WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, November 15, 2011

CARA-CARA MENINGGALKAN MAKSIAT

Part 2 : MENJAGA LIDAH




"JAGALAH LISAN WAHAI INSAN"


Allah SWT telah menciptakan bagimu akan lidah supaya engkau dapat berzikir dengannya dan supaya engkau dapat membaca al-Quran dan membimbing manusia ke jalan kebenaran dan supaya engkau dapat melahirkan perasaan dan kehendakmu,baik dalam urusan dunia atau pun urusan akhiratmu. Maka apabila engkau menggunakan lidahmu bagi tujuan yang lain daripada dimaksudkan oleh Allah Taala bermakna engkau tidak syukur terhadap nikmat yang diberikan kepadamu.

Dan lidahmu adalah anggotamu yang paling berkesan ke atas dirimu dan yang paling berkesan terhadap orang lain. Berapa ramai nantinya orang yang akan dihumbankan ke dalam api neraka jahanam dengan sebab jenayah yang diperbuat oleh lidah mereka? Maka kekanglah lidahmu sekuasamu supaya ia tidak menyebabkan engkau dihumbankan ke dalam api neraka seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis,

Ertinya :
"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan itu akan menyebabkan dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun"

Sekali peristiwa di Zaman Rasulullah s.a.w ada seorang tentera Islam yang terbunuh di medan perang, lalu ada yang berkata, "Untung sekali orang ini kerana ia telah mati syahid dan berjaya mendapatkan Syurga" Mendengar ucapan itu lalu Rasulullah s.a.w bersabda" Belum tentu lagi kerana boleh jadi ia pernah bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau ia bakhil dari memberikan sesuatu yang sebenarnya tidak menginginkannya"

Oleh kerana itu jagalah lidahmu daripada 8 perkara :

Pertama : Bohong



Maka janganlah engkau berbohong sama ada bersungguh-sungguh atau bergurau. Jangan engkau biasakan dirimu berbohong dalam bergurau nanti akhirnya engkau akan berbohong dengan bersungguh-sungguh. Berbohong adalah di antara dosa besar yang terbesar. Selain daripada itu, apabila engkau telah dikenali sebagai pembohong maka hilanglah keadilanmu (dan harga dirimu) dan hilanglah makna daripada segala perkataanmu dan orang lain akan melihat engkau dengan pandangan yang rendah. Apabila engkau mahu sejauh mana jahatnya apabila engkau bercakap bohong maka lihatlah kepada orang lain yang bercakap bohong kepadamu, betapa engkau merasakan dirimu jijik daripadanya dan betapa hinanya orang itu pada pandanganmu dan betapa jahatnya apa yang dilakukannya. Begitu hendaknya engkau melihat kepada segala keaiban dirimu kerana engkau tidak dapat mengetahui sejauh mana keaiban dirimu kecuali bila engkau memerhatikan perbuatan yang sama yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirimu, maka apa yang engkau pandang buruk terhadap orang lain begitu pula sebaliknya. Oleh itu, janganlah engkau suka membuat perkara yang menyebabkan kebencian orang lain terhadap dirimu.

Kedua : Menyalahi janji



Maka janganlah sekali-kali engkau berjanji kemudian engkau menyalahi bahkan sebaiknya biarlah engkau banyak berbuat baik walaupun tanpa berjanji. Engkau terpaksa juga mengikut janji maka engkau mesti berhati-hati. Jangan sampai janji ini engkau ingkari kecuali apabila engkau lemah daripadanya kerana ada halangan yang tidak dapat dielakkan kerana mungkir janji itu adalah sebahagian daripada tanda orang-orang munafik dan rendah akhlaknya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

" Ertinya, tiga perkara apabila ada pada seseorang maka ia adalah orang yang munafik (munafik amal bukan munafik akidah) walaupun ia puasa dan sembahyang, ialah orang yang apabila bercakap ia bohong dan apabila berjanji ia mungkir dan apabila diamanahkan sesuatu ia akan khianat.

Nantikan sambungannya,insyaAllah....




Dipetik dari Buku Bidayatul Hidayah

Bahagian 1 :

Ketahuilah, bahawasanya Agama itu terdiri dari dua bahagian:

Pertama : Meninggalkan maksiat Kedua : Mengerjakan taat

Meninggalkan maksiat adalah lebih daripada berat daripada mengerjakan taat kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat ( maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh orang-orang siddiqin.

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w bersabda,
Ertinya : " Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan) dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya" .

FASAL PERTAMA

Cara meninggalkan maksiat yang zahir ( Anggota Badan)

Ketahuilah bahawasanya apabila engkau melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya engkau melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badanmu yang merupakan amanah Allah yang diberikan kepadamu. Jadi ketika engkau menggunakan anggotamu untuk melakukan maksiat bermakna engkau menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang diberikan. Dan anggotamu adalah rakyatmu maka hendaklah engkau berfikir baik-baik bagaimana sepatutnya engkau menjaganya.

Sabda Rasulullah s.a.w bersabda,
Ertinya : " Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya (kepimpinannya)
Dan ketahui olehmu bahawasanya semua anggotamu akan bersaksi ke atas segala perbuatanmu di padang Mahsyar kelak dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang. Anggotamu akan mendedahkan segala rahsiamu di hadapan perhimpunan agong di Padang Masyar.

Dalam hal ini Allah Taala telah berfirman,

Maksudnya : " Dihari itu (Hari Kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di dalam dunia dahulu).
Allah berfirman lagi,

Maksudnya : "Pada Hari ini (Hari Kiamat) kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada kami tangan-tangan mereka dan akan bersaksi di hadapan kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang telah mereka perbuat (di dunia dahulu)"

Maka jagalah baik-baik seluruh anggotamu khususnya anggotamu yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh pula dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggota badan iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.


Nantikan sambungannya,InsyaAllah.....TQ

No comments:

Post a Comment