WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Tuesday, September 21, 2010

RAMBUT SAMA HITAM..HATI LAIN-LAIN

Kategori Orang Islam yang wujud dalam masyarakat yang boleh dibezakan antara satu sama lain dari sudut kekuatan kefahaman terhadap ajaran agama,iltizam dengannya,jahil mengenainya dan lain2..

muhasabah diri..NAUZUBILLAH..moga kita tidak tergolonga dalam kalangan umat Islam seperti ini..

1- Orang Islan yang tidak mengenali agamanya akibat tidak bersedia untuk mendalami ilmu2 agama kerana alasan sibuk dengan tugasan harian.

2- Orang Islam yang tidak minat terhadap agamanya sendiri kerana tidak diasuh sejak kecil amalan2 keagamaan seperti menghormati orang yg lebih tua atau menyayangi golongan yang lebih muda.

3- Orang Islam yang menjadikan agamanya sebagai bahan sampingan, jika perlu kepadanya diambil, jika rasa menyusahkan diri dipinggirkan dari kehidupan.

4- Orang Islam yang malu untuk menyatakan Islam melalui perwatakan, pemikiran, pakaian, akhlak dan lain2 lantaran terlalu kagum dengan kehidupan masyarakat barat kononnya membawa kemajuan.

5- Orang Islam yang suka mempersenda-sendakan agamanya, sama ada melalui tulisan, ungkapan, tindakan dan lain2, ia semakin menjadi-jadi dengan kelahiran golongan Islam libral,Pluralisme dan lain2 istilah baru yang bercambah kerana tidak ada penguatkuasaan oleh pihak berwajib.

6- Orang Islam yang hanya menerima Islam apabila terdesak seperti nikah kahwin, kenduri arwah, kematian, ketika sakit dan lain2, ia benar-benar berlaku dalam masyarakat umat Islam, di mana ada majlis perkahwinan, pertunangan, kematian, mereka baru nampak ustaz,tok imam, bilal untuk menyempurnakan majlis mereka, lepas daripada kesemua itu mereka tidak dalam senarai diundang.

7- Orang Islam yang beranggapan bahawa Islam seolah-olah milik tok2 guru, imam ,bilal , ustaz dan sebagainya hingga malu untuk menyatakan Islam seperti nak pakai kopiah, kononnya ia tidak sesuai kerana hanya dipakai oleh golongan2 agama semata-mata.

8- Orang Islam yang tidak ada perasaan sensitiviti terhadap agama apabila dihina seperti tidak mahu turut serta dalam menyatakan sikap terhadap kebiadaban musuh2 Islam dengan sengaja menghina rasul Allah,isteri Baginda ,ahli keluarganya dan lain2.

9- Orang Islam yang tidak menepati janji hingga dikenali dalam masyarakat dengan istilah janji melayu, sebenarnya budaya memungkiri janji ini bukanlah budaya yang baik, kerana ia adalah antara sifat nifaq (munafik ) yang semestinya disisihkan dalam kehidupan.

10- Orang Islam yang hanya berbangga dengan perkara2 luaran seperti menganjurkan musabakah al-Quran, membina banyak masjid dan surau, ini berlaku dalam negar kita sendiri, sedangkan yang sepatutnya sebagai umat Islam kita perlu berbangga dengan banyak pengisian ilmu di masjid2 atau surau2, sama ada ceramah, kuliah, forum agama yang boleh membina jati diri orang2 Islam sebagai golongan muslim terbaik terhadap agama.

11- Orang Islam yang banyak menghabiskan masa bukan untuk tujuan kebaikan agama dengan lepak2 di warung, kedai2 kopi bersembang pada perkara yang mungkin terdapat sesuatu yang tidak elok pada pandangan agama, justeru kurangkan bercakap jika tidak perlu, kerana Baginda s.a.w ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap ,banyak pula kesalahan yang dibuat.

12- Orang Islam yang seolah-olah tidak ada hubungan dengan Allah S.W.T dengan tidak berzikir ,bermunajat ,solat fardhu dibuat kalau ada waktu, kalu tidak solat tak perlu, kurang nak ,membaca al-Quran ..apatah lagi berdiskusi mengenai isi2 kandungan al-Quran.

