
Dalam kerendahan hati , ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta , ada kekayaan jiwa,
Dalam kesempitan hidup , ada kekuasaan ilmu,
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada daripada batu...
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera...
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam..
Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat...
Tanda orang yang bijaksana ialah orang yang hatinya selalu berniay suci..
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah..
Matanya menangis penyesalan terhadap dosa..
Sabar terhadap perkara yang dihadapi..
Mengutamakan akhirat berbanding dunia..
Gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit..
Rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..
No comments:
Post a Comment