WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Thursday, November 5, 2009

IMTIHAN.

WazakkiR Fainnaz ZikRa TanfauL MukmiNiN..



Assalamualaikum w.b.t..

Di kesempatan yang sekian kalinya ni,ana dapat peluang post lagi n lagi di sini..alhamdulillah ..syukur pdMu ya Allah..syukran ala kulli hal juga pd semuanya terutmnya sahabat2 semua yg tidak jemu2 mengunjungi laman ini....hahahaa

Imtihan dtg lagi..

MasyaAllah di saat jamal ana msj ni,x mustahl kan ada shbt2 yg sbuk ulngkaji eh..tahniah. .mga2 istiqomah hingga akhrnya..hemoy2

Shbt2,
persiapan guane.ok?hrp2nya oklah kan..pesanan buat semua..di saat kita sibuk ulngkji ni eh..jgn dialpakan tgjwab kita pd Pencipta..terutmya solat kita..jgn pula makin2 merudung dsbbkan exam..slt jemaah n slt2 sunat jgn pulak diabaikan..seelokny a makin2 mntap di saat yn gnting ni..xgitu?

Baru2 ni ana bkesemptan lah mengikuti ceramah oleh seorang ustz ,namanya us Najib (pensyarah university multimedia) pasal exam lah.. nak critanya kat sini..ada bbrp prkra yg sgt2 menrik y ustaz najib ingtkan n tekankan..

ustaz najib kata..

-jgnlah kita mantpkan ibdah kita diwaktu kita hanya memerlukan Allah utk mhn kejayaan sbalknya kita mendekati Allah sntiasa ms diwaktu sng n susah..

-Ustaz Najib jugak ada uls bab keberktan n restu orang tua kita..kata Ustaz..yg ni sgt2 pnting..spertimana yg berlaku kat ustaz sndiri..brkt restu doa ibunya ustaz jd sperti skrg..kata ustaz smbil gurau2 gitu..x hbs2 pljar ketawa..apa yg lucu sgt tu..ustaz Najib kata...tengoklah hasilnya..ustaz dah jd orang baik skrg x mcm dulu2 lg..org baiklah kalu mcm ni kan???Ana pun ada crita jugak nok kongsi..ms nak ambik exam spm dulu..waktu form 5 tu.ana duk kat asrama..biaslh exam spm lama sket x silap hmpir 2 minggu jugak..sbbnya anal ambik 12 subjek..alhamdulill ah ana sgt2 bangga dpt mak ayah yg cukup syginya ana..walau pun jarak rumah ana boleh kata jauh gak ah ngan sekolah..kalu x dok masok asrama kan??..mak ayah hampir tiap2 hari dtg jenguk ana sepnjg hari2 exam..exam start kul 8 pg kan..kul 7.30 pg mak ayah ana dah smpai tunggu dkt2 dewan..bawa srpan.x silap nasi lemak ngan air teh tarik..wow.. seronok x terkata..alhamdulil lah dapat cium tngan & pipi mak ayah tiap2 hari exam tu..rs penuh keberktan..tp ana teringtlah.ada satu hari exam tu..ana tunggu2 mak ayah x dtg..knapa?? lupa pulak nak Tanya mereka..hr tu exam biologi..hah. .diujinya Allah..ana demam..kesian. ..

-Ramai antra msyrkat kita skrg dpt kejayaan cmerlg tp khidupn x tenang, bnyk mslah n nauzubillah trlibat ngan maksiat n kmgkaran cntohnya rasuah..disebbkan apa..??kerna benih kejayaan tu dtgnya dr sumber yg xde kberktan..mgkn waktu2 blajar atau exam..ada tiru2 ke..wallahua' lam..Tmbh ustaz Najib..kejayaan seseorg pljar yg dapt pointer ckup2 makan tu lebih mulia dpandgn Allah dr pljar yg dpt anugrah dekan sekirnya hasil dr benih2 yg penuh kberktn..apa guna pndgan mulia disisi manusia tp xdpang oleh Allah..masyaAllah. ..shbt2 ana bukan ingtkan shbt2 je..tp a khususnya pd diri ana sndiri..ana akui.kalu test pun ada jugak tiru2 n bncg2 ngan shbt2,astaghfirulla h al azim..ke ada jugak shbt2 ikut prgai ana??hrp2 ana sorang jelah..biaslah org jahil..kita berazm lah utk kali ni biarlah exam dpt barakah..insyaAllah ..kan dah dpt hint dr lecturer..manfaat sbaiknya..x gitu?..huhuhuhu. ..

