WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Thursday, November 17, 2011

ILA LIQO'..SEMOGA KETEMU LAGI..

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran serta puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan ana untuk menulis warkah ini. Semoga bertambah kasih sayang dan limpah kurnia berkat daripada Allah SWT.


ya Allahu ya Rabbi
kini ana mgerti
ana sgt memahmi
bgtu bermkna hdup ini
punyai insan yg baik hati disisi
yg saling mnasihati
sling mgasihi..
ana bersyukur pdaMu ilahi
moga-moga sentiasa diberkati
moga-moga sentiasa dirahmati
moga-moga sentiasa terikat hati
moga-moga terus dapat berbakti
moga-moga terus saling mengasihi
meneruskan perjuangan dan kehidupan yg suci...

Buat abang Muhammad Syafiq Abdul Aziz

Abang yang tersayang yang sentiasa adik rindui dan ingati kerana Allah..

Kini hari semakin hampir..20 November bakal tiba..menghitung waktu untuk sebuah perpisahan setelah hampir 3,4 bulan abg di tanah air bercuti. Adik redha abg,kerana setiap pertemuan itu pasti berakhir dengan perpisahan..itulah sunnatullah.. " Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya".( Al-Bayyinah : Ayat 8). Sebuah pertemuan yang hakiki itu di Syurga..Moga-moga Allah pertemukan adik & abang di sana..amiin

Pertemuan yang Allah aturkan untuk kita begitu indah..Adik sangat bersyukur mengenali insan berakhlak mulia seperti abang.Abang banyak nasihatkan adik dan bagi adik kekuatan untuk terus melangkah maju ke hadapan,bergelar mahasiswa,sebagai daie dan sbebagai hamba Allah yanbg sentiasa dambakan keampunan dan rahmatNya..Setiap kali melihat abang,adik rasakan ketenangan yang amat sangat..terubat kerinduan adik pada mak ayah di kampung..abang juga seperti abang Muslim dan atok..terlalu baik pada adik..Moga talian kasih sayang sesuci embun pagi diberkati Allah dan mendapat kasih sayang Allah jua sejajar Hadis Qudsi riwayat Ubadah bin Somit bermaksud, "Allah S.W.T berfirman : Orang yang saling berkasih-sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayangKu, orang yang saling brhubung silaturahim kerana Aku berhak mendapat kasih sayangKu, orang yang saling menasihati kerana Aku,orang yang saling menziarahi kerana Aku dan orang yang saling berkorban berbelanja antara satu sama lain juga berhak mendapat kasih sayangKu"..

Syukur padaMu Ya Allah..Abang,adik impikan suatu masa Allah tunjukkan jalan pada adik untuk memahami dan menghafal Al-Quran seperti abg..Al-Quran itu kalam Allah dan mukjizat Baginda s.a.w yang besar pada kita kan bang???Tinggalan Baginda yang mana dapat menyelamatkan kita dari kesesatan sekiranya kita sentiasa teguh berpegang dengannya di samping berpegang teguh juga pada sunnahnya..InsyaAllah adik akan sentiasa mendekati al-Quran dan menjadikan al-Quran panduan hidup adik..Abang doakan adik ya..Moga-moga ya bang,bilamana al-Quran itu sentiasa di hati kita..Al-Quran itu menjadi pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kita..Ya Allah,hiasilah diri kami dengan keindahan al-Quran,mulikanlah kami dengan kemulian al-Quran,pakaikanlah kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkanlah kami ke dalam Syurga dengan syafaat al-Quran,selamatkanlah kami dari segala bencana dunia dan azab hari AKhirat dengan berkat kehormatan al-Quran,jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra,pada hari kiamat sebagai pembantu,sebagai cahaya penyuluh,semasa menuju ke syurga sebagai teman,sebagai penghadang dan pendinding kepada kami dari api neraka dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan…Dengan limpah kurniaMu,kemurahanMu dan kemulianMu jua ya Allah…Tuhan yang Maha Pemurah…

