WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Thursday, July 30, 2009

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA







Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya? "

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan

(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat..

Monday, July 27, 2009

TUJUH BUDAK HITAM

Tujuh Budak Hitam,
Pakat nak jadi menteri,
Seorang jadi pemimpin bestari,
Tinggal lagi enam..

Enam budak hitam,
Dapat rezeki banyak duit,
Seorang suka pergi derma,
Tinggal lagi lima...

Lima budak hitam,
Lima-lima banyak cakap,
Seorang suka zikir pada Allah,
Tinggal lagi empat...

Empat budak hitam,
Suka iktikaf dekat masjid,
Tiga orang tak tahan,
Tinggal kawan diorang sorang-sorang...

Tiga budak hitam,
Bagi sedekah dekat kat orang,
Dua declare kat media,
Yang seorang wat diam-diam...

Dua budak hitam,
Suka lawat kawan-kawan,
Niat hati untuk Allah,
Jumpa pisah untuk Islam...

Tinggal seorang budak hitam,
Awek cun rayu buat maca-macam,
Tapi iman punya pasal,
Buat rileks tak nak layan...

Tujuh budak hitam,
Nabi Muhammad s.a.w dah pesan,
Allah akan lindungi korang,
Tak kira ;a putih atau hitam...

# 7 Golongan akan dilindungi Allah di bawah panji- panji
Allah saat tidak ada lagi naungan di akhirat kelak...

- Para pemimpin yang bijaksana
-Orang yang suka menderma di jalan Allah
-Orang yang mengalir deras air matanya saat berzikir kepada Allah
-Para penghuni masjid yang bertaqwa
-Para dermawan yang merahsiakan dermanya
-Sepasang sahabat yang selalu setia,bertemu dan berpisah kerana Allah
-Para pemuda yang kuat imannya untuk menolak rayuan wanita jelita untuk lakukan maksiat

ISRAK DAN MIKRAJ



ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Maha suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Isra’: 1)

  • Tanggal 27 Rejab, tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan dua tahun sebelum berlakunya hijrah Nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku peristiwa Israk dan Mikraj
  • Ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t dalam ‘memperjalankan’ diri Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa , Baitumaqdis, dan seterusnya Nabi diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t dalam masa yang begitu singkat.
  • Peristiwa ini telah menapis dan menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Nabi Muhammad s.a.w
  • Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi.
  • Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat di mana ada yang terus membenarkan Nabi seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, dan ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam.
  • · Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku selepas Nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.
  • · Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal, maka Islam pasti akan terkubur. Namun kuasa Allah s.w.t melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, Nabi telah ‘dihiburkan’ dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.
  • · Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam, malah telah melontar batu ke arah Nabi sehingga berlumuran darah
  • Kita dapat melihat Nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit di bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh Nabi sebagaimana Nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan meruntuhkan bukit ke atas penduduk Taif.


Thursday, July 16, 2009

PENGALAMAN MENARIK SEPANJANG CUTI SEM

-Jd fasi utk Kem Perkaderan Remaja Islam di Manir
K.Terengganu
-Jd tenaga pengajar Fardhu Ain
-Walimatul Urus kakak
-Program Smart Solat di Kuala Terengganu
-Program Bakti Siswa di Kg Pegoh
-Sukaneka
-Kem Pengukuhan Fasilitator
-Fasi Minggu Haluan Siswa Utem
-Main Badminton























sdpnyer..makan ngan mak angkat ms
prgram bakti siswa





Sukaneka.. Banyknyer hamper..yg pstnya,salah satu sy punyer..
menang jugak,hu3X



Main bdminton..bakal pgganti Lee Chong Wei..jgn marah..

Wednesday, June 17, 2009

HADIS HUZAIFAH AL-YAMANI

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya :
"Manusia sering bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia menimpa diriku, lalu aku bertanya :"Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah s.a.w menjawab :"Ya.Kami bertanya lagi:Adakah akan berlaku kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah s.a.w menjawab: "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti ajaran selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah s.a.w menjawab:"Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, siapa ya Rasulullah?sifatkan mereka kepada kami.Rasulullah s.a.w menjawab:"Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi:Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyaijemaah( kesatuan),juga tidak ada pemimpin? Rasulullah s.a.w menjawab lagi :"Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian,

Saturday, June 13, 2009

ANTARA HADIS RIWAYAT BUKHARI & MUSLIM


Rasulullah s.a.w telah bersabda , maksudnnya :
“Iman itu ialah bahawa kamu percaya kepada Allah , Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan qadar baik & buruk” (Riwayat Muslim)