-Jgn terlalu bebankan fkiran kita nak ingt2 terlalu bnyk maklumt dlm satu ms..maksudnya kalu otak kita just dpt save dlm 2 GB je tp kita bg force kat otak kita save mklumat smpai 4 GB..apa kata ustaz najib..nanti akan condem..gurau us najib (sambil gelak ketawa).Us Najib ada crtkan pnglamannya waktu blajar..ustaz hafal terlalu bnyak maklmt mlm sblum nak exam..tp Allah uji ustaz..xdpt nak jwb ngan baik..x ingt apa2..mga2 x berlaku pd kita semua..

-Tambahan lagi,Ustaz Najib juga pesan,kita blajar ni x smestinya dpt kjyaan slalu..ada msnya diuji ngn keggalan..kan? ustaz ingtkan jganlah kita cpt rs kecewa & ustaz tgskan..kta jgn skali2 beranggpn Allah dah x syg kat kita..masyaAllah. .sbnarnya. .semua tu sbgai ujian daripaNya kepada hamba2 supya kita sntiasa mghrpkan pertolonganNya dan tak putus2 berusha dlm menggapai kjyaan..Bukan skdr kjyaan dunia..malah kjyaan hakiki diakhirat kelak..amiiin. .

-Akhir cramah ustaz.Ustaz najib mengmbl intipati surah al-Mukminun sbgai panduan kita..bgaimana nak jg orang2 beriman yang berjaya..bleh rujuk surah tu yer..

Alhamdulillah. ..rasanya dah bnyak kan ana bgtahu ..mga2 dpt bg manfaat pd semua yer,kepada shbt2,

Sbgai pengakhirannya. .
Ucapan tulus ikhlas ditujukan kepada semua..
Maaf bnyak2 sekirnya ada buat slh slma ini..
Gurau2 yg sengaja atau x sengaja..
x terbyar hutang ke..
Hati2 yg terluka mga2 dah trubat..
Moga2 semua berjya ngan cemerlang..dkan lgi..

Wallahua'lam
-Us Ludin-




Andai imtihan ini medan perjuanganmu,
Maka,
bertarunglah sedaya upayamu kerana Allah.
Manfaatkanlah segala ilmu yang diperturunkan semampu akalmu
demi memartabatkan kedudukan ummahmu,
dan bukan semata-mata untuk kepuasan diri.
Allah tidak menilai akan natijahnya
tapi yang dinilai hanyalah kesungguhanmu.
Berjuanglah wahai sahabat!
dengan kalimah Tuhanmu...
dengan ilmu yang telah dipinjamkan sementara ini...
Selebihnya,
tawakallah kepada-Nya....









Orang Baik Nampak Yang Baik-baik

Seorang perantau memasuki sebuah desa.Sebelum pergi jauh ke dalam desa itu, dia telah bertemu seorang tua.

"Bagaimana perangai orang-orang kampung disini?"Tanyanya.

"Oh,kamu orang baru yer?Sebelum pak cik jawab soalan kamu tu,pak cik nak tanya.Boleh pakcik tanya?"

Perantau itu kehairanan.Apa pula yang ada dalam fikiran orang tua itu.

"Baiklah pak cik.Apa soalannya?"

"Bagaimana perangai orang kampung asal kamu sendiri?"

Pemuda itu terdiam sejenak."Orang kampung saya teruk-teruk pak cik,perangai mereka tak senonoh langsung.Asyik bergaduh sesama sendiri.Saya harap kampung ni tidak macam tu."

"Sayang, harapan kamu tidak akan kesampaian.Orang kampung ini macam itulah juga.Kamu tersilap pilih,nak.Sepatutnya kamu tidak datang ke kampung ni,"Jawab pak cik tua tu.

"Tak apalah kalau begitu pak cik.Saya tumpang minum jelah di warung sebelah ni.Saya akan cepat-cepat meninggalkan kampung ini."

Oran tua itu tersenyum dan mengangguk -angguk.

Selang kemudian, seorang perantau lain memasuki kampung itu dan menemui pak cik yang sama.Kebetulan soalannya sama juga dengan perantau pertama,maka ditanya juga oleh pak cik itu soalan yang sama.

Jawabnya:"Orang kampung saya baik-baik.Semuanya bertolong bant,peramah dan kasih sayang."

"Kalau begitu,mengapa kamu merantau keluar?"

"Saya ingin mencari pengalaman.Err..err pak cik,kembali kepada soalan saya tadi.Bagaimana perangai orang kampung ni?

"Oh bagus.Baik.Orang kampungni semuanya berkasih sayang dan bertolong bantu".

