WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Sunday, March 25, 2012

WARKAH KE-15 : PROGRAM DI RUMAH KITA

Assalamualaikum WBT
bt abg yang disayangi kerana Allah..
apa khabar,
smga sht2 dsana..
sdikit perkongsian dari adik mngenai progrm yg adik jlnkan di rumah kita baru-baru ini..


KEM PELAJAR WAWASAN
tenaga pengajar Tuisyen Kg. Gangsa telah menganjurkan KEM PELAJAR WAWASAN khusus kepada pelajar-pelajar berumur antara lingkungan 7 tahun hingga 15 tahun. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar yang mengikuti tuisyen di sini.

Kem sehari ini diadakan bertujuan untuk memupuk hubungan mesra antara guru-guru tuisyen denga para pelajar. Selain itu pelbagai aktiviti menarik telah dirangka untuk meningkatkan penghayatan pelajar terhadap kepentingan solat dan kaedah solat yang betul melalui Slot Smart Solat. Di samping itu juga, turut dimuatkan perkongsian menarik mengenai teknik-teknik untuk menjadi pelajar cemerlang dan meningkatkan semangat pelajar untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.

Butiran mengenai KEM PELAJAR WAWASAN adalah seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 24 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 7.45 pagi hingga 7.00 malam
Tempat : Rumah En Aziz bin Khamis

KEM PELAJAR WAWASAN ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar tuisyen iaitu seramai 10 orang yang merupakan pelajar-pelajar Tahun Akhir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

RINGKASAN TENTATIF :

7.30 pagi : Pendaftaran dan taklimat

8.00 pagi -10.00 pagi : Sukaneka










10.00 pagi- 10.30 pagi : minum pagi







10.30 pagi - 12.30 : Motivasi Saya Pelajar Cemerlang









12.30 pagi - 1.15 petang : Rehat

1.15 petang - 2.15 petang : makan tengahari dan solat Zohor Berjemaah

2.30 petang - 3.30 petang : Smart Solat (Teori + praktikal)

3.30 petang - 4,30 petang : Praktikal Tayammum + Wudhuk + Solat Berjemaah











4.30 petang - 5.00 petang : Solat Asar dan minum petang

5.00 petang hingga 6.30 petang : Tayangan Video Motivasi dan Tayangan Montaj aktiviti

6.00 petang hingga 6.45 malam : Makan petang dan bersurai




No comments:

Post a Comment