WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Wednesday, June 17, 2009

HADIS HUZAIFAH AL-YAMANI

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya :
"Manusia sering bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia menimpa diriku, lalu aku bertanya :"Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah s.a.w menjawab :"Ya.Kami bertanya lagi:Adakah akan berlaku kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah s.a.w menjawab: "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti ajaran selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah s.a.w menjawab:"Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, siapa ya Rasulullah?sifatkan mereka kepada kami.Rasulullah s.a.w menjawab:"Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi:Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyaijemaah( kesatuan),juga tidak ada pemimpin? Rasulullah s.a.w menjawab lagi :"Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian,

No comments:

Post a Comment