"Syukur.Kalu begitu tidak salah saya memilih untuk mencari pengalaman di sini."

Perbualan antara perantau kedua dan pak cik itu di dengar oleh perantau pertama yang sedang minum di warung berhampiran. Dia hairan dan sedikit berang.Apakah pak cik itu mempermainkannya?

"Kenapa pak cik berbohong?Dengan saya kata lain,dengan dia kata lain?"

"Maaf nak,pak ciktidak berbohong".

"Habis kenapa jawapan pak cik berbeza"

"Pakcik jawab ikut keadaan orang yang bertanya."

"Jika orang itu baik,dia akan nampak banyak kelebihan.Sebaliknya,jika orang itu tidak baik,dia akan nampak banyak keburukan dan kejahatan.Kita melihat dari mata hati.Jika mata hati kita bersih,insyaAllah kita akan dapat melihat banyak kebaikan."


PENGAJARAN :
apa yang kita lihat bergantung pada diri kita.Sebab itu berprasangka itu dilarang keras oleh agama.Dlam pergaulan, kita mesti belajar meletakkan sangka baik dan memberi alasan untuk memaafkan kesalahan orang lain.Bagaimana kita akan mendapat kebaikan daripada seseorang sekiranya apa yang kita lihat ada padanya hanya keburukan semata-mata?

Tuesday, November 3, 2009

BEKAS MUFTI PERLIS

Dr Asri: Hormati hak individu untuk tuntut ilmu

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta pihak-pihak tertentu agar tidak menggunakan kuasa agama sewenang-wenangnya untuk menangkap dan menghukum seseorang serta menghormati hak asasi seseorang untuk menuntut ilmu.

Dr Asri dilepas dengan bon


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang ditahan ketika memberi ceramah agama di sebuah banglo di Hulu Klang, tengah malam kelmarin, dilepaskan dengan bon jaminan semalam kerana pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal mengemukakan pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah.
Namun, beliau terpaksa menunggu lebih tiga jam di Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini sebelum pegawai Jais memberikan bon jaminan selepas kedua-dua pihak bersetuju membatalkan bon jaminan terdahulu.
Peguamnya, Zulkifli Che Yong, berkata bon jaminan yang dikeluarkan selepas penahanan itu malam kelmarin terbatal dan Mohd Asri akan dipanggil oleh Jais untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut pada bila-bila masa.

"Tangkap dulu, baru cari pertuduhan"

“Saya sendiri tidak tahu atas kesalahan apa saya ditahan. Dalam hal ini, saya ditangkap dulu baru dicari pertuduhan. Selain itu, saya juga tertanya-tanya siapakah `tangan ghaib` yang mengeluarkan arahan. Sehingga kini saya masih belum diambil keterangan," kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Ditahan kerana ajar agama tanpa tauliah: Jais

“ Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan malam kelmarin kerana mengajar ajaran Islam tanpa tauliah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi”Beliau berkata juga, penahanan itu tiada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau cuba menyebarkan fahaman Wahabi di negeri Selangor.

Nik Aziz kecewa tindakan melulu Jais

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengadakan ceramah agama, tengah malam kelmarin, dianggap satu perbuatan yang melampau. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sangat dukacita dan kecewa dengan tindakan melulu Jais itu.
“Saya anggap ia satu tindakan yang melampau. Kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.
"Ramai lagi orang yang patut ditangkap, termasuk mereka yang mengasingkan politik dan agama. Inilah yang sesatnya. Saya sangat dukacita dengan perkara ini,”

Pemuda Pas kesal, dakwa Jais salah guna kuasa

Dewan Pemuda Pas kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggunakan kuasa sewenang- wenangnya bagi menangkap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas alasan tidak memiliki tauliah dalam memberi ceramah.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, agak malang bagi Jais kerana mereka mensasarkan penceramah agama yang memiliki sijil pengiktirafan ilmu agama seperti Doktor Falsafah (Phd), Sarjana (MA) dan Sarjana Muda (BA) menjadi mangsa tangkapan. “Dewan pemuda Pas sangat kesal dengan tindakan Jais walhal mereka boleh menumpukan operasi membanteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor,”

Tangkap Asri: MB Selangor arah Jais beri penjelasan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberikan penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Ini kerana, pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berikutan cara penangkapan itu dibuat, kata Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.
Khalid mengulas penangkapan yang dibuat oleh sekumpulan pegawai Jais dengan bantuan polis ketika Asri sedang mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Klang malam tadi.
Turut mendengar kuliah itu adalah Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.