WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Saturday, November 3, 2012

ILA LIQO'..SEMOGA KETEMU LAGI..

Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah, segala kesyukuran dan puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT .
Selawat dan salam buat junjugan agong, Baginda s.a.w.

Ayahda Ustaz Syed Hizaruddin,
warkah ini khas dari anakda buat ayah..
Semoga bertambah kasih sayang dan limpah kurnia berkat daripada Allah SWT.

ya Allahu ya Rabbi
kini anakda mgerti
anakda sgt memahmi
bgtu bermkna hdup ini
punyai insan yg baik hati disisi
ayahda yg saling mnasihati
ayahda yang sling mgasihi..
bersyukur pdaMu ilahi
moga-moga ayahda dan anakda sentiasa diberkati
moga-moga kita sentiasa dirahmati
moga-moga kita sentiasa terikat hati
moga-moga tkita erus dapat berbakti
moga-moga kita terus saling mengasihi
meneruskan perjuangan dan kehidupan yg suci...

Ayah yang tersayang yang sentiasa anakda rindui dan ingati kerana Allah..
Anakda kini  berada jauh di Paka untuk bekerja di sana. Hari ini hari pertama anakda bekerja. Terima kasih buat ayah kerana sudi menemani anakda semalam sebelum anakda bertolak. Terima kasih ats keprihatinan dan doa ayah. InsyaAllah lain masa kita boleh makan bersama-sama lagi bersama adik Faqih..
Anakda redha ayah,kerana setiap pertemuan itu pasti berakhir dengan perpisahan..itulah sunnatullah..

" Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya".( Al-Bayyinah : Ayat 8)
. Sebuah pertemuan yang hakiki itu di Syurga..Moga-moga Allah sentiasa izinkan pertemuan kita bersama...
Pertemuan yang Allah aturkan untuk kita begitu indah..Pertemuan kita di Madrasah Darussalam menjadi permulaan yang suci..Anakda sangat bersyukur mengenali  ayahda yang sangat penyayang. Ayah banyak nasihatkan anakda dan bagi anakda kekuatan untuk terus melangkah maju ke hadapan,sebagai hamba Allah yanbg sentiasa dambakan keampunan dan rahmatNya..Setiap kali melihat ayah,anakda rasakan ketenangan yang amat sangat..Moga talian kasih sayang sesuci embun pagi diberkati Allah dan mendapat kasih sayang Allah jua sejajar Hadis Qudsi riwayat Ubadah bin Somit bermaksud,

"Allah S.W.T berfirman : Orang yang saling berkasih-sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayangKu, orang yang saling brhubung silaturahim kerana Aku berhak mendapat kasih sayangKu, orang yang saling menasihati kerana Aku,orang yang saling menziarahi kerana Aku dan orang yang saling berkorban berbelanja antara satu sama lain juga berhak mendapat kasih sayangKu"..
Syukur padaMu Ya Allah..
Ayah, anakda impikan suatu masa Allah tunjukkan jalan pada anakda untuk memahami dan menghafal Al-Quran..insyaAllah jika ankda tidak berkesmptan, adik Faqih menjadi harapan keluarga kita....Al-Quran itu kalam Allah dan mukjizat Baginda s.a.w yang besar .Tinggalan Baginda yang mana dapat menyelamatkan kita dari kesesatan sekiranya kita sentiasa teguh berpegang dengannya di samping berpegang teguh juga pada sunnahnya..InsyaAllah anakda akan sentiasa mendekati al-Quran dan menjadikan al-Quran panduan hidup..Ayahda doakan anakda ya..Moga-moga ya ayah ,bilamana al-Quran itu sentiasa di hati kita..Al-Quran itu menjadi pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kita..

Ya Allah,hiasilah diri kami dengan keindahan al-Quran,mulikanlah kami dengan kemulian al-Quran,pakaikanlah kami dengan pakaian permata al-Quran, masukkanlah kami ke dalam Syurga dengan syafaat al-Quran,selamatkanlah kami dari segala bencana dunia dan azab hari AKhirat dengan berkat kehormatan al-Quran,jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra,pada hari kiamat sebagai pembantu,sebagai cahaya penyuluh,semasa menuju ke syurga sebagai teman,sebagai penghadang dan pendinding kepada kami dari api neraka dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan…Dengan limpah kurniaMu,kemurahanMu dan kemulianMu jua ya Allah…Tuhan yang Maha Pemurah…

Ayah, InsyaAllah anakda akan sentiasa doakan untuk ayah. Bertemu kita setiap hari dalam Tahajjud mendambakan cintaNya Ilahi.. Terima kasih ayah sentiasa berhubung dengan anakda. Semoga perhungan ini sentiasa diizankan Allah...Jalan mendekatkan diri kepada Allah mengeratkan hubungan antara kita...Semoga Allah sentiasa mengasihi kita ayah...

Akhir kata....
Ayah ,
Dalam menuju redhanya Tuhan..
Anakda akui kelemahan diri..
Anakda insafi kekurangan diri..
Anakda kesali kejahilan ini..
Ayah anakda mohon maaf atas salah silap selama ini..
semenjak Allah takdirkan pertemuan antara kita hingga ke hari ini..
Mohon maaf jika buat ayah terasa hati dan sebagainya..
Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur  kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci


Diatas perpisahan ini
Semoga Allah meredhoi kita
Pertemuan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan wahai ayah
Akan anakda utuskan salam ingatan
Dalam doa kudus sepanjang waktu

Semoga... Tuhan berkatimu
Amiin…
Sekian warkah anakda untuk ayah..
Insan yang mengasihi mu..
Anakda Noor Muhammad Jamalluddin bin Jusoh