WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, November 15, 2011

CARA-CARA MENINGGALKAN MAKSIAT

Part 2 : MENJAGA LIDAH




"JAGALAH LISAN WAHAI INSAN"


Allah SWT telah menciptakan bagimu akan lidah supaya engkau dapat berzikir dengannya dan supaya engkau dapat membaca al-Quran dan membimbing manusia ke jalan kebenaran dan supaya engkau dapat melahirkan perasaan dan kehendakmu,baik dalam urusan dunia atau pun urusan akhiratmu. Maka apabila engkau menggunakan lidahmu bagi tujuan yang lain daripada dimaksudkan oleh Allah Taala bermakna engkau tidak syukur terhadap nikmat yang diberikan kepadamu.

Dan lidahmu adalah anggotamu yang paling berkesan ke atas dirimu dan yang paling berkesan terhadap orang lain. Berapa ramai nantinya orang yang akan dihumbankan ke dalam api neraka jahanam dengan sebab jenayah yang diperbuat oleh lidah mereka? Maka kekanglah lidahmu sekuasamu supaya ia tidak menyebabkan engkau dihumbankan ke dalam api neraka seperti yang disebutkan di dalam sebuah hadis,

Ertinya :
"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan itu akan menyebabkan dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun"

Sekali peristiwa di Zaman Rasulullah s.a.w ada seorang tentera Islam yang terbunuh di medan perang, lalu ada yang berkata, "Untung sekali orang ini kerana ia telah mati syahid dan berjaya mendapatkan Syurga" Mendengar ucapan itu lalu Rasulullah s.a.w bersabda" Belum tentu lagi kerana boleh jadi ia pernah bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah atau ia bakhil dari memberikan sesuatu yang sebenarnya tidak menginginkannya"

Oleh kerana itu jagalah lidahmu daripada 8 perkara :

Pertama : Bohong



Maka janganlah engkau berbohong sama ada bersungguh-sungguh atau bergurau. Jangan engkau biasakan dirimu berbohong dalam bergurau nanti akhirnya engkau akan berbohong dengan bersungguh-sungguh. Berbohong adalah di antara dosa besar yang terbesar. Selain daripada itu, apabila engkau telah dikenali sebagai pembohong maka hilanglah keadilanmu (dan harga dirimu) dan hilanglah makna daripada segala perkataanmu dan orang lain akan melihat engkau dengan pandangan yang rendah. Apabila engkau mahu sejauh mana jahatnya apabila engkau bercakap bohong maka lihatlah kepada orang lain yang bercakap bohong kepadamu, betapa engkau merasakan dirimu jijik daripadanya dan betapa hinanya orang itu pada pandanganmu dan betapa jahatnya apa yang dilakukannya. Begitu hendaknya engkau melihat kepada segala keaiban dirimu kerana engkau tidak dapat mengetahui sejauh mana keaiban dirimu kecuali bila engkau memerhatikan perbuatan yang sama yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirimu, maka apa yang engkau pandang buruk terhadap orang lain begitu pula sebaliknya. Oleh itu, janganlah engkau suka membuat perkara yang menyebabkan kebencian orang lain terhadap dirimu.

Kedua : Menyalahi janji



Maka janganlah sekali-kali engkau berjanji kemudian engkau menyalahi bahkan sebaiknya biarlah engkau banyak berbuat baik walaupun tanpa berjanji. Engkau terpaksa juga mengikut janji maka engkau mesti berhati-hati. Jangan sampai janji ini engkau ingkari kecuali apabila engkau lemah daripadanya kerana ada halangan yang tidak dapat dielakkan kerana mungkir janji itu adalah sebahagian daripada tanda orang-orang munafik dan rendah akhlaknya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

" Ertinya, tiga perkara apabila ada pada seseorang maka ia adalah orang yang munafik (munafik amal bukan munafik akidah) walaupun ia puasa dan sembahyang, ialah orang yang apabila bercakap ia bohong dan apabila berjanji ia mungkir dan apabila diamanahkan sesuatu ia akan khianat.