13- Orang Islam yang tidak bersangka baik terhadap Islam dengan perasaan tidak baik khususnya apabila ada cadangan nak melaksanakan undang2 Islam, prejudis terhadapnya dengan pelbagai gambaran yang sempit.

14- Orang Islam yang tidak mahu duduk dalam majlis2 ilmu sekaligus tidak akan memahaminya dengan baik, malah dikatakan bahawa orang Islam yang beramal tanpa ilmu pengetahuan agama yang mantap ,segala amalan yang dilakukannya rosak dan terbatal.

15- Orang Islam yang memandang kecil akan dosa2 besar seperti penglibatan mereka dalam jenayah2 pembunuhan , ragut hingga membawa kepada kematian, merogol , sumbang mahram dan lain2, mereka yang melakukannya tersenyum di mahkamah seolah-olah ia bukan satu jenayah.

16-Orang Islam yang melakukan apa yang tidak disuruh oleh Islam dan meninggalkan apa yang disuruh oleh Islam ,ini banyak berlaku pada hari ini , meninggalkan solat sudah menjadi fenomena biasa dan penglibatan dan kegiatan judi juga di anggap kecil.

17- Orang Islam yang menjadikan televisyen sebagai al-Quran dan surat khabar sebgai galang ganti kepada hadis,hingga ada kesanggupan memiliki televisyen yang bersaiz besar tetapi nak beli al-Quran atau kitab hadis sangat berkira,justeru ia tidak ada koleksi orang2 Islam hari ini.

18- Orang Islam yang tidak yakin kepada undang2 syariah Islam dengan mencemuh cadangan untuk melaksanakn hukum hudud,Qisas dan sebagainya dengan mempersenda jika mahu makan sup tangan boleh makan di kelantan dan sebagainya.

19- Orang Islam yang tidak memperuntukkan masa untuk Allah khususnya dalam perkara ibadah.Ini jelas berlaku apabila duduk dalam majlis2 ilmu baru setengah jam,sudah rasa gelisah tetapi duduk dalam menonton akademi fantasia hingga musim ke lapan tidak jadi masalah.

20-Orang Islam yang suka mengejar populariti dengan menyertai pertandingan hiburan keterlaluan dan sebagainya.

Sunday, August 22, 2010

CUTI RAYA

InsyaAllah,
4 September sampai di Terengganu utk cuti raya..
UTeM bagi cuti 2 minggu..
Kepda yg tinggal berdktan rumah ana di Kg Chendering Kuala Terengganu
Jmput singgah rumah,.

Tapi sampai hari bhgia tu..
Slmat berpuasa dulu..
Tunai kwajipan..
OKAY?

-UST LUDIN-

Wednesday, July 14, 2010

ISLAM UNTUK SEMUA..

KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM (KPI)
31 JULAI 2010- 8 OGOS 2010
KAMPUS INDUK UTeM







Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Program Karnival Penghayatan Islam(KPI) merupakan manifestasi antara Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dengan organisasi lain yang mempunyai pelbagai latar belakang di UTeM. KPI merupakan program yang julung kalinya diadakan di UTeM. Program KPI yang akan dijalankan ini merupakan salah satu program yang dirancang oleh HEPA sempena sambutan 10 tahun UTeM dan dijalinkan bersama sambutan Pesta KONVO . Secara tidak langsung KPI ini akan menjadi satu trademark kepada Pesta KONVO yang akan dijalankan setiap tahun. Program ini bakal memberi impak yang positif dan produktif kepada semua warga UTeM berdasarkan ukuran kejayaan oleh USM sebagai Universiti APEX apabila menjadikan KPI sebagai acara tahunan mereka sehingga kali ke-12 pada tahun ini. Bagi menyahut seruan murni kerajaan dalam melahirkan modal insan yang kompeten, UTeM telah mengambil inisiatif untuk meganjurkan KPI kali ini bagi mencapai objektif dan implikasi yang holistik dan efektif.

Aktiviti yang bakal dijalankan...

