WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Sunday, March 25, 2012

WARKAH KE-15 : PROGRAM DI RUMAH KITA

Assalamualaikum WBT
bt abg yang disayangi kerana Allah..
apa khabar,
smga sht2 dsana..
sdikit perkongsian dari adik mngenai progrm yg adik jlnkan di rumah kita baru-baru ini..


KEM PELAJAR WAWASAN
tenaga pengajar Tuisyen Kg. Gangsa telah menganjurkan KEM PELAJAR WAWASAN khusus kepada pelajar-pelajar berumur antara lingkungan 7 tahun hingga 15 tahun. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar yang mengikuti tuisyen di sini.

Kem sehari ini diadakan bertujuan untuk memupuk hubungan mesra antara guru-guru tuisyen denga para pelajar. Selain itu pelbagai aktiviti menarik telah dirangka untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap kepentingan solat dan kaedah solat yang betul melalui Slot Smart Solat. Di samping itu juga, turut dimuatkan perkongsian menarik mengenai teknik-teknik untuk menjadi pelajar cemerlang dan meningkatkan semangat pelajar untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.

Butiran mengenai KEM PELAJAR WAWASAN adalah seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 24 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 7.45 pagi hingga 7.00 malam
Tempat : Rumah En Aziz bin Khamis

KEM PELAJAR WAWASAN ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar tuisyen iaitu seramai 10 orang yang merupakan pelajar-pelajar Tahun Akhir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

RINGKASAN TENTATIF :

7.30 pagi : Pendaftaran dan taklimat

8.00 pagi -10.00 pagi : Sukaneka










10.00 pagi- 10.30 pagi : minum pagi







10.30 pagi - 12.30 : Motivasi Saya Pelajar Cemerlang









12.30 pagi - 1.15 petang : Rehat

1.15 petang - 2.15 petang : makan tengahari dan solat Zohor Berjemaah

2.30 petang - 3.30 petang : Smart Solat (Teori + praktikal)

3.30 petang - 4,30 petang : Praktikal Tayammum + Wudhuk + Solat Berjemaah











4.30 petang - 5.00 petang : Solat Asar dan minum petang

5.00 petang hingga 6.30 petang : Tayangan Video Motivasi dan Tayangan Montaj aktiviti

6.00 petang hingga 6.45 malam : Makan petang dan bersurai




Monday, March 12, 2012

WARKAH KE-14 : SESUATU YANG ISTIMEWA


Assalamualaikum WBT..

Abang,
mohon maaf warkah ke-14 ini hadir selepas 3 minggu..
adik tidk lupakan abg,tetapi tidk berkelapngan utk menulis warkah ini..

abang apa khabar di sana??
moga2 sihat-shat aja..
abg,dah tak lama abg disana..
bulan 10 abg balik kan??
cepat2 pulang ya..amiin

insyaAllah kali ini ada sedikit informasi untuk abg..

Kelas Tuisyen

Alhamdulillah kelas tuisyn adik berjalan seperti biasa..
jika dihitung sekarang dah masuk bulan kedua adik mengajar..
bilangan pelajar pun makin bertambah kepada 60 orang...
selain adik ada 14 orang tenaga pengajar yang lain..
bermula esok,
kelas tuisyen juga akan dibuka di Pejabat abang Muslim..
sramai 5 orang guru yang akan mengajar 4 orang anak abg..
doakan urusan adik dan shbt2 adik dipermudhkan Allah untuk sebarkan ilmu pada adik2 (pelajr) kami..amiin..

Sesuatu yang istimewa..

Abang,semalam tok kata abg ada telefon rumah..
ada Tok nyatakan sesuatu pada abg tentang adik..
insyaAllah majlis adik tidak lama lagi..
abg doakan urusan adik itu dipermudhkan Allah..
insyaAllah majlis utmnya bulan 10 nanti.
moga2 abg bksmptan hadir..
pe2 nnti adik telefon abg ya.
kita bicarakan lebih lanjut mengnai hal ini..insyaAllah..

Jumpa lagi abg pada warkah seterusnya....