Maksudnya :
“Daripada Abdullah Ibnu Umar r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang Islam bersaudara kepada orang Islam yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya kepada kebinasaan. Siapa yang menolong hajat saudaranya, Allah akan menolong hajatnya, dan siapa yang melepaskan kedukaan seseorang Islam, Allah akan melepaskannya daripada kedukaan pada hari Kiamat. Siapa yang menutup keaiban seseorang Islam, Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat.” (Riwayat Bukhari&Muslim)

Maksudnya :
“Daripada Abi Sa’id al-Khudri katanya, “Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Kamu akan mengikuti perjalanan orang silam, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka masuk lubang dhab(biawak padang pasir) pun kamu akan ikut. Kami berkata “Adakah orang Yahudi dan Nasrani?” Jawab Baginda, “Siapa lagi?” (Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w telah bersabda , maksudnnya :
“Apakah kamu ingin tahu dosa segala dosa?” kami(para sahabat) berkata: “Ya Rasulullah”. Lalu Baginda berkata, “Syirik kepada Allah dan derhaka kepada ibu bapa”. (Riwayat Bukhari)

Maksudnya :
Daripada Abu Hurairah r.a , sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “ Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: (sahabat bertanya) “Apakah dia wahai Rasulullah:” Jawab Baginda, “Apabila engkau berjumpa dengannya berilah slam, apabila dia menjemput ke rumahnya hendaklah engkau terima, apabila dia minta nasihat berilah dia nasihat kepadanya, apabila dia bersin lalu memuji Allah dengan Alhamdulillah, maka doakanlah dia dengan ‘Yarhamukallah’ , apabila dia sakit, ziarahilah seterusnya apabila dia mati iringilah jenazahnya ke kubur.” (Riwayat Muslim)

Maksudnya :
“Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda: Iman itu ada lebih dari 70 cabang atau lebih dari 60 cabang. Sebaik-baiknya ialah kalimah syahadah dan yang paling rendah ialah membuang halangan di jalan. Malu adalah satu cabang daripada iman.” (Riwayat Muslim)

Monday, June 8, 2009

AMANAH YANG RUNTUH

Firman Allah S.W.T, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah & Rasul-Nya & janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu, anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian & sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar.
Wahai orang-orang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu & Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar”
(Surah al-Anfal ayat 27-29)
Amanah bukan satu tanggungjawab yang seharusnya dipandang enteng. Setiap manusia di muka bumi ini dilahirkan bersama dengan amanah yang perlu dipikul dan dilaksanakan.Amanah untuk Qaliqnya, amanah terhadap agama, amanah untuk diri sendiri, amanah untuk ibu bapa, isteri,anak-anak & juga amanah untuk masyarakat, negara, saudara se-Islam mahupun bukan seagama, harta benda & berbagai-bagai yang tidak mampu ditayangkan di minda manusia yang kerdil lagi jahil seperti kita. Lipatan sejarah yang dititipkan dalam al-Quranul Karim terlalu banyak hingga diibaratkan akan kering lautan jika ia menjadi dakwat untuk membicarakan kisah berkaitan amanah yang dilalui oleh umat terdahulu.Kisah kebinasaan yang memusnahkan manusia yang gagal menjalankan amanah, seharusnya dijadikan tauladan kepada umat Islam hari ini dalam melalui kehidupan, memutuskan tindakan & pegangan. Masyarakat hari ini semakin alpa menunaikan amanah. Amanah untuk Pencipta dilalaikan begitu sahaja. Berapa ramai masyarakat kita yang culas & lalai dalam mengerjakan solat serta menidakkan hukum hakam yang sudah termaktub dalam kitab suci al-Quran akibat dibayangi hawa nafsu & pemikiran dangkal. Itu kepada Pencipta, kepada diri sendiri apatah lagi!!!Fikir-fikirkan….

Tuesday, June 2, 2009

AMAL SOLEH ADALAH SEBAIK-BAIK PENGISIAN HIDUP

Dalil-dalil:

Firman Allah :(Surah al-Kahfi:107-108)
Maksudnya....
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman & yang beramal soleh bagi mereka adalah Syurga Firdaus yang menjadi tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dalamnya ,mereka tidak ingin sekali-kali berpindah darinya".

Firman Allah :(Surah al-Asr:1-3)
Maksudnya....
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh,sentiasa berpesan-pesan ke arah kebenaran & berpesan-pesan ke arah kesabaran".