Nantikan sambungannya,insyaAllah....




Dipetik dari Buku Bidayatul Hidayah

Bahagian 1 :

Ketahuilah, bahawasanya Agama itu terdiri dari dua bahagian:

Pertama : Meninggalkan maksiat Kedua : Mengerjakan taat

Meninggalkan maksiat adalah lebih daripada berat daripada mengerjakan taat kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat ( maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh orang-orang siddiqin.

Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w bersabda,
Ertinya : " Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah daripada kejahatan (meninggalkan kejahatan) dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya" .

FASAL PERTAMA

Cara meninggalkan maksiat yang zahir ( Anggota Badan)

Ketahuilah bahawasanya apabila engkau melakukan sesuatu maksiat maka sebenarnya engkau melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badanmu yang merupakan amanah Allah yang diberikan kepadamu. Jadi ketika engkau menggunakan anggotamu untuk melakukan maksiat bermakna engkau menyalahgunakan nikmat yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang diberikan. Dan anggotamu adalah rakyatmu maka hendaklah engkau berfikir baik-baik bagaimana sepatutnya engkau menjaganya.

Sabda Rasulullah s.a.w bersabda,
Ertinya : " Maka kamu semua adalah pengembala (pemimpin) dan kamu semua akan ditanyai tentang pengembalaannya (kepimpinannya)
Dan ketahui olehmu bahawasanya semua anggotamu akan bersaksi ke atas segala perbuatanmu di padang Mahsyar kelak dengan menuturkan perkataan yang lancar dan terang. Anggotamu akan mendedahkan segala rahsiamu di hadapan perhimpunan agong di Padang Masyar.

Dalam hal ini Allah Taala telah berfirman,

Maksudnya : " Dihari itu (Hari Kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di dalam dunia dahulu).
Allah berfirman lagi,

Maksudnya : "Pada Hari ini (Hari Kiamat) kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada kami tangan-tangan mereka dan akan bersaksi di hadapan kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang telah mereka perbuat (di dunia dahulu)"

Maka jagalah baik-baik seluruh anggotamu khususnya anggotamu yang tujuh kerana pintu neraka itu tujuh pula dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan maksiat dengan salah satu di antara tujuh anggota badan iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.


Nantikan sambungannya,InsyaAllah.....TQ

Wednesday, November 2, 2011

INSYAALLAH ADIK IKUT LANGKAH ABG


Abg Zaki..Tahniah


Abang Izhar..tahniah




Abg Zaki + Abg Sabri..tahniah


InsyaAllah konvo ana juga tak lama lagi..
Impian jga berwalimah di usia muda..
Smga kdua2nya terlskna dlm masa terdekat..
Amiin..mohon doa dri smua..

Tuesday, November 1, 2011

HADIAH SEBAGAI PIMPINAN MAHASISWA

Bismillahirrahmanirahim..insyaAllah,ana ikhlas & redha mnerimnya. " Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 ).Ana yakin,setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyaik hikmahnya tersendiri.Ana bersangka baik dengan surat amaran yang dikeluarkan ini.Ana sangat berterima kasih dengan peringatan yang diberikan ini.Satu pengajaran yang mematangkan ana dan menguatkan lagi semangat ana dalam menjaga kebajikan Mahasiswa.Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi ujian ketika di dunia.Mohon maaf dri ana kepada semua pihak yang terlibat.

Saturday, October 29, 2011

PENGALAMAN MEYERAHKAN MEMORANDUM KPD TPM MEMPERJUANGKAN ISU MAHASISWA DI KAMPUS


Ayer Keroh, 15 Okt : Timbalan Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) semalam diberitakan berjaya menggapai hasrat dan misi mereka.

Jamaluddin Jusoh yang juga anak jati Terengganu Darul Iman semalam telah menyerahkan satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Seri Negeri.

Isu yang telah lama diperjuangkan mahasiswa UTeM itu berjaya menarik perhatian TPM Malaysia untuk menerima memorandum berkenaan sebagai satu usaha untuk menjaga kebajikan mahasiswa.

