WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Monday, September 14, 2009

Assalamualaikum W.B.T

Shbt2 , akak2, abang2 yg dirahmati Allah..
yang sentiasa disayangi..dirindui..dicintai..tersemat di sanubari..hu3x

Semoga perkenalan ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T..
Semoga dengan perkenalan ini juga menjadi titik tolak persahabatan kita selamanya

Sahabat2..

Islam adalah agama yang beteraskan cinta kepada Allah
Dan sama-samalah kita harapkan keredhaan Allah.
Jika persahabatan ini berteraskan prinsip ini, insya-Allah kita akan mendapat kemuliaan di sisi Allah kelak di akhirat.
Orang2 yang saling kasih-mengasihi kerana Allah adalah antara golongan yang akan dinaungi di bawah arasy Allah S.W.T di padang masyar kelak.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan in..insya-Allah.
Susah senang dalam kita mengharungi pejuangan kitah adapi bersama..jangan ada yang tercicir dan jauh dari kita disebabkan ikatan ukhwah yang semakin apuh.Thabat dalam pejuangan ini..
Sama-samalah kita tingkatkan jalinan ukhwah ini dengan amalkan sikap saling kasih-mengasihi dengan menghidupkan semangat amar ma'ruf nahi mungkar terhadap sesama kita, sifat saling menasihati dan saling tegur menegur kepada kebenaran untuk sama-sama mentaati perintah Allah.

Shbt2 ..

Di kesempatan ini..

Terima buat semua atas nasihat,tguran,tunjuk ajar yang diberikan..
Semoga usaha n khidmat shbat2 smua dikurniakan ganjaran yang mulia disisi Allah. S.W.T
Jazakallau khairan khatsiran atas didikan sehingga ana jadi seperti skrg..teruskan mendidik ana dan ana rela dididik buat selamanya
Demi Islam Tercinta
Takbir..Allahu akhbar 3X

juga...

Slmt mengharungi hari- hari terakhir Ramadhan
Teruskan amal ibadah n mencari sinar Lalatul Qadar
Selamat pulang ke kampung masing-masing
Semoga berbahagia bersama keluarga n sanak saudara tersayang
Senang -senang datanglah ke rumah
Maaf zahir dan batin
Selamat Hari Raya

Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali;
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri;
salah & silap harap dimaafi.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment