WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Monday, June 8, 2009

AMANAH YANG RUNTUH

Firman Allah S.W.T, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah & Rasul-Nya & janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu, anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian & sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar.
Wahai orang-orang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu & Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar”
(Surah al-Anfal ayat 27-29)
Amanah bukan satu tanggungjawab yang seharusnya dipandang enteng. Setiap manusia di muka bumi ini dilahirkan bersama dengan amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan.Amanah untuk Qaliqnya, amanah terhadap agama, amanah untuk diri sendiri, amanah untuk ibu bapa, isteri,anak-anak & juga amanah untuk masyarakat, negara, saudara se-Islam mahupun bukan seagama, harta benda & berbagai-bagai yang tidak mampu ditayangkan di minda manusia yang kerdil lagi jahil seperti kita. Lipatan sejarah yang dititipkan dalam al-Quranul Karim terlalu banyak hingga diibaratkan akan kering lautan jika ia menjadi dakwat untuk membicarakan kisah berkaitan amanah yang dilalui oleh umat terdahulu.Kisah kebinasaan yang memusnahkan manusia yang gagal menjalankan amanah, seharusnya dijadikan tauladan kepada umat Islam hari ini dalam melalui kehidupan, memutuskan tindakan & pegangan. Masyarakat hari ini semakin alpa menunaikan amanah. Amanah untuk Pencipta dilalaikan begitu sahaja. Berapa ramai masyarakat kita yang culas & lalai dalam mengerjakan solat serta menidakkan hukum hakam yang sudah termaktub dalam kitab suci al-Quran akibat dibayangi hawa nafsu & pemikiran dangkal. Itu kepada Pencipta, kepada diri sendiri apatah lagi!!!Fikir-fikirkan….

No comments:

Post a Comment