Firman Allah :(Surah as-Sajadah:12)
Maksudnya....
"Dan alangkah ngerinya sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya,mereka berkata"Ya Tuhan kami,kami telah melihat & mendengar,maka kembalikanlah kami ke dunia,kami akan mengerjakan amalan soleh,sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin"

Sabda Nabi S.A.W:
"Bersegeralah melakukan amalan-amalan yang soleh sebelum sampai masa datangnya fitnah & bala bencana umpama malam yang gelap gelita di mana seseorang itu paginya beriman sedangkan di waktu petangnya dia kufur dengan Allah.Begitu juga petangnya dia beriman tetapi pagi esoknya dia kufur dengan Allah.Yang demikian itu kerana dia menjual agama untuk kepentingan dunia yang sedikit"

Sabda Nabi S.A.W:
"Tiga perkara yang akan mengikuti seseorang mayat itu ke kuburnya.Dua perkara akan pulang meninggalkannya manakala satu lagi tinggal bersamanya.Yang mengikuti seseorang itu ialah kaum kelurganya,harta bendanya dan amalan-amalannya.Maka pulanglah keluarga & hartanya & tinggallah amalannya"
(Riwayat Imam Muslim)

Sunday, May 31, 2009

PELBAGAI JELMAAN CINTA AL-KHALIQ

Di antara kunci menemukan sentuhan cinta Ilahi adalah dengan kita bertafakur tentang pelbagai hakikat keluasan cinta-Nya itu. Sesungguhnya seluas mana pun rasa cinta dan kasih yang dipersembahkan oleh makhluk kepada al-Khaliq tidak sedikit pun mampu menyaingi setitis kasih Allah terhadap hamba-Nya.Yang demikian itu adalah sifat Allah Yang Mulia di mana rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.Keharuman kasih Allah SWT kepada manusia turut tersebar wangiannya melalui perutusan Sayyid al-Mursalin Muhammad SAW.
Allah SWT berfirman, maksudnya: Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kurniaan-Nya ke atas orang-orang beriman tatkala mengutuskan buat mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri. (ali-'Imran: 164)
Baginda SAW adalah makhluk yang menyebarkan rasa kasih dan kerahmatan ini melalui mutiara kalam, perilaku dan akhlaknya. Maha Suci Allah yang telah mengutus Baginda SAW sebagai penyempurna bagi kemuncak akhlak yang mulia. Baginda SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".
Walaupun Allah SWT berhak menzahirkan kedudukan-Nya sebagai Khaliq dan Rabb dengan apa cara yang dikehendai-Nya, kita akhirnya menerima risalah-Nya melalui sentuhan cinta makhluk pilihan-Nya, Nabi Muhammad SAW.Melalui risalah rahmat dan mahabbah (kasih sayang) itu, segala makhluk di muka bumi ini dapat menadah titis-titis rahmat dan kasih Allah SWT mengikut sekadar mana yang diizinkan oleh-Nya. Mereka yang kafir tetap diberi peluang mendengar, meneliti, merenung dan mencari jalan hidayah serta tidak terus diazab berdasarkan kekufurannya. Kaum munafik tidak diperintahkan agar dibunuh. Bahkan selagi lidahnya menyaksikan "Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah", maka darah dan hartanya terpelihara di sisi Islam walaupun hakikat kesudahan mereka adalah di tingkat terbawah dari tingkatan neraka.Demikian juga bagi kaum yang fasiq. Mereka diberi ruang dan peluang mencari jalan hidayah sepanjang kehidupannya dan bertaubat membersihkan diri daripada dosa-dosa lalu, tanpa diturunkan azab secara terus seperti mana yang melanda umat nabi-nabi terdahulu.Inilah sikap pemurah dan belas ihsan Allah SWT kepada makhluk-Nya, sedangkan Allah SWT tidak sedikitpun berkehendak atau perlu kepada makhluk-Nya seperti firman-Nya dalam hadis qudsi yang bermaksud:
"Wahai hamba-hamba-Ku, kalian tidak akan dapat menggunakan sesuatu kemudaratan untuk memudaratkan-Ku dan tidak akan dapat menggunakan sesuatu yang bermanfaat untuk memberikan sesuatu manfaat kepada-Ku".
Melalui hadis qudsi ini Allah SWT menerangkan bahawa setiap maksiat hamba-Nya itu tidak sedikitpun dapat menggoncang kerajaan dan kekuasaan-Nya atau mengurangkan kehebatan-Nya. Dan setiap ibadat hamba-Nya itu tidak sedikitpun memberi manfaat kepada-Nya.Bahkan kekallah kerajaan Allah SWT gagah perkasa dan berdiri dengan sendiri-Nya tanpa memerlukan bantuan makhluk-makhluk-Nya.Maka hakikat sebenar Allah SWT memerintahkan hamba beribadat dan menunaikan perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya ialah demi kasih sayang dan rahmat-Nya. Ia agar manfaat semua itu kembali kepada para hamba-Nya, juga untuk faedah dan kebaikan mereka sendiri di dunia dan di akhirat.Peringatan inilah yang zahir dalam firman Allah,
