WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Monday, December 14, 2009

PANGGILAN YAMAN

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah, sudah 4, 5 hari ustaz Mizan, ustazah Solehah dan anak-anaknya berangkat ke bumi barakah, Yaman. MasyaAllah bertuahnya ustaz dan keluarga. Ustaz dan ustazah ingin menyambung pengajian mereka . Dalam perancangan, hampir 7 hingga 10tahun juga ustaz dan ustazah bercadang untuk berada di sana.

Tidak dinafikan, dalam hati ini terukir juga rasa rindu pada mereka tetapi apa boleh buat, hati perlu merelakan pemergian mereka menuntut ilmu di sana terutamanya rasa rindu pada anak-anak ustaz dan ustazah.Basyir, Irfan dan yang paling kecil Hadi. MasyaAllah, panggilan ayah kepada ana terngiang-ngiang apabila memori bersama mereka hadir di ingatan ana. Basyir, umurnya lebih kurang 5 tahun, anak ustaz yang sulong, paling manja dengan ana. Selalu nak minta didukung, nak coklat dan minta dilayan bermain dengannya. Mungkin balik nanti anak-anak ini tidak akan mengenali ana tetapi tidak mengapa, anak-anak sendiri nanti akan jadi pengubat dan pengganti mereka,insyaAllah.

Sepanjang pengenalan ana bersama ustaz , sangat banyak kenangan manis tercipta merapatkan lagi jalinan ukhwah dan silaturahim. Semuanya menjadi kenangan dan ana akan ingat selamanya.Hampir 5 tahun rasanya tempoh perkenalan. Waktu tu, masih ana ingat pertemuan pertama ketika ana dibangku sekolah dulu, ketika di tingkatan 4. Ana bersyukur kepada Allah atas pertemuan sementara ini.Pertemuan dan perpisahan adalah Sunnatullah dan pertemuan yang hakiki adalah di syurga,amiin.

Segala pengorbanan, jasa, tunjuk ajar dan ilmu yang telah dicurahkan kepada ana, hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu menbalasnya. Ustaz, gapailah ilmu sebanyaknya di sana.Semoga impian ustaz untuk menjadi seorang ulama dan juga hasrat ustaz ingin melihat anak-anak terdidik dengan suasana agama dan menjadi seorang mujahid Islam tercapai.

Alhamdulillah, semalam ana ada mesej ustaz menanyakan khabar mereka di sana.ustaz kata “ Dah selamat semuanya tiba di Bumi Yaman, ustaz sekarang nak selesai barang-barang dan keperluan rumah dan keluarga.Minggu depan baru mula belajar.Sekarang suhu di sini 13 darjah celcious. Dlam seminggu ni kena sesuaikan suhu dengan waktu tidur. Buat masa ini, ustaz masih pakai no lama. Nanti dah pakai no disini ustaz bagilah. Doakan ustaz sekeluarga berjaya dunia akhirat”


Wahai remaja beriman

Ibarat si pohon semalu,
Dengan malumu yang benar,
Senjatamu yang tajam,
Akhlakmu yang menwan dan peribadi yang sarat kasih sayang,
Maka melangkahlah dengan gagah dengan atas jalan dakwah


Ketahuilah…
“Akan ada di kalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang dengan kebenaran .Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah , mereka tetap seperti itu” (muttafaqqun alaih)

Indah kalam Rasul junjungan,
Mengejar erti pejuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqomah tetap pendirian,
Jangan mudah terhalang,
Janji Allah pasti datang,
Islam itu tinggi,
Tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
Satu janji satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
Cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan Ilahi,
Sebagai Jilul Quran yang tersendiri


“Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini”. (surah al-Muhammad : ayat 38)

Ayat Allah cukup menggetarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
Buat hambaNya yang bermalas-malasan,
Senantiasa mencipta alas an,
Liat dengan dakwah dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggerak iman,
Cinta Allah dianggap khayalan,
Bimbang kelak diri akan terbuang,
Dari Jalan dakwah penuh ujian,
Dibiarkan Allah dengan keasyikan,
Tertipu dengan jalan kehancuran.
Ketahuilah duhai remaja,
Allah memelihara jalanNya,
Agar disusuri hati yang bersih,
Sarat ketakwaan,
Merindui wajahNya,
Jua keredhaan,
Itulah jiwa insane pejuang,
Bimbingilah wahai remaja,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan.


