WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, November 3, 2009

BEKAS MUFTI PERLIS

Dr Asri: Hormati hak individu untuk tuntut ilmu

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin meminta pihak-pihak tertentu agar tidak menggunakan kuasa agama sewenang-wenangnya untuk menangkap dan menghukum seseorang serta menghormati hak asasi seseorang untuk menuntut ilmu.

Dr Asri dilepas dengan bon


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang ditahan ketika memberi ceramah agama di sebuah banglo di Hulu Klang, tengah malam kelmarin, dilepaskan dengan bon jaminan semalam kerana pihak pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) gagal mengemukakan pertuduhan mengajar agama tanpa tauliah.
Namun, beliau terpaksa menunggu lebih tiga jam di Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini sebelum pegawai Jais memberikan bon jaminan selepas kedua-dua pihak bersetuju membatalkan bon jaminan terdahulu.
Peguamnya, Zulkifli Che Yong, berkata bon jaminan yang dikeluarkan selepas penahanan itu malam kelmarin terbatal dan Mohd Asri akan dipanggil oleh Jais untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut pada bila-bila masa.

"Tangkap dulu, baru cari pertuduhan"

“Saya sendiri tidak tahu atas kesalahan apa saya ditahan. Dalam hal ini, saya ditangkap dulu baru dicari pertuduhan. Selain itu, saya juga tertanya-tanya siapakah `tangan ghaib` yang mengeluarkan arahan. Sehingga kini saya masih belum diambil keterangan," kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Ditahan kerana ajar agama tanpa tauliah: Jais

“ Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan malam kelmarin kerana mengajar ajaran Islam tanpa tauliah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi”Beliau berkata juga, penahanan itu tiada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau cuba menyebarkan fahaman Wahabi di negeri Selangor.

Nik Aziz kecewa tindakan melulu Jais

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengadakan ceramah agama, tengah malam kelmarin, dianggap satu perbuatan yang melampau. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sangat dukacita dan kecewa dengan tindakan melulu Jais itu.
“Saya anggap ia satu tindakan yang melampau. Kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.
"Ramai lagi orang yang patut ditangkap, termasuk mereka yang mengasingkan politik dan agama. Inilah yang sesatnya. Saya sangat dukacita dengan perkara ini,”

Pemuda Pas kesal, dakwa Jais salah guna kuasa

Dewan Pemuda Pas kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggunakan kuasa sewenang- wenangnya bagi menangkap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas alasan tidak memiliki tauliah dalam memberi ceramah.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, agak malang bagi Jais kerana mereka mensasarkan penceramah agama yang memiliki sijil pengiktirafan ilmu agama seperti Doktor Falsafah (Phd), Sarjana (MA) dan Sarjana Muda (BA) menjadi mangsa tangkapan. “Dewan pemuda Pas sangat kesal dengan tindakan Jais walhal mereka boleh menumpukan operasi membanteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor,”

Tangkap Asri: MB Selangor arah Jais beri penjelasan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberikan penjelasan yang munasabah kepada orang awam berkenaan kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Ini kerana, pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berikutan cara penangkapan itu dibuat, kata Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.
Khalid mengulas penangkapan yang dibuat oleh sekumpulan pegawai Jais dengan bantuan polis ketika Asri sedang mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Klang malam tadi.
Turut mendengar kuliah itu adalah Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin.

No comments:

Post a Comment