WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, August 4, 2009

PERINGATAN BUAT SAHABATKU SEMUA..



Wahai sahabat yang dirahmati Allah...
Sahutlah seruan supaya kembalikan Islam di tempat yang paling tinggi.
Tanggungjawab mempertahankan Islam adalah tugas utama yang mesti dipikul di bahu kita wahai sahabat-sahabatku semua.
Kita sebagai generasi penggerak gerakan Islam.
Sahabat-sahabat semua...
Kita tidak boleh leka dalam suasana musuh sedang merancang meruntuhkan umat Islam kini.
Sama-samalh kita membina semangat baru yang berteraskan kepada semangat kerjasama mendaulatkan Islam dan perjuangan yang diasaskan oleh Baginda s.a.w.

Firman Allah S.W.T , maksudnya :

"...dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa da janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,sesungguhnya Allah amat berat seksaNya. (al-Maidah:2)

Firman Allah S.W.T lagi , maksudnya :

"Kami kisahkan kepadamu wahai Muhammad cerita ini dengan benar.Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda (al-Kahfi) yang breriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk". (al-Kahfi :13)

Sahabat-sahabat semua..
Marilah kita bersatutenaga menegakkan ajaran Islam.
Kita semua bertanggungjawab meninggalkan segala dosa dan permusuhan khususnya amalan maksiatyang akan menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral.
Justeru,
Ayuh sahabat-sahabtku..
Kita bangkit menegakkan kebenaran yang di bawa oleh Islam..insya-Allah.

JOM BACA SANTAPAN ROHANI NI....


Dalam kerendahan hati , ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta , ada kekayaan jiwa,
Dalam kesempitan hidup , ada kekuasaan ilmu,

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada daripada batu...
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera...

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam..
Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat...

Tanda orang yang bijaksana ialah orang yang hatinya selalu berniay suci..
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah..
Matanya menangis penyesalan terhadap dosa..
Sabar terhadap perkara yang dihadapi..
Mengutamakan akhirat berbanding dunia..

Gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit..
Rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..

SYUKURI NIKMAT TUHAN

Firman Allah S.W.T ,maksudnya :
"Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepadamu dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab Aku sangat pedih"

Bgaimana cara syukur yang dinjurkan:
  • Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah
  • Lafazkan "alhamdulillah" apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kebaikan
  • Terima kasih pada orang yang menjadi penyebab kita mendapat nikmat
  • Jadikan segala nikmat yang diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah
  • Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain untuk dihayati kekuasaan Allah S.W.T

KENALI BULAN SYA'BAN

1-Sya'ban bermaksud berpecah atau bercerai-cerai.ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

2-Baginda s.a.w bertanya kepada sahabat, "tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Sya'ban?" mereka menjawab, "Allah dan rasulNya sahaja yang lebih mengetahui"
Baginda menjawab" kerana pada bulan ini bercabang padanya banyak kebaikan "

3-Daripada Saidina Aisyah, beliau berkata " Aku tidak pernah melihat Baginda s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah pula melihat Baginda berpuasa suant dalam sebulan yang lebih banyak melainkan di bulan Sya'ban"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4-Antara amalan yang digalakkan dilakukan pada bulan Sya'ban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa,doa,zikir,selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

5-Dalam sejarah Islam,bulan Sya'ban menyaksikan beberapa peristiwa penting yang berlaku seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada hari isnin ,hari kedua Sya'ban pada tahun kelima Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah al-Mustaliq.

Sunday, August 2, 2009

SKETSA KEHIDUPAN


Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak ada kesudahan
Apa gunanya sesalan hanya memakan jiwa...

Jangan difikirkan derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali...

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan..


Thursday, July 30, 2009

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA







Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? "

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan

(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat..

Monday, July 27, 2009

TUJUH BUDAK HITAM

Tujuh Budak Hitam,
Pakat nak jadi menteri,
Seorang jadi pemimpin bestari,
Tinggal lagi enam..

Enam budak hitam,
Dapat rezeki banyak duit,
Seorang suka pergi derma,
Tinggal lagi lima...

Lima budak hitam,
Lima-lima banyak cakap,
Seorang suka zikir pada Allah,
Tinggal lagi empat...

Empat budak hitam,
Suka iktikaf dekat masjid,
Tiga orang tak tahan,
Tinggal kawan diorang sorang-sorang...

Tiga budak hitam,
Bagi sedekah dekat kat orang,
Dua declare kat media,
Yang seorang wat diam-diam...

Dua budak hitam,
Suka lawat kawan-kawan,
Niat hati untuk Allah,
Jumpa pisah untuk Islam...

Tinggal seorang budak hitam,
Awek cun rayu buat maca-macam,
Tapi iman punya pasal,
Buat rileks tak nak layan...

Tujuh budak hitam,
Nabi Muhammad s.a.w dah pesan,
Allah akan lindungi korang,
Tak kira ;a putih atau hitam...

# 7 Golongan akan dilindungi Allah di bawah panji- panji
Allah saat tidak ada lagi naungan di akhirat kelak...

- Para pemimpin yang bijaksana
-Orang yang suka menderma di jalan Allah
-Orang yang mengalir deras air matanya saat berzikir kepada Allah
-Para penghuni masjid yang bertaqwa
-Para dermawan yang merahsiakan dermanya
-Sepasang sahabat yang selalu setia,bertemu dan berpisah kerana Allah
-Para pemuda yang kuat imannya untuk menolak rayuan wanita jelita untuk lakukan maksiat

ISRAK DAN MIKRAJ



ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Maha suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Isra’: 1)

  • Tanggal 27 Rejab, tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan dua tahun sebelum berlakunya hijrah Nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku peristiwa Israk dan Mikraj
  • Ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t dalam ‘memperjalankan’ diri Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa , Baitumaqdis, dan seterusnya Nabi diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t dalam masa yang begitu singkat.
  • Peristiwa ini telah menapis dan menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Nabi Muhammad s.a.w
  • Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi.
  • Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat di mana ada yang terus membenarkan Nabi seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, dan ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam.
  • · Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku selepas Nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.
  • · Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal, maka Islam pasti akan terkubur. Namun kuasa Allah s.w.t melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, Nabi telah ‘dihiburkan’ dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.
  • · Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam, malah telah melontar batu ke arah Nabi sehingga berlumuran darah
  • Kita dapat melihat Nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit di bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh Nabi sebagaimana Nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan meruntuhkan bukit ke atas penduduk Taif.


Thursday, July 16, 2009

PENGALAMAN MENARIK SEPANJANG CUTI SEM

-Jd fasi utk Kem Perkaderan Remaja Islam di Manir
K.Terengganu
-Jd tenaga pengajar Fardhu Ain
-Walimatul Urus kakak
-Program Smart Solat di Kuala Terengganu
-Program Bakti Siswa di Kg Pegoh
-Sukaneka
-Kem Pengukuhan Fasilitator
-Fasi Minggu Haluan Siswa Utem
-Main Badminton























sdpnyer..makan ngan mak angkat ms
prgram bakti siswa





Sukaneka.. Banyknyer hamper..yg pstnya,salah satu sy punyer..
menang jugak,hu3X



Main bdminton..bakal pgganti Lee Chong Wei..jgn marah..