WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Monday, December 14, 2009

Wahai remaja beriman

Ibarat si pohon semalu,
Dengan malumu yang benar,
Senjatamu yang tajam,
Akhlakmu yang menwan dan peribadi yang sarat kasih sayang,
Maka melangkahlah dengan gagah dengan atas jalan dakwah


Ketahuilah…
“Akan ada di kalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang dengan kebenaran .Mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah , mereka tetap seperti itu” (muttafaqqun alaih)

Indah kalam Rasul junjungan,
Mengejar erti pejuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqomah tetap pendirian,
Jangan mudah terhalang,
Janji Allah pasti datang,
Islam itu tinggi,
Tiada yang lebih tinggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
Satu janji satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
Cuma yang belum pasti,
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan Ilahi,
Sebagai Jilul Quran yang tersendiri


“Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepadaNya) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini”. (surah al-Muhammad : ayat 38)

Ayat Allah cukup menggetarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
Buat hambaNya yang bermalas-malasan,
Senantiasa mencipta alas an,
Liat dengan dakwah dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggerak iman,
Cinta Allah dianggap khayalan,
Bimbang kelak diri akan terbuang,
Dari Jalan dakwah penuh ujian,
Dibiarkan Allah dengan keasyikan,
Tertipu dengan jalan kehancuran.
Ketahuilah duhai remaja,
Allah memelihara jalanNya,
Agar disusuri hati yang bersih,
Sarat ketakwaan,
Merindui wajahNya,
Jua keredhaan,
Itulah jiwa insane pejuang,
Bimbingilah wahai remaja,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan.


Kata-kata Mujahid Fathi Yakan
Matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya ‘Qawamah’ (penguasaan)Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan imat dari tangan Jahiliah ke tangan Islam dari segi pemikiran, akhlak dan perundangan Islam.

Pesanan Ustaz Mustafa al-Masyhur
“Wahai Pemuda Pelapor Perubahan”
Wahai para pemuda, kami mahukan kamu sekalian menjadi rijal akidah yang sebenar-benarnya.Kami mahukan kamu sebagai rijal akidah ,bukan rijal kalam( percakapan) atau rijal jidal (pertengkaran). Rijal-rijal jihad dengan harta dan nyawa bukan jihad di atas lembaran-lembaran sahaja atau kamu setakat mengajarkan apa yang kamu pelajari sahaja atau kamu menghukum orang-orang yang selain daripada kamu dengan fasik, kufur atau syirik. Kami mahukan kamu menjadi para du’at bukan sebagai penghukum. Kami mahukan kamu sebagai orang-orang yang sentiasa beramal dengan penuh keikhlasan yang sanggup berkorban dan sentiasa tabah.

No comments:

Post a Comment