WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, November 15, 2011

CARA-CARA MENINGGALKAN MAKSIAT

Part 2 : MENJAGA LIDAH




"JAGALAH LISAN WAHAI INSAN"


Allah SWT telah menciptakan bagimu akan lidah supaya engkau dapat berzikir dengannya dan supaya engkau dapat membaca al-Quran dan membimbing manusia ke jalan kebenaran dan supaya engkau dapat melahirkan perasaan dan kehendakmu,baik dalam urusan dunia atau pun urusan akhiratmu. Maka apabila engkau menggunakan lidahmu bagi tujuan yang lain daripada dimaksudkan oleh Allah Taala bermakna engkau tidak syukur terhadap nikmat yang diberikan kepadamu.

Dan lidahmu adalah anggotamu yang paling berkesan ke atas dirimu dan yang paling berkesan terhadap orang lain. Berapa ramai nantinya orang yang akan dihumbankan ke dalam api neraka jahanam dengan sebab jenayah yang diperbuat oleh lidah mereka? Maka kekanglah lidahmu sekuasamu supaya ia tidak menyebabkan engkau dihumbankan ke dalam api neraka seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis,

Ertinya :
"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan itu akan menyebabkan dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun"

Sekali peristiwa di Zaman Rasulullah s.a.w ada seorang tentera Islam yang terbunuh di medan perang, lalu ada yang berkata, "Untung sekali orang ini kerana ia telah mati syahid dan berjaya mendapatkan Syurga" Mendengar ucapan itu lalu Rasulullah s.a.w bersabda" Belum tentu lagi kerana boleh jadi ia pernah bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau ia bakhil dari memberikan sesuatu yang sebenarnya tidak menginginkannya"

Oleh kerana itu jagalah lidahmu daripada 8 perkara :

Pertama : Bohong



Maka janganlah engkau berbohong sama ada bersungguh-sungguh atau bergurau. Jangan engkau biasakan dirimu berbohong dalam bergurau nanti akhirnya engkau akan berbohong dengan bersungguh-sungguh. Berbohong adalah di antara dosa besar yang terbesar. Selain daripada itu, apabila engkau telah dikenali sebagai pembohong maka hilanglah keadilanmu (dan harga dirimu) dan hilanglah makna daripada segala perkataanmu dan orang lain akan melihat engkau dengan pandangan yang rendah. Apabila engkau mahu sejauh mana jahatnya apabila engkau bercakap bohong maka lihatlah kepada orang lain yang bercakap bohong kepadamu, betapa engkau merasakan dirimu jijik daripadanya dan betapa hinanya orang itu pada pandanganmu dan betapa jahatnya apa yang dilakukannya. Begitu hendaknya engkau melihat kepada segala keaiban dirimu kerana engkau tidak dapat mengetahui sejauh mana keaiban dirimu kecuali bila engkau memerhatikan perbuatan yang sama yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirimu, maka apa yang engkau pandang buruk terhadap orang lain begitu pula sebaliknya. Oleh itu, janganlah engkau suka membuat perkara yang menyebabkan kebencian orang lain terhadap dirimu.

Kedua : Menyalahi janji



Maka janganlah sekali-kali engkau berjanji kemudian engkau menyalahi bahkan sebaiknya biarlah engkau banyak berbuat baik walaupun tanpa berjanji. Engkau terpaksa juga mengikut janji maka engkau mesti berhati-hati. Jangan sampai janji ini engkau ingkari kecuali apabila engkau lemah daripadanya kerana ada halangan yang tidak dapat dielakkan kerana mungkir janji itu adalah sebahagian daripada tanda orang-orang munafik dan rendah akhlaknya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

" Ertinya, tiga perkara apabila ada pada seseorang maka ia adalah orang yang munafik (munafik amal bukan munafik akidah) walaupun ia puasa dan sembahyang, ialah orang yang apabila bercakap ia bohong dan apabila berjanji ia mungkir dan apabila diamanahkan sesuatu ia akan khianat.

Nantikan sambungannya,insyaAllah....




Dipetik dari Buku Bidayatul Hidayah

Bahagian 1 :

Ketahuilah, bahawasanya Agama itu terdiri dari dua bahagian:

Pertama : Meninggalkan maksiat Kedua : Mengerjakan taat

Meninggalkan maksiat adalah lebih daripada berat daripada mengerjakan taat kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat ( maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh orang-orang siddiqin.

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w bersabda,
Ertinya : " Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan) dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya" .

FASAL PERTAMA

Cara meninggalkan maksiat yang zahir ( Anggota Badan)

Ketahuilah bahawasanya apabila engkau melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya engkau melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badanmu yang merupakan amanah Allah yang diberikan kepadamu. Jadi ketika engkau menggunakan anggotamu untuk melakukan maksiat bermakna engkau menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang diberikan. Dan anggotamu adalah rakyatmu maka hendaklah engkau berfikir baik-baik bagaimana sepatutnya engkau menjaganya.

Sabda Rasulullah s.a.w bersabda,
Ertinya : " Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya (kepimpinannya)
Dan ketahui olehmu bahawasanya semua anggotamu akan bersaksi ke atas segala perbuatanmu di padang Mahsyar kelak dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang. Anggotamu akan mendedahkan segala rahsiamu di hadapan perhimpunan agong di Padang Masyar.

