WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Monday, December 14, 2009

PANGGILAN YAMAN

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Alhamdulillah, sudah 4, 5 hari ustaz Mizan, ustazah Solehah dan anak-anaknya berangkat ke bumi barakah, Yaman. MasyaAllah bertuahnya ustaz dan keluarga. Ustaz dan ustazah ingin menyambung pengajian mereka . Dalam perancangan, hampir 7 hingga 10tahun juga ustaz dan ustazah bercadang untuk berada di sana.

Tidak dinafikan, dalam hati ini terukir juga rasa rindu pada mereka tetapi apa boleh buat, hati perlu merelakan pemergian mereka menuntut ilmu di sana terutamanya rasa rindu pada anak-anak ustaz dan ustazah.Basyir, Irfan dan yang paling kecil Hadi. MasyaAllah, panggilan ayah kepada ana terngiang-ngiang apabila memori bersama mereka hadir di ingatan ana. Basyir, umurnya lebih kurang 5 tahun, anak ustaz yang sulong, paling manja dengan ana. Selalu nak minta didukung, nak coklat dan minta dilayan bermain dengannya. Mungkin balik nanti anak-anak ini tidak akan mengenali ana tetapi tidak mengapa, anak-anak sendiri nanti akan jadi pengubat dan pengganti mereka,insyaAllah.

Sepanjang pengenalan ana bersama ustaz , sangat banyak kenangan manis tercipta merapatkan lagi jalinan ukhwah dan silaturahim. Semuanya menjadi kenangan dan ana akan ingat selamanya.Hampir 5 tahun rasanya tempoh perkenalan. Waktu tu, masih ana ingat pertemuan pertama ketika ana dibangku sekolah dulu, ketika di tingkatan 4. Ana bersyukur kepada Allah atas pertemuan sementara ini.Pertemuan dan perpisahan adalah Sunnatullah dan pertemuan yang hakiki adalah di syurga,amiin.

Segala pengorbanan, jasa, tunjuk ajar dan ilmu yang telah dicurahkan kepada ana, hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu menbalasnya. Ustaz, gapailah ilmu sebanyaknya di sana.Semoga impian ustaz untuk menjadi seorang ulama dan juga hasrat ustaz ingin melihat anak-anak terdidik dengan suasana agama dan menjadi seorang mujahid Islam tercapai.

Alhamdulillah, semalam ana ada mesej ustaz menanyakan khabar mereka di sana.ustaz kata “ Dah selamat semuanya tiba di Bumi Yaman, ustaz sekarang nak selesai barang-barang dan keperluan rumah dan keluarga.Minggu depan baru mula belajar.Sekarang suhu di sini 13 darjah celcious. Dlam seminggu ni kena sesuaikan suhu dengan waktu tidur. Buat masa ini, ustaz masih pakai no lama. Nanti dah pakai no disini ustaz bagilah. Doakan ustaz sekeluarga berjaya dunia akhirat”


1 comment: