WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Sunday, September 6, 2009

DOA PANJANG

"Doa apa yang kau baca,panjang sangat?"
Tanya seorang lelaki kepada shabatnya yang baru pulang dari timur tengah.
Sahabatnya itu baru sahaja selesai berdoa dalam satu majlis di apartmen mewah mereka.
"Adalah .."jawab sahabatnya pendek.
"Tak sangka kau jadi alim sekarang."
"Mengapa kau kata begitu?"
"Yalah ,siapa sangka kau sempat mendalami ilmu agama.
Bukankah kau dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains?"
"Hisy,cakap tu perlahan-lahan sedikit...nanti pecah rahsia,"
kata sahabatnya separuh berbisik.
Lelaki itu kehairanan.
Apa rahsianya?
Di sana aku tidak mendalami pun pengajian agama.Aku fokus study sahaja,"katanya.
"Habis tu,doa kau betul-betul panjang tadi.Hebat.Macam ulama."
"Tu sebenarnya bukan doa.."
"Habis apa?"
"Cerita arnab dengan kura-kura dalam bahasa arab!"

hahaha....
Pengajaran..
Yang jahil hanya dapat menipu yang jahil juga.Ajaran agama yang menjadi ritual semata tanpa kefahaman yang mendalam dan hujah yang kuat amat mudah diselewengkan.Berhati-hatilah dengan si jahil yang penipu..wallahua'lam.

Friday, September 4, 2009


Salam..
Pada 18 September 2009 bersamaan 28 ramadhan,
JPM akan mengadakan ijtima' Ramdhan,
Di DQ Rusila,
Pendaftaran bermula jam 3 ptg,
J Terengganu wajib hadir,
Maklum kehadiran kepada Ulwan (014-8142723)

Tuesday, September 1, 2009

RAMADHAN BULAN BERKAT















Album :
Munsyid : HIJJAZ

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Monday, August 31, 2009

TAUBAT SEORANG HAMBA

Album :
Munsyid : Irsyadee Feat Hafiz Hamidun
http://liriknasyid.com



Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Wednesday, August 26, 2009

MASIH PANAS!!!

Keputusan Penuh:
  • Majoriti: 4,551 undi
  • Pemenang: Salleh Man, 52 (Pas)

2 calon yang bertanding:


Nama Parti
Rohaizat Othman, 38
BN
Salleh Man, 52
Pas

Friday, August 21, 2009

UCAPAN SALAM RAMADHAN


DARIPADA : ABANG AZIZI (di bumi Yaman)

Slmt bpuasa n slmt hr ry.mf ,xeply xbmakna lupa.

DARIPADA : KAK SHIDA (ketua puteri caw.Pegoh / keluarga angkat MHS)

Ya Allah,dgn Ramadhan ini,muliakan & sygi saudaraku yg mbaca sms ini.Bahgiakn kluarganya ,sihatkn tubuh bdnnya,berkati rezkinya,kuatkn imannya.Beri knikmatn ibadah,jauhkan dr fitnah.Suburkn benih keISLAMannya.Selamat Berpuasa & ampuni salah & silap .

DARIPADA : MAHFUZAH (m.u.e.t)

May this coming Ramdhan will bring joy &nur into our life..Amin..Selamat bpuasa

DARIPADA : ABG MISBAH (UiTM)

Slmt b'puasa buat pemburu cinta Ilahi,m'basuh dosa,m'hindar murka,peluang m'bina taqwa ,gandakan amal.Carilah DIA.Salam Ramadhan!Maaf salah silap.

DARIPADA : TAUFIQ (rakan badar)

Assalamualaikum.ahlan wasahlan wa marhaban ya ramadhan...mri counter blk iman kita.tngkatkan amalan .ramadhan a'zim..

DARIPADA : ABG MOHD (senior badar)

Salam ramadhan al-mubarak.moga dpt sama2 kt mengisinya dgn pnuh pngharapan kpd Ilahi.tingkatkn amalan agar jiwa kt sntiasa taqarrub ilAllah..

DARIPADA : FARAHUSNA (ex-kmph)

Jadikn RAMDHAN sbg UNIVERSITI yg m'ajar kuliah2 IBADAH,asgmnt2 TAQWA dan amali2 AGAMA..Hrp kita p'oleh ijazah KEREDHAAN-NYA..SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

DARIPADA : ABG JOHAN (abg kandung .di traganu)

Slamt berpuasa...

DARIPADA : ABG AIDIL (senior badar )

jamal,slmt bpose ye,tambahkan amalan ye.Mg kt jd semakin btaqwa.

DARIPADA : ABG ANUAR (senior badar)

Salam ramadhan almubarak.Smga ramadhan kali ini mendatangkn 1000 makna buat kita.rebutlah peluang utk beribadat sbnyknya kpd Allah.Krn pd bln ini,pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.Dan pahala dilipat gandakan tk org yg khusuk melakukan amal ibadah kpdNya..

DARIPADA : ABG AZRAN (senior badar)

slmt brpuasa n slmt menunaikan ibadat semaksimun mgkn.

DARIPADA : SYAFIQ BADMINTON (ex-kmph)

SenTiaSalh sEtting Niat,UPgRade Iman,DownloAD sabaR ,UplOad uSaHa ,deleTE DOsa, Update dOa & tOp up ILmu ,suPaYa DapatLH ReDEeM pAhalA bAnyAk2!SlMt BpUaSA!!