SMASH CHALLENGE

  • Melibatkan perlawanan badminton Muslimn & Muslimat )
  • dari IPT dan sekolh
  • 31 Julai 2010 - 1 Ogos 2010
  • 8.30 AM - 5 PM
  • Kompleks Sukan

PERTANDINGAN TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN

  • Student UTeM
  • 31 Julai 20108.30 AM - 12.30 PM
  • Dewan Canselori dan Pusat Persatuan Pelajar

MALAM KESENIAN ISLAM


SISWI..

  • ( RED Carpet Contest, Snap Shoots, Creative Contest Puisi)
  • 1 Ogos 20108 PM - 12 AM
  • Dewan Seminar FTMK

SISWA..

  • Battle of the Nasyid Band & Solo dan
  • Islamic Comic Contest
  • 2 Ogos 2010 8 PM - 12 AM
  • Pusat Persatuan Pelajar

MALAM AKU + DIA = KITA

  • ( Sharing Moment : " Baitul Muslim : Permulaan Cinta " )by :
  • 3 Ogos 20108
  • PM - 11.30 PM
  • Dewan Seminar FTMK

MALAM APRESIASI SENI

  • ( Pementasan Teater ' MENUNGGU KATA DARI TUHAN ' )
  • Arahan : Dinsman
  • 5 Ogos 20108 PM - 11.30 PM
  • Masjid UTeM

PIDATO KECIL

  • -Pidacil-( Ketika Pesta KONVO, Penglibatan adik2 sekolah rendah dan anak2 staf
  • 6 Ogos 201010 AM - 12 PM
  • Tapak Khemah Pesta Konvokesyen

FORUM BICARA AD-DEEN


  • ( Tajuk Forum : Membentuk masyarakat maju melalui Al-Quran dan Sains
  • Moderator:Ustaz dari RKSKAhli Panel:1) Ustazah Norbayah2) Dr.Danial Zainal3) Dr. Jamnul Mulkan
  • 7 Ogos 2010
  • 8.30 PM- 12.30 PM
  • Tapak Pesta Konvokesyen

KONSERT LIFE LINE 4 GAZA

  • Artis:- NAZRI JOHANI- NASH- HIJJAZ- HAFIZ HAMIDON
  • - Persembahan dari 2 orang pendakwah kecil dari pesantren
  • 6 Ogos 2010
  • 8 PM - 12 AM
  • Pentas Tapak Konvokesyen

JELAJAH PENCARIAN MUTIARA


  • ( Kembara IMAN )
  • 8 Ogos 2010
  • 8.30 AM - 12.00 PM
  • Sekitar UTeM

sAHABAT2..
DOAKAN PROGRAM INI BERJALAN LANCAR..
SAMA2 Kita teruskan perjuangan..
ini adalah satu pendekatan dakwah umum yg kami jalankan..
shbt2 kampus lain..support kami..insyaAllah..

-Noor Muhammad Jamalluddin bin Jusoh
-o13-6804876
-pengarah KPI









Monday, May 17, 2010

Masa Cutiku Terisi Jua..


Ku kecapi nikmat yang Maha Esa,
Syukur tak terkata,
Kini akau makin dewasa,
Dari hari ke hari bertambahlah usia,
Menghitung masa,
Mengejar cita-cita,
Bergelar jurutera Islam yang tinggi nilai agama,
Memartabat Islam tercinta,
Mendokong aspirasi negara,
1 Malaysia...

Orang yang berilmu dan tidak berilmu tidak sama,
Berilmu mulia dipandangan Allah dan manusia,
Darah mudaku mula membara,
Kucari ilmu setinggi gunung Sahara,
Seluas lautan tak terkira,
Tapi segalanya kurnia yang Maha Esa,
Syukur tak terkata,
Sedar ilmu yang digapai bukan percuma,
Penuh dengan nilai bak mutiara,
Kerna tanggungjawab bukan hanya dibahu sahaja,
Bukan pada diri tapi semua...

Amanah perkara yang luar biasa,
Benda yang paling berat di dunia,
Tapi ikhlas jadi senjata,
Imam Ghazali berkata-kata,
Jadi muhasabah buat pemimpin khususnya,
Sedar matlamat hidup di dunia,
Hanya sementara,
Akhirat kekal abadi selamanya
Amal itu adalah hasil daripada iman yang sejahtera,
Iman pula tidak sempurna amal tanpanya...