Dan sesiapa yang berjihad sesungguhnya dia berjihad untuk dirinya sendiri, sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya daripada (memerlukan) sekelian alam. (al-Ankabut: 6)
Di antara tanda cinta Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya juga, Dia sentiasa membuka pintu keampunan-Nya kepada mereka yang melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan melakukan dosa dan maksiat.Malah, Allah SWT melarang para hamba-Nya berputus asa dari rahmat dan kasih sayang-Nya walau sebesar mana pun dosa dan maksiat yang mereka lakukan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah, wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah... (al-Zumar: 53)
Allah SWT dengan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu keampunan buat mereka dengan pelbagai jalan. Di antara jalannya adalah memperbanyakkan amal kebajikan kerana ia adalah penghapus kejahatan. Selain itu, memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada-Nya sebagaimana dalam maksud sebuah hadis qudsi:
"Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) pada waktu malam dan siang, sedangkan Aku mengampunkan dosa keseluruhannya, maka pohonlah keampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan kalian".
Memperbanyakkan istighfar dan taubat juga adalah tanda seorang mukmin yang benar dan sempurna dalam keimanannya. Oleh kerana itulah, sekalipun Baginda SAW terpelihara daripada melakukan dosa dan maksiat, Baginda melazimi istighfar dengan jumlah yang banyak setiap hari.Menurut Sheikh al Islam Imam al Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud r.a, Nabi SAW beristighfar bukan kerana melakukan dosa dan kelalaiannya sebab adalah mustahil bagi kedudukan dan darjat Baginda SAW. Sebaliknya, istighfar Baginda SAW adalah istighfar ibadah sebagai suatu munajat dan berlazat-lazat dalam pengabdiannya kepada Allah SWT.Inilah suatu sisi daripada gambaran keistimewaan dan kesempurnaan Rasulullah SAW bagi sesiapa yang telah dibukakan oleh Allah SWT pintu untuk mengenali-Nya.Cinta al-Khaliq terhadap makhluk juga, seperti yang dipetik dari kalam Nubuwwah, lebih hebat daripada kasih seorang ibu yang sentiasa bersungguh-sungguh menjaga, mempertahankan dan menjamin keselamatan bayinya yang masih kecil.
Jika kasih ibu dipuja dan dinobatkan begitu tinggi oleh manusia tanpa mengira agama, maka seharusnya cinta dan kasih Tuhan itu lebih dipuji, dipuja dan didaulatkan. Justeru, wajarlah cinta ilahi itu dibalas dengan rasa pengagungan, taat setia dan menjunjung perintah dengan penuh keikhlasan, keazaman dan keluhuran budi.
Para penghulu salafussoleh yang telah sekian lama meninggalkan kita telah pun mengecapi nikmat ini. Nikmat berlazat-lazatan dalam mencintai Allah SWT dan Allah SWT pula mencintai mereka.Munajat dan rintihan mereka menjadi perhiasan malam hari dalam usaha mendamba kasih-Nya. Mereka benar-benar telah mendambakan cinta dan kasih al-Khaliq. Cahaya kasih itu pula terpancar dari kalam nasihat dan bicara mereka buat umat.Bicara, nasihat dan pedoman mereka terbit dari hati yang telah disirami dengan cinta al-Khaliq. Lantas apa yang disampaikan benar-benar membekas di hati para pendengarnya. Lalu diamalkan dan dijadikan sebagai manhaj ikutan dalam kehidupan sehingga ke hari ini.Demikianlah keistimewaan dan keajaiban bagi hati yang telah disinari cahaya kasih dan cinta Allah SWT.Maka tiada lagi pilihan bagi golongan beriman selain berusaha mencari jalan memburu kasih dan cinta-Nya. Terdapat pelbagai jalan melalui amal kebajikan dan peribadatan untuk meraih kasih-Nya, sebanyak nafas yang keluar masuk di jasad insan.Memburu cinta Allah juga bererti memburu cinta para kekasih Allah yang boleh menyampaikan kita kepada Allah. Apabila kita dihimpunkan bersama para kekasih Allah SWT yang benar-benar mendapat pandangan khusus dan inayah-Nya, pada saat itulah segala kalam bicara, tindak-tanduk dan seruan kita menjadi cerminan bagi sunnah Penghulu Segala Rasul, Sayyiduna Muhammad SAW. Semoga kita semua benar-benar dapat mengecapi nikmat cinta ilahi. Cinta Tuhan Yang Maha Tinggi, yang menyifatkan sifat cinta, kasih dan rahmat pada diri-Nya melalui firman-Nya yang bermaksud: Dialah Tuhan Yang telah menurunkan hujan setelah mereka (manusia) berputus asa dan Dia sentiasa menyebarkan rahmat-Nya serta Dialah Tuhan yang mengurniakan pertolongan dan Tuhan Yang Maha Terpuji. (asy-Syura: 28). Wallahu a'lam.