DARIPADA : AUDI (bmcs)

slamat brpuase

DARIPADA : ASYAMILAH (rakan badar)

Sabda Rasulullah s.a.w "P'mulaan Ramadhan itu adalah rahmat,p'ttghannya adalah keampunan & p'hjgnya adalah kebebasan drpd api neraka."Salam Ramadhan 1430 .


insya-Allah..pasakkan niat,letakkan tekad supaya RAMADHAN kali ini,menjadi medan mengutip mutiara maghfirah Allah,bersama mujahadah dalam meniti redha Allah..harap2nya ramadhan ini bukanlah ramadhan terakhir buat kita..moga dberi peluang untuk baiki diri & amalan di bulan barakah ini..

DARIPADA : HAFIZ (kolej komuniti)

Ank kera pndu unser,
mati trtmpa buah klapa,
esok kita dh start puase,
jgn plak buat2 lupe..

hehe lg 1..

ank itik ank ruse,
puasa jgn xpuase.

selamat berpuasa..

DARIPADA : SYAFIQ (ex-kmph)

shbt2 ,bgn sahur!!Slmt pose..

DARIPADA : FAIZ NOR (rakan badar)
Jadikn RAMDHAN sbg UNIVERSITI yg m'ajar kuliah2 IBADAH,asgmnt2 TAQWA dan amali2
AGAMA..Hrp kita p'oleh ijazah KEREDHAAN-NYA..SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK


DARIPADA : ABG SYAWAL(HISMAT )

Ramadhan kareem

DARIPADA : ABG TG (trganu)

kullu am wa ntum bikhoir

DARIPADA : RIDHUAN (ex-kmph)

"SeMoga 1 bUlaN mEndAtaNg pEnuh KEsabaRaN ,4 MiNggU kEimAnan ,30 hAri kEbeRkataN,720 Jam KasiH SaYANG dan 43200 saaT pEnuH DGN SenYuman .."

DARIPADA : SYAWANA (rakan badar)

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ,
khadiranmu pnuh mnantian ,
bg insan pnebus ksalahan ,
org beriman sring mgimpikan ,
lailatul qadr 1000 kberkatn,
hadiaH Tuhan bt hmba ksygn,
Yg sentiasa mghrapkan,
Prtemuan slpas kematian,
Mga barakahmu sentiasa berkekalan,
Hayya shbat dan taulan,
Hayati ramadhan dgan pnuh kesyukuran,
Mohon kemaafan dr sgla kslahn dan kslpan.

DARIPADA : NOR FARZIELAYATI (m.u.e.t)


Jika seorang itu tidak makan kerana tiada makanan, keadaan itu tidak akan mendidik dirinya dengan sebarang nilai pendidikan. Jika seseorang itu tidak minum kerana tiada minuman, keadaan itu tidak akan melatihnya dengan sebarang nilai latihan. Tetapi jika seseorang itu ada segalanya untuk dimakan, namun beliau memilih untuk tidak makan kerana mahu mematuhi Allah SWT, maka di situlah datangnya nilai Tarbiyah. Kita belajar untuk berkata TIDAK, kepada sesetengah keinginan dan kemahuan diri, kerana mahu mentaati Allah, itulah sebuah LATIHAN. Ramadhan melatih kita untuk mempunyai kekuatan mengawal keinginan dan kemahuan, supaya kita tidak terus terbelenggu menjadi hamba kepada hawa nafsu dan diri sendiri. Selamat Menjalani Ibadah Puasa..Ramadhan Kareem


DARIPADA : ZEMI (UTeM,FKP)
Slmat brbka pse auw jgk..n trawih

DARIPADA : AMIRAH (gen-6)
Syukran thhrn atas doa 2,amiin.insya-Allah..slm ramadhan .slmat menunaikan ibdah puasa..
DARIPADA : HIDAYAH (m.u.e.t)
PeluklaH Rmadhan ini seerat mgkin,krn tiba msanya kta trpksa mlpaskannya .Andai Ramadhan ini yg trakhir,mg ia yg trbaik dccNya..slamt menempuh mdrsah tarbiyyah jsmani dan sglanya ..marhaban ya ramadhan

DARIPADA : ABG BUKHARI (senior kmph)
Bgaimana mghadapi Ramadhan saat ini?samekh dgn hr d luar ramadhan..Kalo same,mknnya kt msh brangan n Xbrsedia..Slam Ramadhan dgn berjihad ..krn Tarbiyyah melhirkan Mujahid..

DARIPADA : WAFA (bmcs)
"Semakin jauh perjalanan,semakin dekat kematian.Semakin bertambah bebanan,semakin kurang pula keupayaan.Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan..Penuh ketenangan ,merempuh ujian.Tuluslah dengan TUHAN,teluslah sesama insan..Berhijrahlah kita kedaerah kebaikan"Semoga ibadah diterima,rezeki dberkati,umur dirahmati & dosa diampuni,,selamat menyambut ramadhan.
DARIPADA : PAK CIK JOHAN (bekas pak guard emerald park)
Yang lepas kita tak tahu kesilapan dah kita lakukan,
Semoga dengan kita berpuasa dalam menunaikan rukun Islam yang ketiga dapat menghapuskan segala dosa yang lalu dan diberi pahala sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T.
SELAMAT BERPUASA...






Thursday, August 20, 2009

PERISTIWA BESAR DALAM BULAN RAMADHAN

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

• Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.
• Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

• Berlaku pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah
• Perang pertama dalam Islam
• Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah.
• Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
• Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata.
• Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
• Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar.
• Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah.
• Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

• Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah.
• Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam.
• Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy.
• Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.
• Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
• Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir.
• Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam mara ke Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah.
• Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah.
• Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.
• Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya.
• Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
• Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
• Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat.
• Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad.
• Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
• Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai.
• Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom.
• Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

• Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan.
• Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
• Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah.
• Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.
• Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah.
• Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF
• Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana.
• Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW.
• Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama.
• Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah.
• Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
• Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi.
• Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
• Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah.
• Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur.
• Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi.
• Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

ENGKAULAH...