WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, August 4, 2009

KENALI BULAN SYA'BAN

1-Sya'ban bermaksud berpecah atau bercerai-cerai.ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

2-Baginda s.a.w bertanya kepada sahabat, "tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Sya'ban?" mereka menjawab, "Allah dan rasulNya sahaja yang lebih mengetahui"
Baginda menjawab" kerana pada bulan ini bercabang padanya banyak kebaikan "

3-Daripada Saidina Aisyah, beliau berkata " Aku tidak pernah melihat Baginda s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah pula melihat Baginda berpuasa suant dalam sebulan yang lebih banyak melainkan di bulan Sya'ban"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4-Antara amalan yang digalakkan dilakukan pada bulan Sya'ban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa,doa,zikir,selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

5-Dalam sejarah Islam,bulan Sya'ban menyaksikan beberapa peristiwa penting yang berlaku seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada hari isnin ,hari kedua Sya'ban pada tahun kelima Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah al-Mustaliq.

No comments:

Post a Comment