WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Sunday, November 27, 2011

WARKAH SEMPENA MAAL HIJRAH


Assalamualaikum WBT.

Bt abang yang dirindui kerana ALLAH,Alhamdulillah kini sudah seminggu abang berada di sana.
Semoga segalanya selamat.. Dengar cerita, keadaan di Mesir kembali bergolak apabila tunjuk perasaan berlaku di Dataran Tahrir, Kaherah bagi menuntut pihak tentera negara itu segera mengumumkan tarikh untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan pilihan yang dipilih rakyat selepas pengunduran Hosni Mubarak pada Februari lalu. Semoga ianya tidak menganggu urusan pengajian abang dan keselamatan abang juga.

Sempena kedatangan tahun, 1433 Hijrah.. Semoga memberi sinar kebahagian buat abang, Terus cemerlang di dalam pengajian di sana, Moga tahun ini tahun yang lebih baik buat abang berbanding tahun-tahun sebelumnya,Sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Moga azam abang tahun baru ini dimakbulkan Allah..Amiin…

Teruskan perjuangan wahai abangku, Di medan pengajian dan kepimpinan.Perjuangan Islam perlukan pemuda sepertimu untuk sebarkan risalah dakwah ke seluruh pelusuk dunia. Teruskan usaha dan tekadkan azam mencapai matlamat. Abang Hayati petikan Lagu Bingkai Kehidupan

Mengarungi samudera kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa untuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Quranu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alquran pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah,
Cita-cita kami tertinggi


Ya Allah , sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU

Dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu,

Dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU,

Ya Allah , Hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu

kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha,

kami mengharapkan rahmatMu Dan kami takutkan azabMu,

sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir,

Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."


InsyaAllah,Ikatan ukhwah antara kita terus terbina kukuh di atas paksi akidah yang Satu menuju redhaNya Ilahi dan menuju syurga Firdausi.Sama-sama kita meneruskan risalah Baginda s.a.w yang suci.. Amiin..Sekian warkah kedua adik untuk abang,InsyaAllah akan sentiasa adik kirimkan berita dari sini .Salam kerinduaan dari adik dari Melaka. Mohon minta diri. Sekian…Assalamualaikum WBT..