June 13, 2009

ANTARA HADIS RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM


Rasulullah s.a.w telah bersabda , maksudnnya :
“Iman itu ialah bahawa kamu percaya kepada Allah , Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan qadar baik & buruk” (Riwayat Muslim)

Maksudnya :
“Daripada Abdullah Ibnu Umar r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang Islam bersaudara kepada orang Islam yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya kepada kebinasaan. Siapa yang menolong hajat saudaranya, Allah akan menolong hajatnya, dan siapa yang melepaskan kedukaan seseorang Islam, Allah akan melepaskannya daripada kedukaan pada hari Kiamat. Siapa yang menutup keaiban seseorang Islam, Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat.” (Riwayat Bukhari&Muslim)

Maksudnya :
“Daripada Abi Sa’id al-Khudri katanya, “Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Kamu akan mengikuti perjalanan orang silam, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka masuk lubang dhab(biawak padang pasir) pun kamu akan ikut. Kami berkata “Adakah orang Yahudi dan Nasrani?” Jawab Baginda, “Siapa lagi?” (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w telah bersabda , maksudnnya :
“Apakah kamu ingin tahu dosa segala dosa?” kami(para sahabat) berkata: “Ya Rasulullah”. Lalu Baginda berkata, “Syirik kepada Allah dan derhaka kepada ibu bapa”. (Riwayat Bukhari)

Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a , sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “ Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: (sahabat bertanya) “Apakah dia wahai Rasulullah:” Jawab Baginda, “Apabila engkau berjumpa dengannya berilah slam, apabila dia menjemput ke rumahnya hendaklah engkau terima, apabila dia minta nasihat berilah dia nasihat kepadanya, apabila dia bersin lalu memuji Allah dengan Alhamdulillah, maka doakanlah dia dengan ‘Yarhamukallah’ , apabila dia sakit, ziarahilah seterusnya apabila dia mati iringilah jenazahnya ke kubur.” (Riwayat Muslim)

Maksudnya :
“Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda: Iman itu ada lebih dari 70 cabang atau lebih dari 60 cabang. Sebaik-baiknya ialah kalimah syahadah dan yang paling rendah ialah membuang halangan di jalan. Malu adalah satu cabang daripada iman.” (Riwayat Muslim)

Monday, June 8, 2009

AMANAH YANG RUNTUH

Firman Allah S.W.T, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah & Rasul-Nya & janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu, anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian & sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar.
Wahai orang-orang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu & Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar”
(Surah al-Anfal ayat 27-29)
Amanah bukan satu tanggungjawab yang seharusnya dipandang enteng. Setiap manusia di muka bumi ini dilahirkan bersama dengan amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan.Amanah untuk Qaliqnya, amanah terhadap agama, amanah untuk diri sendiri, amanah untuk ibu bapa, isteri,anak-anak & juga amanah untuk masyarakat, negara, saudara se-Islam mahupun bukan seagama, harta benda & berbagai-bagai yang tidak mampu ditayangkan di minda manusia yang kerdil lagi jahil seperti kita. Lipatan sejarah yang dititipkan dalam al-Quranul Karim terlalu banyak hingga diibaratkan akan kering lautan jika ia menjadi dakwat untuk membicarakan kisah berkaitan amanah yang dilalui oleh umat terdahulu.Kisah kebinasaan yang memusnahkan manusia yang gagal menjalankan amanah, seharusnya dijadikan tauladan kepada umat Islam hari ini dalam melalui kehidupan, memutuskan tindakan & pegangan. Masyarakat hari ini semakin alpa menunaikan amanah. Amanah untuk Pencipta dilalaikan begitu sahaja. Berapa ramai masyarakat kita yang culas & lalai dalam mengerjakan solat serta menidakkan hukum hakam yang sudah termaktub dalam kitab suci al-Quran akibat dibayangi hawa nafsu & pemikiran dangkal. Itu kepada Pencipta, kepada diri sendiri apatah lagi!!!Fikir-fikirkan….

Tuesday, June 2, 2009

AMAL SOLEH ADALAH SEBAIK-BAIK PENGISIAN HIDUP

Dalil-dalil:

Firman Allah :(Surah al-Kahfi:107-108)
Maksudnya....
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman & yang beramal soleh bagi mereka adalah Syurga Firdaus yang menjadi tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dalamnya ,mereka tidak ingin sekali-kali berpindah darinya".

Firman Allah :(Surah al-Asr:1-3)
Maksudnya....
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh,sentiasa berpesan-pesan ke arah kebenaran & berpesan-pesan ke arah kesabaran".

Firman Allah :(Surah as-Sajadah:12)
Maksudnya....
"Dan alangkah ngerinya sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya,mereka berkata"Ya Tuhan kami,kami telah melihat & mendengar,maka kembalikanlah kami ke dunia,kami akan mengerjakan amalan soleh,sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin"

Sabda Nabi S.A.W:
"Bersegeralah melakukan amalan-amalan yang soleh sebelum sampai masa datangnya fitnah & bala bencana umpama malam yang gelap gelita di mana seseorang itu paginya beriman sedangkan di waktu petangnya dia kufur dengan Allah.Begitu juga petangnya dia beriman tetapi pagi esoknya dia kufur dengan Allah.Yang demikian itu kerana dia menjual agama untuk kepentingan dunia yang sedikit"

Sabda Nabi S.A.W:
"Tiga perkara yang akan mengikuti seseorang mayat itu ke kuburnya.Dua perkara akan pulang meninggalkannya manakala satu lagi tinggal bersamanya.Yang mengikuti seseorang itu ialah kaum kelurganya,harta bendanya dan amalan-amalannya.Maka pulanglah keluarga & hartanya & tinggallah amalannya"
(Riwayat Imam Muslim)