WAZAKKIR FAINNAZIKRA TANFAALIL MUKMININ

"Barangsiapa yg ada padanya 3 syarat ini, ia dapat merasai kemanisan Iman:Pertamanya, jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya pada yg lain.Keduanya, jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan Allah dan Ketiganya, jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"

Thursday, January 21, 2010

Pekongsian Ilmu

Petikan daripada Kitab “ Penawar Bagi Hati”

Karangan : al-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib

Ketahuilah olehmu bahawasanya “Qalbu” itu ada baginya dua makna, pertama “Qalbu Jasmani” iaitu daging yang ditaruh di dalam dada sebelah kiri yang menyerupai ia akan jantung pisang, dan iaitu daging yang tertentu di dalamnya ada lubang, dan di dalam lubang itu ada darah yang hitam. Yang kedua “Qalbu Rohani” iaitu sesuatu yang halus yang mengetahui dan yang mengenal dan mendapat daripada manusia, dan hakikat manusia. Dan ia jua yang dihadapkan kepadanya perkataan, dan ia jua yang disuruh dan yang dilarang.

Lazimkan olehmu akan memelihara hati engkau daripada segala kelakuan yang dicela seperti takabbur dan ria’ dan menghiasinya dengan segala kelakuan yang terpuji seperti sabar dan merendah diri, kerana beberapa perkara. Pertamanya berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam surah al-Isra’ ayat 85 maksudnya, “ Dan Allah S.W.T mengetahui ia akan barang yang di dalam hati kamu, maka hendaklah kita takut daripada mengetahui oleh Allah S.W.T pada hati kita akan kejahatan.

Dan yang kedua, berdasarkan sabda Nabi S.A.W riwayat Muslim dan ibnu Majah dari Abi Hurairah r.a maksudnya, “ Bahawasanya Allah Taala tiada menilik ia kepada segala badan kamu, dan hanya sanya menilik ia kepada segala hati kamu maka hati itu tempat tilik Allah Taala. Maka tiada patut bagi kita menghiasi muka kita, yang ia tempat tilik manusia. Dan kita biarkan hati kita kotor, berlumur dengan segala sifat kecelaan, yang ia tempat tilik bagi Tuhan kita. Bahkan bagi yang berakal membersihkan hatinya dan menghiasinya lebih bersangatan daripada membersihkan dan menghiasi mukanya.

Yang ketiga, sebabnya bahawasanya hati itu raja bagi segala anggota. Dan segala anggota itu mengikut ia akan perintah rajanya. Dan apabila baik hati itu nescaya baik segala anggota dan apabila jahat ia nescaya jahat segala anggota. Sabda Nabi S.A.W , riwayat al-Syaikhan dari al-Nu’man bin Basyir r.anhuma maksudnya, “ Bahawasanya ada di dalam tubuh itu ada sepotong daging , apabila baik ia nescaya baik oleh tubuh itu semuanya , dan apabila binasa ia, nescaya binasa tubuh itu semuanya , maka daging itu adalah hati. Apabila baik hati itu sebab bagi baik segala anggota, nescaya wajib atas kita bersungguh-sungguh pada membaikinya dan memeliharanya daripada segala kebinasaan.

Dan yang keempat bahawasanya hati itu tempat taruh bagi segala sifat-sifat kepujian seperti iman dan makrifat, tawakal danredha serta pengetahuan maka patut sangat bagi penaruhan yang seperti ini bahawa dipelihara akan dia daripada segala kelakuan yang dicela dan dijaga daripada seteru, iaitu syaitan dan yang kelimanya bahawasanya hati itu tempat “ilham” daripada malaikat dan tempat waswas bagi syaitan, dan lagi hati itu tempat berperang akal dan hawa nafsu, maka akal itu menyeru ia kepada kebajikan dan hawa nafsu menyeru kepada kejahatan , tambahan lagi bahawasanya kesalahan hati itu lebih besar, sekurang-kurangnya keras ia tiada menerima pengajaran. Dan kesudahannya kufur. Tiadakah engkau dengar akan Firman Allah S.W.T dari surah al-Baqarah ayat 34 maksudnya, “ Enggan oleh iblis daripada sujud kepada Nabi Adam a.s dan membesarkan diri dan jadilah ia daripada sekalian yang kafir”. Maka adalah takabbur itu di dalam hatinya maka menyebabkan ia akan tertegah daripada sujud dan akan kufur dengan TuhanNya. Wa iyazubillah.

Dan ketahuilah olehmu, bahawasanya segala kelakuan yang dicela itu banyak tetapi dinyatakan sepuluh perkara. Pertamanya sangat loba atas makanan. Kedua, sangat loba atas berkata-kata. Ketiga, marah. Keempat, dengki. Kelima, kikir dan kasih akan harta. Keenam, kasih akan kemegahan. Ketujuh, kasih akan dunia. Kelapan, membesarkan diri. Kesembilan, ujub. Dan kesepuluh, riya’. Dan hendaklah engkau memelihara hati daripada kecelaan ini nescaya adalah engkau mendapat kemenangan dunia dan akhirat. Firman Allah S.W.T dalam surah as-Syam ayat 9 maksudnya, “ Sesungguhnya dapat kemenangan orang yang membersihkannya”. Membersihkan akan hati daripada kelakuan yang dilarang , dan sabda Nabi S.A.W maksudnya, “ Bersuci itu separuh daripada iman”.

Memberi faham oleh hadis ini bahawasanya sempurna iman itu adalah ia dengan membersihkan hati daripada barang yang tiada kasih akan Dia, olleh Allah S.W.T dan menghiasinya dengan kelakuan yang kasih ia akan Allah S.W.T. Wallahua’lam.

Sunday, January 10, 2010

SEMOGA SEMUANYA SELAMAT.....

Alhamdulillah...ana dapat mesej terbaru dari Ustaz Mizan yang kini berada di Yaman..
Ana bertanyakan keadaan di sana macam mana dari segi kesihatan, pengajian, tempat tinggal dan kewangan..ni respon ustaz :
" Ustaz kurang sihat skit...anak2 selsema..sini sejuk..rmah ok, pengjian ok, belanja ikut kemampuan je..doakan kami sekeluarga "
Ustaz,insyaAllah, ana akan sentiasa doakan ustaz. Ana dah anggap ustaz seperti abang malah sebagai ayah ana sendiri dan telah jadi kewajipan ana untuk doakan kejayaan dan kebahagiaan ustaz dunia dan akhirat..amiin.