Menurut maklumat yang diperoleh, universiti tersebut sehingga kini masih belum mempunyai sebarang asrama untuk kemudahan penuntutnya dan MPP UTeM merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk menanganinya.

Berikut adalah sebahagian pertanyaan yang disoal ahli kabinet MPP berkenaan :

“YAB , Mahasiswa/i yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Menara Gading, sangat-sangat mengharapkan di tempat pengajian mereka mempunyai prasarana dan kemudahan asas yang lengkap dan mencukupi. Seperti ucapan dan harapan YAB sampaikan tadi, YAB ingin melihat lahirnya mahasiswa/I yang berkualiti.

Dalam hal ini, saya ingin ketengahkan berhubung pembinaan kolej kediaman dalam kampus. Ia adalah salah satu keperluan asas yang sangat mendesak .

YAB ,saya bawakan contoh Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM. Berdasarkan pemerhatian saya, sepanjang ketiadaan kolej kediaman di dalam kampus UTeM, fenomena ini telah memberi impak yang sangat besar kepada pelajar.

Selain kos sara hidup pelajar meningkat, kadar kemalangan jalan raya melibatkan pelajar UTeM juga turut meningkat. Program-program yang dianjurkan di Universiti kurang mendapat sambutan. Impak ketiadaan asrama di dalam kampus Induk UTeM juga saya yakin memberi kesan kepada pihak pengurusan universiti.

Pihak universiti terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dan kos sewaan bas yang tinggi untuk mengangkut pelajar dari kolej kediaman ke kuliah. Sudah 10 tahun mahasiswa/I menunggu, tapi masih tidak kelihatan walau satu pun kolej kediaman dalam kampus.

YAB, soalan saya adalah,saya ingin mohon penjelasan bagaimana saluran peruntukan untuk pembangunan infrasruktur seperti asrama kepada IPTA di seluruh Malaysia?

Saya tak takut terima hukuman

Jamaluddin Jusoh dalam kenyataannya seakan-akan bersedia menerima sebarang pertuduhan dan tindakan sekiranya dipanggil pihak pengurusan pentadbiran universiti.

“Terima kasih kepada semua student UTeM yang telah support bagi tanda tangan.. Aku tahu aku buat kesilapan dari sudut protokol, tapi aku redha apa yang aku tanggung lepas ni.. aku buat untuk korang.. baru tadi aku dapat tahu akan bakal dapat SURAT WARNING.

Sepanjang MPP ni surat warning yang kedua aku. Semua student, aku mohon sokongan korang untuk bantu pertahankan aku.

Aku sedia untuk disiasat polis dan aku sedia untuk dimaki pihak pengurusan.”, ujarnya dalam satu kenyataan.

Terima sokongan

Sementara itu, di UTeM, sebaik sahaja berita itu diterima masuk dan disebarkan di kalangan warga kampus, sokongan terhadap usaha MPP UTeM terus mendapat perhatian dan sokongan tinggi.

Rata-rata mahasiswa yang mengetahui isu terbabit memberi sokongan penuh kepada MPP UTeM atas usaha tersebut yang disimpulkan gagal direalisasikan bekas MPP sesi lalu. – GZDaily







Saturday, April 16, 2011

suatu kisah : kerana ILMU,

Ada seorg hmba Abdi,kerjanya mmberi khdmt kpda tuannya dgn cmerlg. Stlah sekian lama,akhirnya hamba tdi dibebskan tuannya. Sebaik keluar dri rumah tuannya, hamba tersebut terfikir,ke mana kakinya hrus mlgkah?di fikirnya tentang makan & minum, tempat tggal, pkaian dll.Kali ini dia harus hidup berdikari dan bermusafir sendirian.

