WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Wednesday, February 15, 2012

WARKAH KE-13: Adik Menyayangimu kerana Allah



Assalamualaikum WBT..
Apa khbr abg disana??

Maulidur Rasul :

Alhamdulillah,jumaat yang lepas Allah pilih adik untuk bersama-sama Sheikh Latif meraikan sambutan Maulidur Rasul. Ini pengalaman pertama adik meraikannya bersama alim ulama.Biasanya setahun tahun adik hanya mendengar kuliah-kuliah di surau-surau sahaja,tapi kali ini kelainan yang amat sangat.

Sepanjang hari Jumaat tu,selepas selsai solat Jumaat adik dan abg Muslim berangkat ke Padang Temur. Disana berkhidmat dahulu bungkus-bungkus makanan untuk jamuan selepas mjlis malam nanti. Terasa ukhwah bersama ikhwan-ikhwan bila dapat berkhidmat pada Sheikh.

InsyaAllah hari ini, Khamis ( 16 Februari) akan ada smbutan lagi di rumah mak ustaz Hasbullah.selepas itu hari Isnin di Klebang Besar.

Walimah Abang Muzahar :

Alhamdulillah, Sabtu yang lepas dah selesai walimah abg Muzahar..tapi syang adik tak berksmptan hadir untuk mmbntu dan makan.Ada sedikit masalah.

Ucapan Sanah Helwa :

Jazakallah atas doa abang sempena hari lahir adik yang ke-23.
Alhamdulillah..

perniagaan mak ayah :

Setakat hari ini,berjalan seperti biasa. Sepanjang minggu lepas banyak dugaan sket lah untuk dapatkan pelanggan.Student masih bercuti.Yang ada cuma pekerja-pekrja kilang.

adik Yusro & Aliff :

Pengajara tuisyen adik pun ok,berjalan seperti biasa.Namun kerisauan dari keluarga kita sedikit pada adik kt dua orang ni. Mood belajar diorang agak rendah kebelakangan ini. Kerja rumah tak siap,belajar pun culas-culas..adik risau jugak..Adik kt berdua ni kelas A semuanya.Potensi untuk berjya sgt-sangat tinggi. Jadi,jika abg ada telefon mak dan ayah,ambil lah masa sekejap untuk berbual dengan adik2 kita ni. Abang kan abg contoh pada adk-adik.Mana tahu sedikit nasihat dan bimbingan abg,mereka boleh dengar...amiin2..Mereka rindukan abg tu..

sekian untuk warkah ke-13.
9.00 pagi
16 Februari 2012

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Warkah yang sangat menyentuh hati dan penuh dengan keikhlasan. Hubungan kekeluargaan dan ukhwah yang kuat sebegini sememangnya satu rahmat yang sangat besar. Memang lumrah dalam keluarga, adik-adik perlukan bimbingan dan kata-kata semangat daripada seorang abang untuk mereka kembali fokus belajar. Selain membaca perkongsian hidup yang penuh inspirasi seperti ini, saya juga sering meluangkan masa membaca pelbagai artikel gaya hidup dan ulasan digital yang santai di platform seperti https://spinmamas.com/ untuk mencari keseimbangan minda selepas penat bekerja. Semoga perniagaan mak dan ayah terus diberkati, adik-adik berjaya dalam pelajaran, dan hubungan keluarga korang sentiasa dilindungi Allah. Teruskan menulis warkah yang indah ini!

    ReplyDelete
  3. Surat yang penuh dengan kasih sayang kepada keluarga, terasa betul ikatan ukhwah yang kuat antara abang dan adik. Saya sendiri sering gunakan Spinmamas untuk simpan dan organize surat-surat penting dan kenangan macam ni, sangat membantu untuk tidak lupa cerita-cerita bermakna dari orang tersayang.

    ReplyDelete