WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, April 28, 2009

RENUNGAN BUAT SEMUA...

Di dalam hidup manusia,
yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat,
diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat,
rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat,
negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat,
negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat,
permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat,kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu,
tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
ketika itu manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan,
pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' .
Bila jadi macam ini,
siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa,
tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu,
nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU,
IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Saturday, April 25, 2009

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah, aku dah 2 sem di UTeM ni...erm, kalu dikira rsnya dah 14 subjek aku blajar dlm bdang kejurutraan mkanikal (struktur&bahan) ni.Srnok jugaklak..
Sem 1 dulu, pointer aku oklah,> 3.00.Waktu tu,aku belajar 7 subjek tp fnal exam 4 subjek je...Subjeknya,
-Kaedah ujikaji
-Grafik kejuruteraan
-Teknologi&amalan bengkel kjurteraan
-Matemtik kejrteraan
-Pengaturcaraan kmputer
-Prinsp elktrik&elktronik
-Bahasa ktiga(bhs Arab)
Msuk je sem 2,rs susah pning skit..sbbnya byak subjek yg ssoh & mncabr...smua 7 subjek aku blajar sem 2 ni aku kena duduki fnal exam..tp tu x mstshil rsnya kalu nak dpt pointer yg bgus..tp bkan orang mcm aku lah..bnyak main2.Adlah time tgoh2 sem dulu aku bhjat nak drop satu sbjek tp fkir2 balik & atas nshat kwn2,PA &pensyarah,aku x jadi drop.Mak ayah aku pun kat tganu slalu je bg nshat sroh blajar rjin2 ,trmasuklah "......." kat "....." yang slalu msj bg kata2 smgat. Aku hrp2 lah,sem 2 ni bg sinar kcmerlangan utk aku & dpt kekalkan pointer > 3.00, insya-Allah..doakan. Bkan apa,kalu dapt pointer gempak,rs seronok skit nak blajar utk sem yg akan dtg. Sem ni subjk yang aku blajar..
-Statik
-Sains bahan
-Statistik
-Persmaan pmbezaan
-Teknolgi mkroproses
-Komuniksi teknikal 1
-Hbngan etnik
Hbis je ct sem 2 ni,lebih kurang awal bln 7 nanti,aku akan jd pljar UTeM thn 2.Rs besar skit...dah jd senior.Antara subjk yg bkal aku tempoh utk sem 3 akan dtg,
-Mekanik pepejal 1
-Dinamik
-Termodinamik 1
-Proses pmbuatan
-Ko-kurikulum(badminton)
-Pembgnan sosiol eknomi Malaysia
Kwan2,terutmnya bdak satu klas,aku hrap dpt tlong aku dlam pljaran..bgitu juga ngan abg2 senior.erm,nak rs jugak kejayaan mcm orang lain..jumpa sem akan datang yer....

Thursday, April 23, 2009

MARTABAT TAQWA

Menurut al-Allamah Mustafa al-Khairi Mansuri,

taqwa terbahagi kepada tiga martabat:

Martabat pertama :

Membebaskan diri dari kekufuran

Martabat kedua :

Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa

Martabat ketiga :

Membersihkan batin(hati) dari segala yang menyibukkan atau

melalaikan diri dari Allah



Wednesday, April 22, 2009

ANTARA ADAB- ADAB DALAM BERMUSAFIR

  • Bayar segala hutang yang dipinjam sebelum bermusafir
  • Menyediakan nafkah(orang yang wajib ke atasnya)
  • Bekalan belanja perjalanan daripada sumber yang halal
  • Disunatkan membawa belanja yang berlebihan supaya dapat membantu orang lain yang memerlukan sewaktu dalam perjalanan
  • Baik perangai dan baik perkataan
  • Memilih teman yang baik perangai sekiranya bermusafir beramai-ramai
  • Memilih seorang ketua untuk mengetuai perjalanan ketika bermusafir beramai -ramai dan mestilah ketua dipilih kerana baik akhlaknya dan paling berkasih-sayang dengan sahabat-sahabatnya
Sumber : Kuliah maghrib
Balai Islam Taman Peringgit Jaya
Penceramah,Dr Azme b. Md Shah
Kitab Siras Salikin Fekah Tasawuf

AKHLAK TOK GURU TARIK MINAT GOLONGAN ARTIS


(SUMBER: HARAKAH)

Tuesday, April 21, 2009

PERGAULAN BEBAS TANPA SEMPADAN DORONG PENZINAAN,BUANG BAYI


SELEPAS sekian lama tidak mendapat liputan media massa, jenayah buang bayi kini kembali menjadi penghias muka depan akhbar utama. Hakikatnya, perbuatan kejam itu tidak akan berhenti selagi ada manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah insaf daripada noda yang dilakukan.Selepas berseronok melakukan hubungan zina diharamkan, mereka terbabit pula melakukan pembunuhan kejam. Malah, bagi mereka buang bayi tidak ubah seperti buang sampah yang sudah busuk dan tidak lagi diperlukan.Amalan hina itu lebih buruk daripada binatang dijadikan Allah dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan terhadap darah daging sendiri. Bimbang malu atas keterlanjuran tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membunuh nyawa yang tidak berdosa. Malah, keadaan itu mendedahkan pelaku kepada jenayah membunuh dengan sengaja lalu mengundang kemurkaan Allah.Masyarakat Arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW pernah membunuh anak perempuan kerana malu dan dianggap tidak setanding dengan anak lelaki yang gagah dan boleh diajar berperang.Hal ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah al-Nahl, ayat 58-59).Tetapi kini, kejahatan manusia melampau naluri semula jadi seorang ibu yang sepatutnya menjadi belas serta sayang terhadap anak dilahirkan. Jantina bayi tidak lagi menjadi perhitungan, malah jika yang lahir pondan sekalipun, mahu dibuang atau dibunuh tetap akan dilakukan.Ada dibuang dalam lubang tandas, ditinggalkan di tepi semak, tempat pembuangan sampah, dicampak dalam longkang dan terbaru seorang bayi seberat 3.05 kilogram ditemui ditinggalkan semalaman di perhentian bas sehingga dikerumuni ribuan semut.Manusia jenis apakah tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu. Sungguh ia perlakuan manusia dirasuk iblis hingga akal tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna.Setiap kali isu itu dibangkitkan pelbagai pihak tampil memberi cadangan, tetapi hingga kini masih belum ada jalan penyelesaian.

(SUMBER: BERITA HARIAN)

Monday, April 20, 2009

MENGAPA MUSLIM BIARKAN HATI MATI

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah) Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74) .Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.


Friday, April 17, 2009

SATU TAHUN TELAH BERLALU........

Em.....Sedor dok sdor aku dah sethn kat UTeM ni.X slp,aku msok awal bln 6 2008 dulu..srnok gok bljor kat sni.Member2 smua ok.Bnyok lah phit mnis dalm sthun ni.

*Forum mncri cnta












































* Pglman gie P.PNGKOR

* Pglman lwat anak2 ytim


























































*Demo Keamnan Plestn



* Mndi air trjn kat G.LEDANG

















* Pnglman smbelih kmbing
























































* Msok bubur as-Syura


* Main bowling