Abang akan kembali berada di negara Mesir,bumi yang diberkati..InsyaAllah adik akan sentiasa doakan untuk abg.Abang juga seperti adik,berada di tahun akhir pengajian..Boleh dikatakan tarikh konvokesyen kita juga hampir sama..Sunggupun kemungkinan 2 event besar yang adik akan alami dalam hiudp berlaku sendirian tanpa abang kerana event itu bakal berlaku dalam tempoh pemergian abang di Mesir.adik tidak bersedih..adik tahu abang berjuang untuk menggapa seberapa banyak ilmu dari Tuhan..apa-apa pun, insyaAllah adik akan kirimkan gambar..tak pun,adik tunjukkan pada abang setelah abang kembali ke tanah air nanti..abang,belajar rajin-rajin ya.. Abang sama-sama kita bahagiakan mak dan ayah Mereka pasti bangga dengan kita kan??

Abang jangan risau yer,insyaAllah adik akan jaga mak ayah di sini. Urusan perniagaan mak & ayah juga adik akan bantu..alhamdulillah sehingga sekarang Allah sentiasa permudahkan urusan adik untuk bantu ayah meskipun belajar di tahun akhir..alhamdulillah setiap hari dapat ke kedai 2-3 jam juga..Melihat ayah dan mak bahagia,adik juga terasa bahagia..kepenatan belajar dan tanggungjawab sebagai MPP hilang begitu sahaja apabila sedkit masa dan tenaga adik korbankan untuk ayah dan mak..InsyaAllah adik akan sentiasa khabarkan pada abang berita dari sini jika ada apa-apa yang berlaku..adik yakin,abang sendiri selalu berhubung dengan mak dan ayah.Jadi adik tak risau sangat pasal hal itu.Abang adik akan jaga mak dan ayah baik-baik..akan bahagiakan mak dan ayah seperti abang bahagiakan mereka..seperti mak dan ayah kandung adik di Terengganu..mak dan ayah juga sumber inspirasi kepada adik untuk berjaya.

Abang, laksnakan amanah dan tanggungjawab abang di sana sebaiknya.Besar jawatan abang itu..adik bangga dapat mengikut jejak langkah abang juga..Amanah itu suatu saham kepada kita untuk hampir kepada Ilahi jika mana amanah itu kita laksankan sebaiknya...Namun sebaliknya,amanah itu akan jadi asbab kita ke Neraka sekiranya urusan amanah ini kita tinggalkan,kita kejarkan kemasyhuran dan kita mengharapkan pembalasan makhluk semata-mata..Nauzubillahiminzalik…Abang,ingati lah sebaiknya kata-kata ini ya bang… "Tanggungjawab Melebihi Masa Yang Ada"...dipetik dari kata-kata As-Syahid Imam Hassan al-Banna. Justeru pembahagian masa,komitmen kita dan pengorbanan kita ditagih untuk kita berjaya dalam pelajaran di samping berjaya menjadi pemimpin acuan madrasah Rasulullah dalam kelompok mahasiswa-mahasiswi,generasi muda..


Abang,

Dalam menuju redhanya Tuhan..

Adik akui kelemahan diri..

Adik insafi kekurangan diri..

Adik kesali kejahilan ini..

Abang..moga adik sentiasa di hati abang..

Abang..dikesempatan waktu dan ruang ini..adik mohon maaf pada abang sekiranya adik ada buat salah dan silap..buat abang terasa hati dan sebagainya..abag,terima kasih atas suatu malam itu abang menemani adik tidur hingga ke subuh di ruang luar rumah..alhamdulillah..walau tanpa selimut..ada nyamuk..tapi kesetiaan dan tanggungjawab,abg sanggup berkorban untuk adik..

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur adik kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabar adik diatas suratan
Abang pasti ke sana jua untuk menuntut ilmu
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini
Semoga Allah meredhoi kita
Pertemuan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan wahai abang
Akan adik utuskan salam ingatan
Dalam doa kudus sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Wajah jernih abang Menjadi ingatan adik setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangi adik di dalam doamu abang
Semoga... Tuhan berkatimu

Amiin…

Sekian warkah adik untuk abang..

Insan yang mengasihi mu..

Jamal..

2 comments:

  1. MasyaAllah...sayu bace entry abg kite ni...
    lagi2 dgn alunan lagu dlm blog ni...
    mudah2an Allah SWT berkati kehidupan kita semua...
    Dan menemukan kita di syurga..InsyaAllah...

    ReplyDelete