Kata-kata Mujahid Fathi Yakan
Matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya ‘Qawamah’ (penguasaan)Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan imat dari tangan Jahiliah ke tangan Islam dari segi pemikiran, akhlak dan perundangan Islam.

Pesanan Ustaz Mustafa al-Masyhur
“Wahai Pemuda Pelapor Perubahan”
Wahai para pemuda, kami mahukan kamu sekalian menjadi rijal akidah yang sebenar-benarnya.Kami mahukan kamu sebagai rijal akidah ,bukan rijal kalam( percakapan) atau rijal jidal (pertengkaran). Rijal-rijal jihad dengan harta dan nyawa bukan jihad di atas lembaran-lembaran sahaja atau kamu setakat mengajarkan apa yang kamu pelajari sahaja atau kamu menghukum orang-orang yang selain daripada kamu dengan fasik, kufur atau syirik. Kami mahukan kamu menjadi para du’at bukan sebagai penghukum. Kami mahukan kamu sebagai orang-orang yang sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan yang sanggup berkorban dan sentiasa tabah.

“ Iman, anta citu hari ini ?”

Iman : Assalamualaikum w.b.t

Diri : Waalaikummussalam w.b.t. Oh en Iman. Ana rs dah 2,3 mggu anta dok dtg pjbt. Anta cuti ke?

Iman : Apa pula ana cuti bos..ana kn dbri cuti..

Diri : Oh yer, lupa. Itu ler,ana ingtkn sgala ursn lbih trurus & keuntngn syrkt akan btmbh lpas ambik en Nfsu bkrja. Tp jd klam-kbut pulok.Lps dgor Ustz kat tv bcrmoh hr tu, sy trigtkn anta.

Iman : Jd ana leh kmbli bkrja la bos? Ana leh ambik blik jwtn ana dr en Nfsu?

Diri : Eh, x leh gitu. Ana syg nok pcat en Nfsu .Wlau pun ana tpksa byor gji y tggi, tp dia bjya mghburkn ana.

Iman : Kalu cmtu lbh baik sy brundur

Diri : Eh, jgn ! Tlglah ana x leh khlgn antum bdua.

Iman : Tp bos, ana & en Nfsu dok mgkn bsma dlm satu syrkt. Prbzaan ana & en Nfsu sgt bsor. En Nfsu tu ana liht anti sgt kat ana.

Diri : Ana rs serba sloh la pulok.

Iman : Bos bleh plih slah satu je. Bos prlu mjhdah utk pcat en Nfsu, bos.

Diri : Ana thu. Jauh dlm hti ana , ana mmg plukan anta, en Iman. Iri hati anal ht syrkt ustz kat sbloh. Mreka bleh mju sbb ada org mcm anta. Baik ler, ana knap cat jugok en Nfsu, x kiralah apa y blaku. En Iman, ana mhu kmu tubhkan balik jbtn solat, puasa , zkir, al-Quran & apa2 yg patot.

Iman : Alhamdulillah, nmpoknyer bos dah bt kptsan yg bijk.Kalu bos truskan prestsi yg cmerlg ini, ana ykin bos akan dinaikkan pgkat oleh CEO.


Kitalah bos kepada diri kita sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman.

Monday, December 7, 2009

UMPAMA WANGIAN KASTURI

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:"Belajarlah al-Quran serta bacalah kerana perupamaan al-Quran bagi orang yang mahu belajar, membaca dan melaksanakannya, adalah seperti bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat. Dan perumpamaan orang yang mahu mempelajarinya dan ia lupa mengamalkannya, maka dihatinya seperti ada satu bekas wangian kasturiyang masih tertutup" .