Dalam hal ini Allah Taala telah berfirman,

Maksudnya : " Dihari itu (Hari Kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di dalam dunia dahulu).
Allah berfirman lagi,

Maksudnya : "Pada Hari ini (Hari Kiamat) kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada kami tangan-tangan mereka dan akan bersaksi di hadapan kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang telah mereka perbuat (di dunia dahulu)"

Maka jagalah baik-baik seluruh anggotamu khususnya anggotamu yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh pula dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggota badan iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.


Nantikan sambungannya,InsyaAllah.....TQ

Wednesday, November 2, 2011

INSYAALLAH ADIK IKUT LANGKAH ABG


Abg Zaki..Tahniah


Abang Izhar..tahniah




Abg Zaki + Abg Sabri..tahniah


InsyaAllah konvo ana juga tak lama lagi..
Impian jga berwalimah di usia muda..
Smga kdua2nya terlskna dlm masa terdekat..
Amiin..mohon doa dri smua..

Tuesday, November 1, 2011

HADIAH SEBAGAI PIMPINAN MAHASISWA

Bismillahirrahmanirahim..insyaAllah,ana ikhlas & redha mnerimnya. " Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 ).Ana yakin,setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyaik hikmahnya tersendiri.Ana bersangka baik dengan surat amaran yang dikeluarkan ini.Ana sangat berterima kasih dengan peringatan yang diberikan ini.Satu pengajaran yang mematangkan ana dan menguatkan lagi semangat ana dalam menjaga kebajikan Mahasiswa.Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi ujian ketika di dunia.Mohon maaf dri ana kepada semua pihak yang terlibat.

Saturday, October 29, 2011

PENGALAMAN MEYERAHKAN MEMORANDUM KPD TPM MEMPERJUANGKAN ISU MAHASISWA DI KAMPUS


Ayer Keroh, 15 Okt : Timbalan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) semalam diberitakan berjaya menggapai hasrat dan misi mereka.

Jamaluddin Jusoh yang juga anak jati Terengganu Darul Iman semalam telah menyerahkan satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Seri Negeri.

Isu yang telah lama diperjuangkan mahasiswa UTeM itu berjaya menarik perhatian TPM Malaysia untuk menerima memorandum berkenaan sebagai satu usaha untuk menjaga kebajikan mahasiswa.

Menurut maklumat yang diperoleh, universiti tersebut sehingga kini masih belum mempunyai sebarang asrama untuk kemudahan penuntutnya dan MPP UTeM merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menanganinya.

Berikut adalah sebahagian pertanyaan yang disoal ahli kabinet MPP berkenaan :

“YAB , Mahasiswa/i yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Menara Gading, sangat-sangat mengharapkan di tempat pengajian mereka mempunyai prasarana dan kemudahan asas yang lengkap dan mencukupi. Seperti ucapan dan harapan YAB sampaikan tadi, YAB ingin melihat lahirnya mahasiswa/I yang berkualiti.

Dalam hal ini, saya ingin ketengahkan berhubung pembinaan kolej kediaman dalam kampus. Ia adalah salah satu keperluan asas yang sangat mendesak .

YAB ,saya bawakan contoh Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM. Berdasarkan pemerhatian saya, sepanjang ketiadaan kolej kediaman di dalam kampus UTeM, fenomena ini telah memberi impak yang sangat besar kepada pelajar.

Selain kos sara hidup pelajar meningkat, kadar kemalangan jalan raya melibatkan pelajar UTeM juga turut meningkat. Program-program yang dianjurkan di Universiti kurang mendapat sambutan. Impak ketiadaan asrama di dalam kampus Induk UTeM juga saya yakin memberi kesan kepada pihak pengurusan universiti.

Pihak universiti terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dan kos sewaan bas yang tinggi untuk mengangkut pelajar dari kolej kediaman ke kuliah. Sudah 10 tahun mahasiswa/I menunggu, tapi masih tidak kelihatan walau satu pun kolej kediaman dalam kampus.

YAB, soalan saya adalah,saya ingin mohon penjelasan bagaimana saluran peruntukan untuk pembangunan infrasruktur seperti asrama kepada IPTA di seluruh Malaysia?

Saya tak takut terima hukuman

Jamaluddin Jusoh dalam kenyataannya seakan-akan bersedia menerima sebarang pertuduhan dan tindakan sekiranya dipanggil pihak pengurusan pentadbiran universiti.

“Terima kasih kepada semua student UTeM yang telah support bagi tanda tangan.. Aku tahu aku buat kesilapan dari sudut protokol, tapi aku redha apa yang aku tanggung lepas ni.. aku buat untuk korang.. baru tadi aku dapat tahu akan bakal dapat SURAT WARNING.

Sepanjang MPP ni surat warning yang kedua aku. Semua student, aku mohon sokongan korang untuk bantu pertahankan aku.

Aku sedia untuk disiasat polis dan aku sedia untuk dimaki pihak pengurusan.”, ujarnya dalam satu kenyataan.

Terima sokongan

Sementara itu, di UTeM, sebaik sahaja berita itu diterima masuk dan disebarkan di kalangan warga kampus, sokongan terhadap usaha MPP UTeM terus mendapat perhatian dan sokongan tinggi.

Rata-rata mahasiswa yang mengetahui isu terbabit memberi sokongan penuh kepada MPP UTeM atas usaha tersebut yang disimpulkan gagal direalisasikan bekas MPP sesi lalu. – GZDaily