Setelah melalui sebuah perjalanan yg jauh,dari satu tempat ke satu tempat,akhirnya hamba tdi berhenti di satu tempat.Dia terdengar suara yang ramai dtg dri satu arh. Dia bertnyakan pda org dsitu. Kata org tersebut,dsini adlh tempt menuntut ilmu,sgalanya ada dsini,makan minum,tmpt tnggal dll. Akhirnya hamba tdi berhjt utk tnggl dsitu dan memulkan pngajian.Baginya tempt itu adlh tmpt yg sesuai dan baik utk drinya.

Dengan berkt ketekunan dan ksgghn hmba tdi mnuntut ilmu,dia tlah berjya mnjdi seorg pljar yg cmerlg,mgtasi pljar2 yg lain.Tiada yg dpt mnndingi ilmunya.Selang beberapa ketika,ditakdirkan Allah, gurunya meniggal dunia dan tidk ada lgi pnggnti bgi gurunya itu.Akhirnya para pljar bersepkat melantik hamba tdi sbgai guru "sheikh" dtmpt mereka itu ats dsar hamba tdi seorg yg berpglman dan pljr yg pling pintar.Maka mulalah khdupan hamba tdi sbgai seorg guru dan dia sgt disenangi oleh para pljar.Suatu hari,dia dkunjungi oleh seorg kya bsma org2nya ats tujuan ziarah dan ingin sampaikan sumbangan.

Setelah beberpa ketika, dia minta izin dari org kya tersebut utk berbicara 4 mata.Hanya dia dan org kya itu shja.Mereka ke satu tempat dan mulakan prbncgn. Dia berkta sesuatu berkaitan org kya itu. Namamu…nama ayahmu pula..atukmu..ibumu…sekian dan sekian..Maka terkjutlah org kya itu dan bertnykn pula,bgaimana kamu boleh mgthui tntg diriku??Org kya bertmbh hairan apabila org yg brda didepnnya mncertkan pula lokasi rumah dan almt rumah dengan tepat skali dan secara terperinci..Akhirnya,sgala terjwab..org yg didepnnya skrg adalh hamba shya yg dijganya slma ini..Org kaya itu bertnya,bgaiman khdupanmu boleh berubh sbgini??Hamba shya yg dknlinya itu mnjwab,sgla2nya kerana ILMU.ilmu lah yg merubh khidupanku,ilmu yg telah mgangkt drjtku dan sgla2nya krna ilmu..

Ksimpulannya dri kisah ini,tuntulah ilmu seikhlas2nya dan cintailah ilmu,hdirlah ke majlis2 ilmu dan rptkan hbgn dgn org2 berilmu (alim2 ulama)..Kerana khidupan kita dlm kjhilan,ibrt khidupn kita sperti myat..dimtikan sebelum tibanya saat kmtian yg sbnar dan umpma dikbumikan sebelum dikebumikan yg sbnrnya. Maksudnya dsini,hidup kita dlm kjhilaln tidk ada hrganya.Gelap tanpa arh tjuan dan tanpa chya yg boleh mnyinari khdupan kita. Yakinlah,kemulian org2 yg mnuntut ilmu dan berilmu dipndg mulia dsisi Allah.diangkt drjt kita stnggi2 darjt..500 kali drjat dan setiap stu drjat,jrknya 500 thun..

masyaAllah btpa besrnya gnjran yg Allah kurniakan bt hamba2Nya yg berfikir. Selain itu,para Malaikat meredhai org2 yg mnuntut ilmu.Dihamprkn syapnya utk org2 yg mnnuntut ilmu melalui atsnya dan inilah tnda para Malaikat mlindungi org2 yg mnuntut ilmu.Muhsbahlah dri kita..kmana kita ingin ltakkan posisi dri kita??dlm klgn pncinta2 ilmu atau org jauh dri ilmu..tepuk dada tnya iman..wallahua’lam.

ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI

ZAINAB AL GHAZALI AL ZUBAILI

la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, 65 tahun usianya ketika ini. Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser.

Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jamaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin.

Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.

Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.

Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.

Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.

Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.

Dia adalah seorang da’ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, “Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu.” Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, “Bismillah As-salamu’alaikum.” Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, “Ya Allah, Ya Allah…” Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo’a kepada Allah swt. dengan mengatakan,

“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!”

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)