Firman Allah dalam ayatnya,
As-Saff halaman lima ratus lima puluh dua,
Ringkas tapi penuh nilai bahasa,
Siapa yang dengar pasti rasa hiba,
Muhasabah diri yang serba hina,
Dibicara sebuah urus niaga,
Dibayar dengan syurga,
Terlepas dari azab neraka,
Yang pastinya,
Beriman dengan Allah dan Rasul-Nya,
Sanggup menggadai nyawa,
Tinggal anak dan harta,
Juga masa,
Syahid dimedan tegak agama...

Jadi aku mahu jadi penolong agama,
Di kampumg halaman menabur bakti semaksimanya,
Disaat aku masih bernyawa,
Masa cutiku terisi jua,
Ku tekadkan jiwa,
Bangkit mendidik anak bangsa,
Tampil gah walau ilmu tak seberapa,
Kehadrat Allah ku panjatkan doa,
Istiqomah walau ujian melanda,
Budak-budak tak dengar kata benda biasa,
Mereka tak faham mudah sahaja,
Dekati mereka,
Bersemuka dua hala...

Siapa lagi kalu bukan aku yang mara,
Mentarbiyyah mereka dengan penuh mesra,
Bagai adik2 kandung satu keluarga,
Bakal lahir generasi Islam yang berguna,
Golongan profesional dan ulama,
Sarat ilmu di dada,
Cegah yang batil yang hak dibawa,
Di saat kemungkaran bermaharajalela,
Dimensi perubahan pada negara,
InsyaAllah dengan izin Allah Taala..

Friday, April 16, 2010

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UTeM

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Alahmdulillah..sebelum final exam utk semester ni,ana terpilih utk menjadi salah seorang finalist National Inter-Varsity Design Competition yang berlangusng di Technolgy Malaysia Park,di Bukit Jalil..
NI projek kumpulan ana
" THE ULTIMATE AIR CONVERTER"
Antara PROJEK lain bertanding :

Dari USM..UTeM..DLL








Suasana ketika PRESENTATION..dalam english lagi..mantop2
di hadapan panel juri dan para tetamu jemputan


Gambar peserta2 dan jawatankuasa



Group dari USM yang dinobatkan sbg johan..tahniah



Barisan PENGADIL..tauke syarkat2 terkemuka


Saat kump ana dinobatkan tempat ke-5 dari 10 group yang masuk final



terima kasih...



































































































Monday, March 22, 2010

gapa engkau menangis?

  • Suatu hari Abu Syuraih berjalan lalu menangis. Dia ditanya, "Mengapa engkau menangis?" Dia menjawab,"Aku memikirkan hilangnya umurku,sedikitnya amalku dan telah dekatnya ajalku." Abu Sulaiman berkata,"Biasakan matamu menangis dan hatimu merenung." Dia berkata lg, "Memikirkan dunia merupakan hijab Akhirat memikirkan akhirat membuahkan hikmah dan menghidupkan hati." Nabi Daud as berkata: "Ya Tuhan, jika Engkau melihat aku terlewat ke majlis zikir ( kpd ALLAH) dan pergi ke majlis org2 lalai, maka pecahkan kedua kakiku. Bukan mereka. Sesungguhnya itu merupakan nikmat yg Engkau berikan padaku."

  • dalam tarbiyah byk ujian kadg2 menyebabkan kita rs puts asa..jd itulh iman kita..masih lemah..byk yg perlu kita fikirkn...jgn ada rs kita yg terbaik sbb kita x tau lg bgmn pengakhirn hidp kita.."Ya Allah jika Engkau mentakdirkan kami mati,matikanlah kami sebgai para syuhada dlm memperjuangkan agamaMu" amin...

  • Saturday, March 6, 2010



    "And when My slaves ask you ( O Muhammad s.a.w ) concerning Me, then answer them, I am indeed near to them. I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me. So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led aright".
    (Surah al-Baqarah : 186 )

    Tuesday, February 2, 2010

    HAYATI..

    Dari Anas Bin Malik Katanya:Rasulullah S.A.W bersabda:"Tidak sempurna Iman seseorang Kamu sehinggalah dia mencintai diriKu lebih dari kecintaannya kepada anaknya,bapanya dan sekalian manusia".(H.R Muslim)