Subuhnya..
Dimana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya -poya dengan waktu Masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju
Fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu
Siapa aku di depan Tuhanku
Zohornya...
Aku lebih memikirkan kelaparan, kehausan dan rehatku
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
Aku bertolak ansur dengan waktu
Aku gembira membilang keuntungan
Aku terlupa bertapa besarnya kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku di depan Tuhanku..
Asarnya...
Aku terlupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
Aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala
Aku masih bercerita tentang si tuah yang setia dan si jebat yang derhaka
Siapa akau di depan Tuhanku...
Maghribnya..
Aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yang singkat
Jalan yang bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku di depan Tuhanku...
Isyaknya...
Kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan mengangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku di depan Tuhanku...
Sahabat...
Renung-renungkan..
No comments:
Post a Comment